Wednesday, March 30, 2011

Kisah Nabi Muhammad SAW

Pada waktu umat manusia dalam kegelapan dan suasana jahiliyah, lahirlah seorang bayi pada 12 Rabiul Awal tahun Gajah di Makkah. Bayi yang dilahirkan bakal membawa perubahan besar bagi sejarah peradaban manusia. Bapa bayi tersebut bernama Abdullah bin Abdul Mutallib yang telah wafat sebelum baginda dilahirkan iaitu sewaktu baginda 7bulan dalam kandungan ibu. Ibunya bernama Aminah binti Wahab. Kehadiran bayi itu disambut dengan penuh kasih sayang dan dibawa ke ka'abah, kemudian diberikan nama Muhammad, nama yang belum pernah wujud sebelumnya.


Gajah Pun Tahu

Ketika keluar drp Kota Mekkah ke tempat penginapan sementara , Abdul Mutalib melafazkan syair ini

“ Wahai tuhanku ! kami hamba yg hanya dapat mempertahankan binatang ternakan kami ,maka pertahankanlah gembalaan-Mu (Kaabah) ,janganlah salib yg menjadi pujaan mereka sampai mengalahkan Kaabah yg menjadi symbol engkau .Jika engkau membiarkan mereka dan kiblat kami maka terserahlah kepada Engkau .Wahai Tuhan ! perliharalah runah engkau ini drp golongan salib dan penyembah salib itu”

Setelah penduduk Mekkah mengosongkan Kota Mekkah dan berkhemah di puncak-puncak bukit dan di lurah-lurah air di luar kota Mekkah ,Maka Abrahah dengan gelojohnya mengarahkan tentera bergajah masuk ke Kota Mekkah . Terdengarlah pekikan arahan-arahan utk menggerakkan tentera bergajahnya .

Seluruh hati penduduk Kota Mekkah hancur melihat Abrahah dan tenteranya yg ingin meruntuhkan Kaabah terutamanya hati Abdul Mutalib .Sepanjang beratus tahun ketika Kaabah di bawah jagaan nenek moyangnya , Kaabah tidak mengalami sebarang kerosakkan kecuali kerosakkan kecil itupun ketika banjir ,tetapi sekarang ia akan musnah dan namanya akan hitam di kalangan ummat arab keseluruhannya dan hinalah selepas ini golongan Arab Quraisy yg sebelum ini dipandang mulia oleh ummat arab

Abdul Mutalib bersama pembesar Quraisy menyerahkan urusan penjagaan Kaabah kepada Allah kerana menurut mereka bermula dari Nabi Ibrahim sehingga kini Kaabah terselamat drp ancaman manusia . Dlm misi merobohkan Kaabah ,Abrahahlah yg mengetuai tentera bergajah tersebut dan dihadapnnya ada 12 gajah yg gagah perkasa beserta pengembalanya ,tentera Abrahah mara masuk ke Kota Mekkah dengan cepat

Tiba-tiba apabila sampai di hadapan Kaabah ,anehnya kaki gajah tersebut tidak mahu bergerak bahkan gajah-gajah tersebut duduk di atas pasir , seakan-seakan ada sesuatu yg menghalang ,Teruk gajah –gajah tersebut dipukul dan dipujuk tetapi sama juga tindakbalasnya ,tidak mahu bergerak walaupun seinci .ada seekor gajah bernama Mahmud yg amat taat ,juga enggan berdiri dan bergerak.

Tetapi anehnya apabila kepala gajah –gajah itu dihadapkan ke arah Yaman ,dengan tiba-tiba gajah-gajah itu bingkas dan bersegera berjalan dengan laju @ lari seperti ketakutan , Ketika terjadinya kelam kabut itu , Naufal bin Habib pemimpin kabilah Khat’sam mengambil kesempatan untuk keluar dan membebaskan dirinya beserta tenteranya lalu bergabung dgn Abdul Mutalib.

Dalam keadaan gembala –gembala gajah berhempas pulas menggerakkan gajah-gajahnya supaya gajah-gajah itu menyodok dan merobohkan Kaabah ,tiba-tiba tidak semena-mena muncul sesuatu yg pelik lagi aneh dari arah laut merah kelihatan warna kehitaman –hitaman ………semakin lama semakin hampir warna kehitaman-hitaman itu .

Penduduk Mekkah yg berkhemah sementara di puncak-puncak bukit yg dalam kesedihan pun kehairanan ,begitu juga Abrahah dan tenteranya . gembala-gembala yg bengis dengan tempik soraknya yg keras itu pun tiba-tiba membisu . Abrahah dan tenteranya terpegun seketika , asyik dengan kejadian yg aneh yang melanda mereka

Langit tiba-tiba gelap seperti hujan mahu turun tetapi apabila diperhatikan betul-betul rupa-rupanya yg membuat langit gelap itu ialah sekawanan burung yang terbang betul-betul di atas Abrahah dan tenteranya . Dari mana munculnya jutaan burung ini ?,mengapa begitu banyak sekali ?

Abrahah dan tenteranya tidak menyangka dan tidak terfikir bahawa kawanan burung yang terbang berlegar-legar di atas mereka itu adalah burung yg membawa bencana yg dahsyat , burung itu dikenali sebagai BURUNG ABABIL . Kawanan burung Ababil itu datang dan terbang ke arah Abrahah dan tenteranya adalah atas perintah Allah Yang Maha Perkasa iaitu tuhan yg menjaga Kaabah ( gembalanya) .

Sesungguhnya doa Abdul Mutalib dikabulkan oleh Allah dan sekiranya Abdul Mutalib tidak berdoa pun nescaya Allah akan melindungi rumah-Nya juga di dunia ini iaitu Kaabah. Burung-burung yg dikenali di dlm Al Quran sebagai Ababil membawa tiga ketul batu atau tanah yg keras dan menyala –nyala .tanah yang keras atau batu itu dibawah oleh burung Ababil menggunakan paruh dan kedua kakinya.

Batu atau tanah yg keras itu diambil dari neraka yg akan di jatuhkan ke atas Abrahah dan tenteranya ,kisah ini dirakamkan di dalam Al Quran .

Burung – burung Ababil yg jumlahnya jutaan ekor itu tiba-tiba menjunam dlm keadaan menegak ke arah Abrahah dan tenteranya . Jutaan ekor burung Ababil itu melepaskan tanah/batu yg ada di kedua kaki dan paruhnya tepat ke atas Abrahah dan tenteranya .

Tiba-tiba mereka merasa pedih dan perit serta melecuh dan mencair ,bukan setakat itu sahaja bahkan berlubang ,tidak terperi sakitnya ,mereka umpama daun yg di makan ulat ( seperti yg diberitakan di dalam surah Al Fill ). Abrahah menyedari perkara inilah yg dikatakan oleh Abdul Mutalib semasa mereka berunding di khemahnya dulu.

Dan pada ketika yg sama tentera Abrahah yg masih belum krikikal parahnya ,mereka cepat-cepat memacu gajahnya ke arah Yaman ,mereka mahu menyelamatkan nyawa mereka sendiri ,pada ketika itu tentera Abrahah tidak lagi mempedulikan siapa prebet ,siapa jeneral ,apa yg penting adalah nyawa mereka sendiri.

Malangnya mereka telah di takdirkan hancur seperti daun yg dimakan ulat atau seperti plastik terkena api ,satu persatu tentera Abrahah dan gajahnya tumbang .Yang tinggal ketika itu ialah Abrahah barangkali Allah memberi peluang kepadanya memiliki nyawa yg agak panjang berbanding tenteranya .

Abrahah memecut laju gajahnya ke arah Yaman di dlm perjalanannya ada saja burung Ababil mengejarnya , agaknya utk menakutkannya . Beliau bernasib baik kerana sampai juga ke negerinya iaitu Yaman , tetapi sesampai sahaja di pintu gerbang kotanya , jasad Abrahah meletup dan terkeluar drp jasadnya nanah dan darah yg amat busuk ,maka tamatlah riwayat Abrahah

Penduduk Mekkah merasa gembira khususnya Abdul Mutalib ,di dlm hati Abdul Mutalib mengucapkan terima kasih dan syukur kepada Allah tuhan pengembala/menjaga Kaabah , Setelah kehancuran tentera Abrahah ,banyak barang yg di tinggalkan oleh Abrahah dan tenteranya

Setelah Abrahah dan tenteranya musnah , banyaklah barang-barang/harta -harta yg bernilai yg ditinggalkan oleh mereka . Diriwayatkan bahawa yg menyedari perkara itu ialah 3 orang iaitu seorang drp Bani Hasyim ( Abdul Mutalib sendiri ) seorang drp Bani Umayyah iaitu Affan bin Abul Ass bin Umayah ( bapa kepada Saidina Uthman) seorang lagi dari suku Thaqif dari Taif iaitu Abu Mas,ud Ath Thaqofi .


Inilah agaknya dikatakan oleh Allamah As-Sibtu bin Jauzi ,pengarang kitab Mir’atuz Zaman yg setebal 40 jilid itu yg mengatakan sebab-sebab kenapa Saidina Uthman menjadi kaya raya .Tetapi bagi sesiapa yg tahu kelebihan Saidina Uthman sudah tentu menolak pendapat ini iaitu kekayaan beliau adalah mewarisi harta bapanya dan bapanya mengambil harta drp harta peninggalan Abrahah dan tenteranya .

Saidina Uthman terkenal dengan pakar dlm perniagaan , jadi boleh juga dijadikan faktor bahawa kekayaan Saidina Uthman adalah dari mewarisi harta bapanya dan bapanya mendapat harta drp harta peninggalan Abrahah dan tenteranya ,tetapi tidaklah 100% boleh diterima pendapat itu. kerana ramai orang yg mewarisi kekayaan peninggalan harta pusaka drp ibu bapa mereka sering habis dlm masa yg singkat kerana tadbir urus yg lemah .
Saidina Uthman memang kaya sebelum memeluk Islam lagi dan menjadi jutawan setelah berhijrah ke Madinah .Saidina Uthman berhijrah ke Madinah tanpa membawa sedikitpun harta seperti orang Islam yg lain .Beliau meninggalkan hartanya di Mekkah dan dirampas oleh orang kafir .Ini adalah satu bukti yg Saidina Uthman menjadi kaya raya bukan sebab harta peninggalan ayahnya tetapi atas sebab beliau yg pakar berniaga seperti Saidina Abdul Rahman bin Al Auf .
Saidina Utman terkenal dengan sifat dermawannya cthnya sehingga pada satu ketika beliau menginfakkan hartanya di dalam perang Tabuk dan banyak lagi .



Satu Perubahan Besar yg Pasti Akan Berlaku

Siti Aminah adalah wanita suci ,dari perutnya lahirlah seorang yg agong ,walaubagaimanapun cucu cicit Adam dan Hawa ,Siti Aminah menjalani kehidupan seperti manusia yg biasa iaitu mengandung ,tetapi yg berbezanya ialah Siti Amainah tidak seperti wanita lain yg susah payah ketika mengandung dan melahirkan anak . Siti Aminah tidak merasai kepayahan semasa mengandung dan melahirkan anak .


Ketika cukup masa untuk bersalin ,Siti Aminah berbaring di atas katil dan ditemani oleh seorang bidan iaitu ibu kepada sahabat yg terkenal Saidina Abd.Rahman bin Al Auf .Ibu Abdul Rahman bernama As Syifa . As Syifa ialah orang yg menyambut kelahiran Nabi .


Pada riwayat lain yg menyambut kelahiran Nabi ialah Ummu Aiman hamba kepada bonda nabi dan beliau jugalah yg merawat bonda nabi pada awal-awal kelahiran Nabi ,pendapat ini berdasarkan buku KETINGGIAN RISALAH NABI MUHAMMAD SAW . Pada subuh Isnin 12 Rabiul Awwal bersamaan 20 April atau tahun itu dikenali juga sebagai Tahun Gajah ,lahirlah insan yg agong ,


Nabi disambut oleh Siti Syifa lalu dibersihkan dan dibaluti dengan kain yg putih . Pada kelahiran baginda itu terjadilah kejadian –kejadian / tanda-tanda yg bertentangan dengan adat dan akal. Kejadian yg berlawanan dengan adat ini berlaku di seluruh alam . Siti Syifa juga mengalami kejadian aneh bin pelik ini iaitu kenapa bayi yg dilahirkan oleh sahabatnya itu tidak menangis . semenjak ia membidankan wanita yg akan bersalin belum pernah ia melihat dan mengalami kejadian seperti itu.


Nabi tidak menangis ketika dilahirkan iaitu tidak seperti bayi-bayi yg lain ,nabi bersin ketika dilahirkan ,kejadian bersin ini seperti kejadian yg berlaku ke atas Nabi Adam a.s ketika ditiupkan ruh ke dlm tubuhnya oleh Allah s w t. Perkara yg kedua yg menjadi kepelikan Siti Syifa ialah ,ketika Siti Aminah hendak melahirkan Nabi ,rumah itu diterangi oleh lampu minyak sahaja tetapi setelah nabi dilahirkan ruangan bilik itu disinari oleh cahaya yg terang benderang ,suasana di dalam bilik itu umpama seperti waktu siang.


Manakala berhala-berhala yg megah berdiri disekeliling Kaabah jatuh tumbang ,seakan –akan ada kuasa yg menolak dari arah Kaabah .Perkara luar biasa juga terjadi di Negara Farsi iaitu api yg menyala beratus-ratus tahun yg menjadi sembahan dan pujaan agama Majusi itu tiba-tiba padam/mati , Istana Kaisar Rom pula bergoncang .


Di langit para malaikat sibuk bercakap tentang kelahairan insan yg agong yg mengubah sejarah dan tamadun dunia ,insan yg menjadi sumber rahmah kepada penduduk Alam iaitu semua makhluk . sejak itu juga Allah memerintahkan pintu langit di tutup dan para jin yg kuat dan hebat yg ingin mencuri rahsia sudah tidak boleh melakukannya dan para jin yg cuba melakukannya akan direjam oleh tahi bintang /panah malaikat

Selepas itu Muhammad disusukan selama beberapa hari oleh Thuwaiba, budak suruhan Abu Lahab sementara menunggu kedatangan wanita dari Banu Sa'ad.

Sudah menjadi kebiasaan orang Arab Badawi pergi ke kota utk mencari bayi yg baru dilahirkan utk disusui dan sebagai imbalan mereka mengambil upah drp perkerjaan tersebut , manakala orang kota menanti saat itu untuk mencari ibu susu yg sesuai untuk menyusukan anak mereka ,begitulah keadaannya pada ketika itu .


Kaum perempuan dr kalangan arab Badawi yg datang berduyun - duyun itu berebut-rebut mencari bayi yg baru dilahirkan terutamanya anak-anak pembesar kerana upahnya yg mahal .
Walaupun Aminah adalah anak pembesar dan berketurunan mulia ,kaum perempuan Arab Badawi enggan ke rumahnya kerana mereka sudah tahu yg suaminya Abdullah telah meninggal dunia. Mereka tahu Aminah akan memberi upah yg sedikit sekiranya mereka bersetuju utk mengambil upah utk menyusukan anaknya.

Halimatus Sa’adiah masih berjalan menyelusuri lorong-lorong di kota Mekkah ,tidak ada siapapun yg ingin mengupahkan beliau menyusukan bayi mereka , ditambah jiwa Halimatus Sa’adiah yg lembut dan tidak mahu berebut-rebut mendapatkan bayi utk disusukan . Dgn izin Allah sampailah Halimatus Sa’adiah dipintu rumah Arwah Abdullah bin Abdul Mutalib .
Terjadilah dialog di antara Siti Aminah dengan Halimatus Saadiah sehingga kedua- dua merasa gembira dan bersetuju .Halimatus Sa’adiah gembira kerana akhirnya dia berjumpa jua dengan bayi yg hendak disusukan .Manakala Aminah gembira kerana akhirnya ada juga yg sudi mengambil anaknya utk disusukan .

Nabi menyusu dengan ibunya selama seminggu sahaja kemudian barulah disusukan oleh Thuaibah Aslamiah ( hamba Abu Lahab) kemudian barulah diambil oleh Halimatus Sa’diah . Halimatus Sa’adiah membawa nabi yg masih bayi itu ke kampong Bani Saad bin Bakar . Suasana perkampungan Bani Saad adalah suasana yg terbaik sekali bagi kanak-kanak membesar ,Perkampungan Bani Saad terletak di antara Mekkah dengan Taif

Sebelum kita teruskan mari kita lihat sedikit siapa Thuaibah . seperti kita tahu sebelumnya Thuaibah adalah hamba Abu Lahab yg pernah menyusukan nabi ,selain drp nabi ,Thuaibah juga menyusukan Saidina Hamzah bin Abdul Mutalib .Abdulllah bin Abul Asad Al Makhzumi pun pernah menyusu dgn Thuaibah .Abdullah bin Abu Asad adalah suami kepada Ummu Salamah bin Zutur Rakib ( Abu Ummayah ) .Abdullah terkenal dengan gelaran Abu Salamah Bin Abu Asad Al Makhzumi . Kesimpulannya Hamzah ialah bapa saudara dan adik beradik susuan ,manakala Abdullah Bin Asad ialah sepupu dan adik beradik susuan . Ini kerana Birrah iaitu ibu kepada Abu Salamah ialah ibu saudara nabi .


BERKAH MUHAMMAD S.A.W

Setelah Halimatus Sa’adiah mendapat nabi ,dengan perasaan gembira dia terus membawa nabi pulang ke desanya

Berikut adalah cerita Halimatus Sa’adiah ketika mencari bayi utk disusui dan menemui MUHAMMAD . Katanya


“ Tahun ini tahun kemarau , sudah tidak ada apa-apa yg tinggal pada kami , kami menyertai para ibu yg ingin mencari bayi untuk disusukan ,Aku pergi bersama suami dan anak kami yg masih kecil lagi sedang menyusu . Kami menaiki keldai yg cepat lelah serta cepat letih dan seekor unta yg kurus kering yg tidak keluar drpnya walaupun setitis susu .


Sebelum sampai ke Mekah pada waktu malam anak kami kelaparan ,air susu ku amat kurang dan tidak dapat mengenyangkannya ,tambahan pula susu unta pun tiada . Sampai sahaja ke Mekkah para ibu dan tidak terkecuali Halimatus Sa’adiah mencari anak susuan .boleh dikatakan semua para ibu telah ditawarkan untuk menyusukan nabi tetapi masing-masing berkata di dalam hati …apakah yg boleh di berikan oleh Ibu ini lantaran suaminya yg sudah meninggal dan memandangkan keadaannya yg miskin pula . ..sehingga sampai giliran Halimatus Sa'adiah ...naluri nya amat kuat supaya dia mengambil nabi sebagai anak nya ,nth mengapa perkara itu boleh berlaku ,padahal sudah tentu nanti Siti Aminah memberikan upah kepadanya dengan upah yg amat sedikit .


Suami ku mengalakkan aku mengambil anak Siti Aminah itu dan berkata kepada ku Ambillah mudah-mudahan dia member keberkatan kepada kita sekeluarga .Sebelum pulang Halimatus Sa ‘adiah cuba menyusukan nabi ..tiba –tiba nabi menyusu dengan puas dan kekenyangan sehingga tertidur ,selepas itu anaknya pun menyusu sehingga kenyang dan tertidur .kejadian ini aneh kerana sebelum ini susu Halimatus Sa’adiah kekeringan dan anaknya sering menangis kerana dia kelaparan dan tidak puas menyusu .


Suami ku pergi ke unta kami di tambat ,tiba-tiba unta tersebut sudah dipenuhi susu ,apalagi suamiku terus memerah susu unta itu dan di bawa balik .Pada malam hari itu kami dapat tidur lena dan perut kami merasa kenyang. Pada keesokkan harinya suamiku berkata ,Wahai Halimah percayalah ! bahawa engkau telah mengambil anak yg penuh keberkatan.


Halimah berkata ,saya pun mengharap demikian .pada waktu pulang kami menaiki khimar , alangkah peliknya perjalanan kami begitu cepat sekali sehingga perempuan yg bersama kami tidak dapat mengikuti dan mengejar perjalanan kami sehingga salah seorang drp mereka berkata .Adakah ini khimar yg kamu tunggangi semasa pergi ke Makkah ,maka jawab ku Ya .mereka berkata pasti sesuatu terjadi pada khimar ini



Sampai sahaja di rumah kami dapati kambing –kambing kami kekenyangan dan susu kambing-kambing kami semuanya penuh ,suami ku terus sahaja memerah susu kambing itu dan memberi kami minum . dlm masa yg sama kambing –kambing jiran yg lain masih lagi mengembek kelaparan dan susunya kering .


Jiran –jiran Halimah berkata ,Wahai Halimah sungguh bertuah anda sekeluarga kerana memelihara anak yg sungguh berkah itu. Pada hari-hari yg lain Halimah melepaskan kambing-kambingnya utuk mencari makanan. Walaupun pada musim kemarau , kambing –kambing Halimah pulang dengan kekenyangan dan susunya penuh .Sehingga jiran-jiranya cuba melepaskan kambing- kambing mereka bersama kambing-kanbing Halimah , tetapi apabila pulang pada waktu petang kambing mereka masih lagi kelaparan tetapi sebaliknya yg berlaku pada kambing-kambing Halimah.


Begitulah kami sentiasa diberkati oleh Allah kerana kami membela MUHAMAD . Sehinggalah umur Muhammad mencapai 2 tahun ,maka sudah sampailah dia berhenti menyusu.


Nabi s.a.w Yg Paling Fasih Arabnya

Sudah dua tahun lamanya Halimatus Sa’adiah membela Nabi s.a.w maka sudah tibalah masanya dia memulangkan anak itu kepada ibu kandungnya Siti Aminah ( Begitulah perjanjiannya).
Semasa Halimatus Sa’adiah menjaga nabi s.a.w , nabi s.a.w membesar sebagai kanak-kanak yg kuat ,sehat , cepat matang serta terserlah ketampanannya .otot-ototnya pula keras dan pejal kulitnya putih kemerah-merahan .
Nampak jelas perbezaan tumbesar nabi s.a.w berbanding dengan kanak-kanak yg lain . Pada hari yg dijadulkan , Halimatus Sa’adiah pergi ke Mekkah bertujuan untuk memulangkan Nabi s.a.w ke pangkuan Ibunya Siti Aminah .
Walaubagaimanapun Halimatus Sa'adiah sangat berat hati utk melepaskan Nabi s.a.w sehingga menangis-nangis kesedihan umpama seorang ibu kandung yg kehilangan anaknya ,Siti Aminah yg lemah lembut dan bertolak ansur itu pun mengizinkan Halimatus Sa’adiah membawa kembali buat kali ke 2 kalinya Nabi bersama pulang ke Desa Bani Saad .
Tidak diketahui samada Halimatus Sa'adiah terus mengambil Nabi s.a.w semasa menghantarnya atau Halimatus Sa'adiah pulang terlebih dahulu kemudian baru datang kembali untuk mengambil balik Nabi s.a.w .Dengan rasa gembira Halimatus Sa'adiah membawa nabi s.a.w dan hiduplah nabi bersama-sama dengan anak-anak Halimatus Sa’adiah selama 2 tahun dan 2 bulan lagi di desa Bani Saad itu .
Ketika Umur nabi s.a.w mencapai 4 tahun ,nabi s.a.w bersama Abu Kabsyah membela kambing-kambing Halimatus Sa’adiah .Abu Kabsyah adalah abang sulung susuan dan anak kepada Halimatus Sa ‘adiah ,walaupun hubungan mereka berdua adalah adik beradik susuan tetapi mereka berdua bergaul seperti adik-beradik kandung yg amat rapat .


Di antara kesan dan faedah yg diperolehi oleh nabi s.a.w ketika membesar di desa itu ialah :-

1) Nabi s.a.w membesar di tempat yg suasana udaranya yg bersih nyaman, dan segar menyebabkan,tumbesar nabi s.a.w amat sihat ,kuat ,cerdas dan cergas

2) Bahasa yg diperolehi dan dikuasai oleh nabi s.a.w adalah bahasa arab yg fasih .Rasulallah pernah bersabda “ Aku adalah orang yg paling fasih di antara kamu ! dan aku adalah orang Quraisy yg dibesarkan di dusun Bani Saad bin Bakar “

3) Suasana yg baik dan tenteram menyebabkan nabi s.a.w mempunyai akhlak yg mulia ( selain drp kurniaan Allah kepada Baginda)


Kisah Dua Malaikat dan Pembedahan Dada Muhammad

Di riwayatkan oleh Ibnu Hisyam diceritakan ketika nabi s.a.w ,berumur lingkungan 2 hingga 4 tahun telah terjadi peristiwa yg menakutkan menyebabkan Haimatus Sa’adiah berasa takut untuk menjaga nabi s.a.w , dia khuatir jika berlaku yg tidak baik kepada nabi s.a.w semasa di bawah penjagaannya .


Peristiwa yg di maksudkannya ialah ketika Abu Kabsyah dan adik-adiknya bersama Nabi s.a.w berada di belakang rumah iaitu sedang mereka melihat kambing Abu Kabsyah melahirkan anak ,tiba-tiba datang 2 lembaga ( Malaikat yg kacak berjubah putih ) memegang nabi s.a.w dan membawa di suatu tempat berdekatan tempat tadi lalu menidurkan nabi s.a.w ,lalu membelah dada nabi s.a.w ( tidak dipastikan samada malaikat membelah dada nabi s.a.w dengan mengunakan jari mereka ataupun dengan menggunakan alat )

Anak-anak Halimatus Sa’adiah yg melihat kejadian itu ketakutan .Berikut adalah seperti yg diceritakan oleh Halimatus Sa'adiah yg diriwayatkan oleh Ibnu Hisyam

“ Demi Allah pada suatu hari di mana anak-anak ku berkumpul dibelakang rumah bersama sama Muhammad dan Abu Kabsyah kerana melihat kambing Abu Kabsyah yg baru melahirkan anaknya , Tiba-tiba datanglah 2 malaikat yg berjubah putih lalu memegang nabi dan menidurkan lalu diletaknya nabi mengiring lalu membelahnya dan dimasukkan jarinya ke dlm dada Muhammad seperti mencari sesuatu Abu Kabsyah selaku abang sulung berlari pantas kepada ibu dan bapanya lalu menceritakan ….
Wahai bapaku , saudara ku Orang Quraisy itu telah tangkap oleh 2 orang yg tidak dikenali ,mereka berjubah putih dan membawa Muhammad lalu di tidurkan dan dibelah dadanya oleh mereka . Mendengar sahaja anaknya Abu Kabsyah menceritakan perihal yg terjadi kepada anak susuannya itu ,beliau bersama isteri dan juga Abu Kabsyah meluru ke tempat kejadian ,apabila tiba di sana kelihatan Muhammad sudah berdiri tegak dan gagah .Suami Halimatus Saadiah terus memeluknya dan bertanya apa yg sebenarnya berlaku wahai anakku ?

Maka Jawab Nabi …Telah datang 2 orang malaikat kepada ku mereka menangkap ku dan membawaku serta mereka membaringkan serta di bedah dadaku .kemudian keduanya mencari sesuatu didlm dadaku
Setelah kejadian itu suami dan Halimatus Sa'adiah berbincang dan memutuskan supaya Muhammad di pulangkan sahaja kembali kepada Ibunya ,mereka amat khuatir atas keselamatan anak susuannya itu .

Walaupun keputusan itu sebenarnya berat utk mereka , tetapi itu lah yg terbaik bagi mereka semua .Halimatus Sa'adiah tidak mahu dipersalahkan nanti sekiranya selepas itu terjadi apa-apa yg tidak baik kepada Muhammad semasa di bawah penjagannya .

Para orentalis barat menolak perkara itu dan mendakwa itu hanyalah khayalan nabi kerana ketika itu nabi mengalami sakit saraf , pendapat ini dikeluarkan oleh Sir William Muir dlm bukunya The Life Of Mohamet .Sememangnya orang-orang kafir amat dengki dan benci serta sakit hati kepada RasulAllah , persolannya sekiranya hanya nabi sahaja yg melihat peristiwa itu ,mengapa pula Abu Kabsyah dan adik-adiknya pun melihat peristiwa itu juga ?

Orang-orang barat tidak dapat menerima keajaiban-ajaiban yg terjadi ke atas nabi s.a.w ,contoh yg lain adalah dalam peristiwa israk dan mi'raj ( yg saya akan tuliskan apabila tiba masanya kelak) Semenjak dari itu Abu Kabsyah berserta adik beradik yg lain telah di arahkan oleh bapanya menjaga bersungguh-sungguh dan nabi s.a.w hanya dibenarkan bermain dikawasan yg tertentu sahaja dan diperhatikan oleh Abu Kabsyah

Setelah 4 tahun 2 bulan di jaga oleh Halimatus Sa'adiah diperkampungan Bani Saad sudah tiba masanya Nabi dikembalikan kepada Ibu kandungnya ,itulah perjanjian yg dimetrai dan dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak .

Kalau diikutkan hati Halimatus Sa' adiah enggan mengembalikan anak susuannya itu , kasih sayangnya telah sebati seperti ibu kandung dengan anak kandung tetapi apakan daya dia hanyalah ibu susuannya sahaja dan mengambil upah drp pekerjannya itu dan dia bukanlah ibu kandung Nabi yg sebenar ,Ibu kandung Nabi sebenarnyalah yg berhak untuk menjaga Nabi .

Halimatus Sa'adiah mengembalikan Muhammad kepada ibu kandungnya , Setelah itu Halimatus Sa'adiah pulang ke perkampungan Bani Saad ,disepanjang perjalanannya Halimatus Sa'adiah tidak putus-putus mengalirkan air mata, di dlm hatinya " kalaulah Muhammad itu anaknya ...sudah tentu aku tidak berpisah dengan Muhammad " kesedihan yg dialami oleh Halimatus Sa'adiah adalah normal bagi manusia biasa khususnya manusia seperti Halimatus Sa'adiah ,kerana beliau adalah manusia yg mempunyai sifat yg lemah lembut dan mempunyai akhlak yg baik .
Semasa Nabi dipulangkan kepada Siti Aminah,beliau memeluk baginda dengan begitu lama , anak tunggal dan anak kesayangannya kini sudah ada dipelukannya dan mulai hari ini Siti Aminah akan hidup bersama anak lelakinya, hidup bersama sebagai satu keluarga . Di samping mereka berdua ada seorang lagi yg tinggal bersama-sama mereka iaitu Ummu Aiman ..hamba Abdullah yg ingin tinggal bersama mereka berdua selama-lamanya .

Bermulalah kehidupan nabi bersama- sama ibu kandungnya .Barulah Nabi faham bagaimana keadaan ibunya ,ibunya hidup miskin dan menjanda , pada masa yg sama ibunya terpaksa menyara kehidupan mereka sekeluarga . Ketika nabi hidup bersama keluarganya ,nabi cepat memahami kehidupan ibunya yg miskin , nabi walaupun masih berumur 4 tahun 2 bulan tetapi jiwanya besar seumpama manusia yg sudah hidup 40 tahun bahkan lebih drp itu utk sesetengah manusia.
Nabi tidak pernah makan sehingga kenyang , Nabi tidak pernah merungut tentang kehidupannya yg miskin ,Nabi tidak pernah meminta baju baru , nabi tidak pernah meminta mainan ,nabi tidak pernah iri tentang kehidupan dan kesenangan orang lain ,sesungguhnya menjaga Nabi adalah sangat mudah ianya sangat berbeza dengan menjaga kanak-kanak seusia dengan baginda ..ya ! sudah semestinya kerana Muhamad adalah manusia yg terpilih ,manusia teragung ,bakal penutup para nabi dan para rasul.

Datuk baginda, Abdul Mutallib amat menyayangi baginda. Ketika Aminah membawa anaknya itu ke Madinah untuk bertemu dengan saudara-maranya, mereka ditemani oleh Umm Aiman, budak suruhan perempuan yang ditinggalkan oleh bapa baginda. Baginda ditunjukkan tempat wafatnya Abdullah serta tempat dia dikuburkan.

Sesudah sebulan mereka berada di Madinah, Aminah pun bersiap sedia untuk pulang semula ke Makkah. Dia dan rombongannya kembali ke Makkah menaiki dua ekor unta yang memang dibawa dari Makkah semasa mereka datang dahulu. Namun begitu, ketika mereka sampai di Abwa, ibunya pula jatuh sakit dan akhirnya meninggal dunia lalu dikuburkan di situ juga.

Muhammad dibawa pulang ke Makkah oleh Umm Aiman dengan perasaan yang sangat sedih. Maka jadilah Muhammad sebagai seorang anak yatim piatu. Tinggalah baginda dengan datuk yang dicintainya dan bapa-bapa saudaranya.

"Bukankah Dia mendapatimu sebagai anak yatim, lalu Dia melindungimu. Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang bingung lalu Dia memberi petunjuk" (Surah Ad-Dhuha,93:6-7)


Abdul Mutallib Wafat

Kegembiraannya bersama datuk baginda tidak bertahan lama. Ketika baginda berusia lapan tahun, datuk baginda pula meninggal dunia. Kematian Abdul Mutallib menjadi satu kehilangan besar buat Bani Hashim. Dia mempunyai keteguhan hati, berwibawa, pandangan yang bernas, terhormat dan berpengarug dikalangan orang Arab. Dia selalu menyediakan makanan dan minuman kepada para tetamu yang berziarah dan membantu penduduk Makkah yang dalam kesusahan.


Muhammad diasuh Abu Talib

Abdul Mutalib meninggal pada umurnya 80 tahun dan pada ketika itu usia nabi baru berumur 8 tahun . Seperti yg saya ceritakan pada siri yg lepas Abdul Mutalib mewasiatkan penjagaan cucunya kepada Abi Talib kerana Abi Talib dengan Abdullah ( ayahanda nabi ) adalah sama ibu dan sama ayah . Ketika itu Abi Talib berumur 37 tahun .



Layanan Abi Talib terhadap nabi adalah sama bahkan lebih berbanding anak-anak kandungnya . Nabi sentiasa di bawa ke mana beliau pergi dan baginda diberi hidangan makanan yg sama seperti hidangan makanan yg dimakan oleh anak-anak Abi Talib yg lain .Kalaulah penduduk -penduduk Mekah tidak tahu ,nascaya penduduk Mekah akan menyangka bahawa Nabi adalah anak Abi Talib . Kasih sayang Abi Talib terhadap Nabi seperti kasih sayang ayahnya ( Abdul Mutalib)kepada nabi . Sesungguhnya Abi Talib benar-benar melaksanakan wasiat bapanya.



Nabi merasai pula kasih sayang Abi Talib , Nabi tidak berdiam sahaja dengan kasih sayang dan jasa bapa saudaranya .Demi membalas kasih sayang dan jasa bapa saudaranya itu ,baginda mengambil upah memelihara kambing kepunyaan orang kaya , walaupun upahnya tidak seberapa tetapi itu sajalah kemampuannya yg baginda ada ,lagipun usianya baru 8 tahun.



Dalam hidup nabi perkara itu ( memelihara kambing) adalah kali yg ke 2 ,pertama ketika baginda dipelihara oleh ibu susuannya ( Halimatus Sa'diah ) yg ke 2 semasa baginda tinggal bersama bapa saudaranya. Nabi memelihara kambing sehingga umurnya 12 tahun , Nabi memelihara kambing dikawasan yg dipenuhi rumput di kawasan bukit sekitar Mekkah . Upah yg diterima baginda sebanyak " beberapa kararit".



Apakah yg dimaksudkan " kararit " itu , ada yg berpendapat beberapa biji kurma hindi dan setengah pendapat sejenis wang emas pada masa itu. Walla a'lam ,dan tidak diketahui juga berapa banyakkah upah yg diterima oleh nabi. Tetapi yg pastinya upah itu akan diterima oleh nabi ketika baginda membawa kambing -kambing itu pulang ke rumah tuannya iaitu pada waktu senja. Baginda duduk bersama Abi Talib sehinggalah nabi berkahwin dengan Sadatina Khalijah bin Khuwalid iaitu ketika itu umur baginda berusia 25 tahun .



Abi Talib mempunyai 6 orang anak iaitu Talib , Aqil ,Ja'afar , Ali , Atikah dan Hamamah . Ketika nabi tinggal bersama bapa saudaranya sehinggalah berkahwin, Ali belum dilahirkan lahir lagi . Begitu juga dengan Ja'afar ( Jaafar lebih tua 10 tahun daripada Ali) . Akil pula lebih muda 12 tahun berbanding nabi .Atikah ataupun terkenal dengan gelaran Ummu Hani .Hamamah pula diperisterikan dengan Abu Sufian bin Al Harith .


Maksudnya di sini ketika nabi tinggal bersama bapa saudaranya. Bapa saudaranya baru mempunyai seorang anak iaitu Akil . Baiklah saya buatkan kesimpulan di bawah supaya anda lebih faham




Ketika Ali baru dilahirkan

Umur Jaafar : 3 tahun

Umur Aqil : 22 tahun

Umur Talib : 31 tahun

Umur nabi : 32 tahun

Manakala anak-anak perempuan Abi Talib tidak diketahui pula umurnya secara tepat . walla a'lam . Kehidupan Abi Talib agak susah kerana beliau bukanlah seorang yg kaya walaupun beliau adalah salah seorang pembesar Quraisy .


Itu Namanya Maksum

Muhammad s.a.w adalah manusia biasa seperti manusia-manusia yang lain sebelum dilantik menjadi nabi dan rasul .Tetapi uniknya Muhammad s.a.w dikurniakan oleh Allah mempunyai hati yg amat benci kepada objek yg di puja dan disembah oleh kaumnya iaitu berhala , Muhammad juga amat benci dengan syair-syair berunsur maksiat dan syair –syair yg bersifat keduniaan . Tetapi seperti manusia biasa , Muhammad juga inginkan sedikit hiburan seperti orang lain , Tetapi Allah tidak mengizinkan kerana Muhammad akan dijadikan seorang yg agong pada suatu masa nanti . Ini semua adalah berupa taufik dari Allah s.w.t


# Apa beza hidayah dengan taufik ?

Hidayah ialah petunjuk drp Allah kepada sesiapa yg dikehendaki . Cth seseorang yg dikurniakan ilmu tentang solat maka dia telah mendapat hidayah drp Allah ,cth yg lain , seseorang yg dikurniakan oleh Allah bahawa agama Islam itu agama yg benar ,sebenarnya dia telah mendapat hidayah.


Taufik ialah perlaksanaan berupa perbuatan drp ilmu yg dikurniakan oleh Allah cth . Seseorang yg memiliki ilmu tentang solat lalu mendirikannya ( perbuatan /kelakuan mendirikan solat itu adalah taufik ) seseorang yg mengetahui Islam adalah agama yg benar dan memeluknya ( perbuatan memeluk Islam itu adalah taufik)

Kesimpulan – Orang yg diberi hidayah tidak semestinya diberi taufik cthnya seseorang yg mengetahui solat itu wajib tetapi tidak mahu melakukannya .orang ini memiliki hidayah ( tahu bahawa solat fardu itu wajib) tetapi tidak diberi taufik ( enggan melakukan solat )


Rasulallah ada menceritakan kisah nya ketika baginda masih remaja kepada para sahabat – sahabatnya . Setelah diminta oleh para sahabatnya rasulallah menceritakan kisah tersebut kepada mereka

“ Kita saya meningkat besar ketika itu saya sudah menjadi remaja ,saya terdengar rakan-rakan sepengembalaan kambing menjelaskan bahawa pada malam tertentu akan diadakan pesta nyayian di sebuah walimatul Urus . Lalu baginda pun berkata kepada rakannya sudikah anda menjagakan kambing –kambing ku ini sementara aku pula pergi melihat pesta itu. Temannya bersetuju .
Maka pergilah Muhammad ke pesta tersebut ,sampai ke suatu tempat iaitu di pertengahan jalan, rasulallah merasa letih dan baginda duduk sebentar untuk berehat , ketika Muhammad merehatkan badan dan terdengar sayu-sayu alunan muzik , Allah s.w.t memukul telinganya dan matanya sehingga Muhammad s.a.w mengantuk dan tertidur sehingga matahari terbit " .

Begitulah pemeliharaan Allah kepada kekasihnya . Pada keesokkan malam , Muhammad s.a.w melakukan perkara yg sama dan mendapat natijah yg sama seperti pertama tadi. Setelah itu Muhammad s.a.w faham hikmah disebalik kejadian itu dan sejak hari itu, Muhammad s.a.w tidak terniat lagi untuk melakukan apa-apa perkara yg melalaikan . Perkara itu berlanjutan sehingga beliau dilantik menjadi Nabi dan Rasul.


Nabi Seorang Ahli Perniagaan

Sebagaimana telah termashyur Orang Arab Quraisy terkenal dengan pandai berniaga begitu jugalah suku bangsa -bangsa arab yg lain . Orang Quraisy berniaga pada 2 negeri seperti di sebutkan di dlm Al Quran di dlm surah Al Quraisy.

Pada musim sejuk mereka akan ke Yaman .Yaman adalah negeri yg panas jadi pada musim sejuk ,cuaca Negeri Yaman tidaklah begitu panas dan sesuai untuk menjalankan perniagaan . Manakala pada musim panas pula mereka akan pergi Negari Syam kerana pada musim panas cuaca negeri Syam sederhana , satu keadaan yg sesuai untk menjalankan aktiviti perniagaan .


Tetapi ada dikalangan sejarawan mengatakan Orang Arab Quraisy pergi ke Syam pada musim sejuk untuk berniaga . Pada pendapat mereka penduduk - penduduk Syam pada ketika itu memerlukan pakaian yg tebal .dan pada musim panas pula mereka pergi ke Yaman untuk berniaga dan membawa keperluan -keperluan yg sesuai pada musim itu . Tindakan mereka seperti melawan arus , mereka berpendapat pada masa itu tidak ramai saingan dan hasilnya mereka pada kebiasaannya akan mendapat meraih keuntungan yg besar .

Siapakah yg memulakan perniagaan 2 musim itu ? Jawapannya ialah datuk nabi yg bernama Hasyim bin Abdul Manaf . Mari kita lihat kisah Abi Talib berniaga . Abi Talib berniaga sejak kecil lagi ,perniagaan menjadi darah dagingnya seperti juga yg dilakukan oleh datuk ,moyangnya . Ketika umur beliau 42 tahun Abu Talib hendak pergi ke Syam untuk berniaga pada kebiasaannya beliau akan pergi bersendirian dan bersama rombongan perniagaannya yg lain . Rombongan perniagaan pada kali ini adalah besar , diriwayatkan bahawa rombongan perniagaan Abi Talib ini perlu dikawal kira -kira 200 pengawal .

Ketika Abi Talib hendak berangkat Nabi Muhammad s.a.w pun memegang jubah Abi Talib dan merayu agar baginda di bawa bersama . Abi Talib tidaklah mahu membebankan dan menyusahkan nabi berkenaan tanggung-jawab mencari nafkah kepada anak saudaranya itu ,lagipun nabi baru berumur 12 tahun. Kanak- kanak lain yg seusia nabi pada ketika itu masih lagi tenggelam di alam keseronokkan kanak-kanak . Nabi walaupun masih kanak-kanak di dlm jiwanya merasa kurang senang melihat orang lain bersusah payah mencari nafkah untuk menanggung dirinya itu . Walaupun sebenarnya tidak banyak yg boleh dilakukan oleh kanak-kanak seusia itu.


Jarak Mekkah ke Madinah sejauh 450km dan memakan masa perjalanan selama 15 hari ,manakala jarak Mekkah ke Syam lebih kurang 900 km bermakna memerlukan masa 15 hari lagi untuk sampai ke Syam . jadi untuk pergi ke Syam, Kafilah Arab Quraisy memerlukan masa 1 bulan . Ia adalah perjalanan yg sangat jauh dan terpaksa merentasi padang pasir dan berhadapan dengan binatang buas , Ianya perjalanan yg sangat memenatkan dlm mencari nafkah , Tetapi kepenatan dan kepayahan itu tidak terasa jika dibandingkan dengan keuntungan yg akan di perolehi drp perniagan itu .

Nabi bersungguh-sungguh mahu mengikut bapa saudaranya berniaga kerana 2 perkara :



Nabi tidak mahu berpisah dengan bapa saudaranya itu walaupun satu hari

Nabi merasa bertanggung -jawab dan merasa bersalah melihat orang lain bersusah payah mencari nafkah utk menyaranya

Pemergian nabi bukan inginkan keuntungan yg besar kerana hati nabi telah di sucikan oleh Allah semasa nabi di bawah pemeliharaan Halimatus Sa'adiah . Pemergian nabi adalah bersebabkan dengan dua perkara di atas

Ketika rombongan perdagangan Abi Talib sampai ke Busra( Busra adalah kota di negeri Huran ,ibu kota Arab Utara di bawah taklukan kerajaan Rom Utara /Kerajaan Byzentain )

yg terletak di selatan Syam ,rombongan Abi Talib berhenti berehat di kawasan berair dan lapang berhampiran sebuah gereja . Tempat itu adalah tempat persinggahan /perhentian /berehat yg biasa bagi pedagang dari selatan yg ingin ke utara .

Tiba-tiba keluar seorang paderi /pendita /Rahib Nasrani yg digelar Buhaira ( Buhaira adalah gelaran kepada seorang paderi yg mempunyai lautan ilmu drp 2 kitab iaitu Injil dan Taurat) menemui rombongan perdagangan Abi Talib .Menurut Al Mas' udi ( seorang alim besar dlm ilmu alam dan pakar sejarah Islam) nama sebenar Paderi Buhaira ialah GIRGIS . Girgis adalah seorang arab keturunan dari suku Abdul Qias.

Tetapi menurut ahli sejarah Islam yg lain iaitu Ali bin Burhanuddin Al Halabi menyatakan di dlm kitab sirahnya nama sebenar Buhaira ialah GIRGIS / SERGIUS . wallah a'lam . Menurut riwayat Pendita Buhaira bukan berasal dari Busra tetapi dari Patriarch ,Constantinople ( 428M - 431M). Murid-muridnya sangat ramai , kedudukannya sangat tinggi dan beliau menyembah Tuhan Yg Maha Esa . Lantaran kefahamannya itu beliau disingkirkan drp gereja lalu berhijrah lah beliau ke Busra . Beliau mendirikan gereja di situ walaupun tiada siapa yg membuat penempatan di situ .

Pendita Buhaira mempelawa Rombongan Abi Talib masuk ke gereja kerana beliau ingin memberi makan . Para ahli rombongan Abi Talib kehairanan dengan pelawaan Pendita tersebut dan berkata " Wahai Tuan Rahib ,kami selalu berhenti di sini dan selama itu tuan tidak pernah mempelawa kami makan tetapi mengapa pada kali ini tuan menjemput kami makan? Maka jawab Pendita Buhaira : Ya benar apa yg kamu katakan itu tetapi pada kali ini kamu adalah tetamu dan saya berbesar hati utuk menjamu kamu sekalian tidak kira lah ia besar ataupun kecil ,merdeka ataupun hamba .

Apakah motif pendita itu menjamu para ahli rombongan Abi Talib itu ,menurut Ibnu Hisyam seorang pakar sejarah Islam berkata , Sebenarnya Pendita Buhaira itu telah nampak beberapa keajaiban pada rombongan perdagangan Abi Talib itu



Semasa rombongan itu jauh dan bergerak ke arah gerejanya ,Pendita itu terlihat awan nipis sentiasa bergerak dan menaungi rombongan tersebut ,menurut imunya yg luas itu ,hanya nabi akhir zaman yg akan diutuskan sahaja yg mempunyai kelebihan itu .dia tidak tahu siapakah bakal nabi dikalangan rombongan Abi Talib itu

Semasa rombongan itu berehat dia terlihat seorang remaja duduk di bawah pokok dan tiba-tiba ranting-ranting pokok itu bergerak lembut dan menutupi nabi drp terkena cahaya matahari .Pokok itu di tanam oleh Nabi Ibrahim , dan pada zaman Nabi Musa , Nabi Musa pernah duduk di bawah pokok tersebut , menurut ilmu drp kitab Injil dan Taurat ,hanya para nabi sahaja yg berjaya melihat /menemui pokok tersebut ,manusia biasa tidak akan menemuinya .
Jadi 2 motif itulah yg menyebabkab dia bersungguh -sunguh mempelawa rombongan Abi Talib itu makan. Semua ahli rombongan itu menurut sahaja kehendak Pendita itu ,mereka berpusu -pusu masuk ke dlm gereja untuk menikmati juadah yg telah disediakan . Semasa rombongan Abi Talib itu masuk , Pendita Buhaira memerhati seorang demi seorang tetapi dia tidak menemui orang yg hendak dikenali nya itu .
Lalu Pendita itu berkata Wahai Kaum Quraisy adakah semua ahli anda telah masuk ke dlm gerejaku ini .

Maka salah seorang dr rombongan Abi Talib menjawab .Ya semua telah masuk kecuali seorang budak .

Pendita Buhaira menjawab , Janganlah begitu ,jemputlah dia masuk ,saya ingin menjamu semua nya sekali kerana anda adalah tetamu saya

Mendengarkan kata-kata pendita itu Abi Talib pun ingin bangun ,tiba-tiba dengan cepat salah seorang rombongan Abi Talib cepat- cepat membawa nabi masuk ke dlm
Jamuan pun dihidangkan dan mereka pun makan , Pendita Buhaira memperhatikan sahaja wajah ,kelakuan nabi ketika makan .kelakuan Buhaira tidak diketahui oleh orang lain kerana asyik dengan makanan yg dihidangkan itu . Setelah selesai makan dan rombongan Abi Talib keluar ,maka tinggallah Abi Talib dan anak saudaranya masih didlm gereja . sebelum Abi Talib dan nabi keluar ,cepat-sepat Buhaira mendekati nabi . lalu terjadilah dialog

Buhaira : Wahai anak , saya ingin bertanya kepada anda demi Latta dan Uzza ,sedilah kiranya anda menjawab soalan saya

Nabi : Wahai tuan janganlah menanyakan aku dengan berdemikan Latta dan Uzza kerana aku sangat membenci keduanya ,jawab nabi dengan tegas tetapi lembut

Lalu beliau bertanyakan dengan mengubah gaya pertanyaannya : Demi Allah bolehkah ,anda menjawab pertanyaanku ?

Nabi menjawab: Silakanlah tuan apa-apa yg terasa di hati tuan

Buhaira : Lalu dia bertanya mengenai kehidupan nabi sehari-harian ,berkenaan tidur ,makan dsb dan akhirnya Buhaira hendak melihat belakang nabi dan nabi pun memperlihatkannya . Buhaira menjadi sangat pasti yg kanak-kanak dihadapannya itu adalah nabi yg akan diutuskan pada akhir zaman setelah dia melihat tanda /cop /mohor kenabian terletak ditengah-tengah belakang badan nabi. Buhaira melihat tanda bulat sebesar telur burung merpati , ia seperti bekas bekam dikelilingi bulu-bulu . Sekarang puaslah hati Buhaira
Abi Talib yg melihat /memerhati dialog dari jauh diantara anak saudaranya dengan Buhaira itu datang menghampiri mereka berdua lalu terjadilah dialog di antara Abi Talib dengan Buhaira
Buhaira : Siapakah kanak-kanak ini ?

Abi Talib : Dia anakku ( Jawab Abi Talib dengan sedikit berbohong)

Buhaira : Katakan kepada ku perkara yg benar ayah dan ibunya sudah meninggal bukan ?

Abi Talib terkejut : Bagaimana tuan tahu ?

Buhaira : Wahai Abi Talib bawalah anak ini pulang ke Mekkah segera ,aku khuatir sekiranya orang Yahudi menemuinya nascaya mereka akan membunuhnya .
Apabila mendengar sahaja nasihat Buhaira ,Abi Talib segera membawa nabi pulang ke Mekkah .Abi Talib dan rombongannya tidak jadi berniaga di Syam . Abi Talib hanya mendapat keuntungan sedikat /tidak mendapat keuntungan tetapi ada yg lebih berharga drp keuntungan itu ,Dia sudah mengetahui sedikit rahsia anak saudaranya dan beliau menyimpannya ,lagi kuatlah azamnya untuk menjaga nabi ,lebih tinggilah kasih sayangnya terhadap nabi . untuk mengelakkan drp menanggung kerugian rombongan Abi Talib berniaga pada setiap kota yg disinggahinya .Perbuatan itu adalah julung -julung kali dibuat oleh orang Quraisy kerana Orang Quraisy tidak berniaga kecuali di negeri Syam .
Bagaimana kesudahan Pendita Buhaira ? mengikut Al- Bustami di dlm kitabnya Dairatul Ma'rifahnya bahawa kehidupan Pendita Buhaira berakhir dibunuh oleh orang Yahudi

Ketika usia nabi 25 tahun ,bermulalah era nabi sebagai ahli perniagaan yg terkenal dengan peniaga yg paling jujur ,yg paling cerdik dan yg paling pintar , nabi juga terkenal sebagai peniaga yg menjual barang yg murah ,kadang - kadang menjual dengan harga pokok kepada pelanggan yg tidak mampu tetapi sangat memerlukan keperluan tersebut .

Siti Khadijah bt Khuwailid seorang wanita yg jelita dan mempunyai banyak harta ,beliau digelar sebagai seorang jutawan . sudah lama Siti Khadijah mencari seorang pemuda untuk dipertanggung-jawabkan membawa barang-barang perniagaannya ke negeri yg jauh iaitu ke Negeri Syam untuk diperdagangkan . Sememangnya ramai pemuda yg ada bakat berniaga tetapi sangat kurang pemuda yg berbakat dan lagi jujur serta amanah di Mekkah ketika itu.

Demi untuk mencari pemuda bercirikan tersebut di atas ,Siti Khadijah berusaha merisik dan mencari dan berita itu sampai ke telinga Abi Talib . Abi Talib ketika itu berumur 53 tahun ,Abi Talib telah membaca bakat pandai berniaga itu sejak nabi kecil lagi . Tanpa berlengah Abi Talib pun pergi ke rumah Siti Khadijah untuk berbincang perkara itu . Lagi pun usia nabi yg baru berumur 25 tahun itu sangat sesuai untuk pekerjaan itu .

Abu Talib maklum yg Siti Khadijah adalah seorang janda , Walaupun dia tidak bercita -cita agar anak saudara nya itu bertemu jodoh dengan wanita kaya itu ,beliau tahu berurusan dengan seorang janda tidak sesusah berurusan dengan isteri orang ..nanti ada rasa cembura pula suami kepada lelaki yg berurusan dengan isterinya itu. Walaupun Abi Talib bersungguh -sungguh atas perkara itu ,beliau sedar ,beliau perlu mendapatkan pandangan anak saudaranya itu terlebih dahulu berkenaan hasrat hatinya itu .

Maka berlakulah perbincangan Abi Talib dengan anak saudaranya itu


Abi Talib : Wahai anakku ,ayahanda seorang yg tidak berharta dan sekarang keadaan ekonomi ayahanda sangat berat sekali ,Ayahanda mendengar khabar yg Siti Khadijah mencari seorang pemuda untuk di amanahkan barang perniagaannya dan upahnya 2 ekor unta muda , walaupun ayahanda tidak menyukai tawaran upah tersebut ,mahukah anakanda berkerja dengan dia.
Jawab nabi : Mana yg ayahanda padang baik saya ikut .
Sebenarnya tawaran 2 ekor unta muda ataupun lebih tidak menarik jiwa nabi kerana jiwanya sudah disucikan oleh Allah .Nabi tidak tertarik dengan sebarang bentuk kekayaan , walaubagaimanapun nabi seorang yg amat bertanggungjawab ,nabi sedar kesusahan yg di tanggung oleh bapa saudaranya itu ,sudah tentulah nabi akan cuba meringangkan beban kesusahan bapa saudaranya itu .
Setelah mendapat persetujuan drp nabi ,Abi Talib tergesa-gesa keluar dan pergi ke rumah Siti Khadijah ,Abi Talib menyatakan hajatnya itu kepada Siti Khadijah dan tanpa berselindung Abi Talib meminta upah yg seperti dialog di bawah ini
Abi Talib : Wahai Khadijah ,anak saudaraku Muhammad sanggup bekerja dengan engkau ,jika engkau mengupah orang lain dengan 2 ekor unta muda tetapi aku meminta lebih untuk anak saudaraku Muhammad iaitu 4 ekor unta .
Siti Khadijah : Wahai Abi Talib sekiranya tuan meminta upah ini untuk orang yg tidak aku kenali nascaya aku akan bersetuju sebab kami hormatkan tuan ,apatah pula untuk anak saudara mu itu yg terkenal dengan kejujuran dan amanah itu .
Setelah itu Abi Talib pun kembali ke rumah menemui nabi dan berkata ..Demikianlah 4 ekor unta yg dipersetujui oleh Siti Khadijah sebagai upah kepadamu membawa barang perniagaan ke Negeri Syam .

Sudah sampai masanya Nabi pergi ke Negeri Syam ntuk berniaga , Nabi pergi bersama orang kepercayaan Siti Khadijah iaitu Maisarah . Maisarah ditugaskan oleh Siti Khadijah dua perkara iaitu menjadi pembantu nabi berniaga dan juga menjadi pemerhati gerak geri nabi .
Perkara pertama nabi telah maklum ,tentang perkara yg kedua ia adalah diluar pengetahuan nabi .
Selama di dlm perjalanan Maisarah melihat sikap dan kelakuan nabi berbeza dengan pemuda lain . Selama diperjalanan itu nabi sentiasa berzikir tidak seperti pemuda seusia nabi yg lain yg pada kebiasaannya akan bernyanyi dan bersyair . Gerak geri nabi samada berjalan atau berhenti semuanya diperhati dan dicatat didlm memori dan akan diceritakan nanti kepada Siti Khadijah .
Apabila rombongan perniagaan berhenti di sesuatu kawasan pada kebiasaan nya mereka akan bergembira seperti bersyair ,bernyanyi tetapi berbeza dengan nabi ,nabi akan beredar dan duduk disuatu sudut dan menyendiri sehingga rombongan itu bergerak semula .
Apabila tiba di Kota Busra ibu Kota Huran ,rombongan perniagaan nabi berhenti sebentar di situ ,amalan ini adalah seperti amalan ahli rombongan perniagaan yg lain ( ahli rombongan perniagaan dari selatan ke utara seperti ahli rombongan perniagaan dari Mekkah) dan ketika nabi mengikut bapa saudaranya Abi Talib ,Rombongan Abi Talib pun berhenti di situ juga . Tibalah masanya untuk berehat dan memakan makanan dan minuman setelah selesai tibalah masanya untuk berhibur ,pada ketika itu lah nabi mula menyisih dan duduk di bawah pokok yg baginda pernah duduk dahulu .
Berhampiran tempat rehat rombongan perniagaan nabi itu terdapat gereja yg sama cuma penditanya sahaja yg berbeza ,kalau dahulu Penditanya Buhaira tetapi sekarang siapa pula ? Nama pendita di gereja itu ialah bernama Nastura . Tiba -tiba keluarlah pendita dari gereja tersebut dan menemui Maisarah ,kalau 13 tahun dahulu yg ditemui oleh Pendita Buhaira ialah Abi Talib tetapi sekarang Pendita Nastura menemui Maisarah cuma yg tidak berbeza ialah orang yg diperkatakannya iaitu MUHAMMAD .
Maka terjadilah dialog diantara Nastura dengan Maisarah
Nastura : Siapakah pemuda yg duduk berehat di bawah pokok di sana yg tidak mahu bercampur dengan kaumnya ?
Maisarah : Oh dia adalah pemuda dari keturunan Quraisy yg berasal dari Tanah Haram
Nastura: Adakah pemuda itu mempunyai mata yg ada bintik-bintik merah ?
Maisarah : Ya
# Maksud bintik-bintik merah ialah di dlm mata putih nabi ada urat-urat merah ,bukan bermaksud mata putih nabi merah menyala seperti orang sedang marah .
Nastura : Itulah nabi dan rasul yg terakhir ,tidak ada sesiapa yg mahu duduk dibawah pokok yg berkat itu kecuali dia akan menjadi nabi dan rasul .
Setelah mereka berdua selesai bersembang , Nastura pun pergi ke arah nabi yg sedang berehat di bawah pokok ,sesungguhnya apa yg Nastura akan temui sebentar nanti adalah seorang manusia yg agong yg telah diceritakan oleh nabi Isa kepada anak-anak muridnya . Setelah Nastura berada dihadapan nabi ,Nastura memerhatikan wajah nabi yg putih bersinar-sinar ,penuh dengan kasih sayang dan kehebatan ,maka Nastura pun mencium kaki dan kepala nabi lalu berkata
Nastura ; Aku percaya kepada engkau dan aku menyaksikan bahawasanya engkaulah yg di sebut oleh Allah didlm kitab Taurat dan Injil , dan aku telah menyaksikan tanda-tanda kenabian yg ada pada diri engkau tetapi ada satu lagi yg belum aku lihat ,jadi bukalah belakangmu itu .
Nabi : Lalu nabi pun membuka jubahnya dan kelihatan dibelakang nya cop mohor kenabian
Nastura : Aku naik saksi tiada tuhan selain Allah dan aku naik saksi bahawa engkau utusan Allah yg ummi dari Bangsa Arab Bani Hasyim yg berasal dari penduduk Mekkah .
Begitulah Pendita Nastura telah beriman sebelum nabi di lantik menjadi nabi dan rasul . sesungguhnya tanda-tanda kebangkitan Nabi Muhammad telah dinyatakan di dlm kitab Taurah dan Injil supaya manusia tidak ragu-ragu apabila Muhammad nanti akan dilantik menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman .

Setelah berehat secukupnya ,sudah tiba masanya rombongan perniagaan nabi berangkat ke Negeri Syam . Maisarah terus memerhati setiap gerak geri nabi dan dirakam di dlm mindanya .

Sampai sahaja di Negeri Syam nabi dan Maisarah terus berniaga dan alangkah hairannya Maisarah melihat cara nabi berniaga . Cara nabi berniaga amat berlainan ,caranya itu tidak pernah di buat oleh peniaga lain . Cara berniaga nabi menyebabkan barang yg di bawanya cepat habis dan laris .

Bagaimanakah nabi berniaga , nabi berniaga dengan cara memberitahu harga modal dan terpulanglah kepada pelanggan hendak membeli dan membayar dengan harga yg sepatutnya . Berlainan dengan peniaga yg lain yg meletakkan harga yg tinggi pada barang yg hendak dijualnya

Pelanggan /pembeli yg membeli barang dagangan nabi merasa puas hati dan lega kerana mereka tidak di tipu oleh peniaga .Selain itu juga , nabi menjual dengan harga modal ! , nabi menjual barang dengan harga modal kepada orang yg tidak mampu tetapi amat memerlukan keperluan itu. Ini adalah akhlak kurniaan dari Allah kepada kekasihnya ,akhlak yg menaruh belas kasihan kepada manusia yg kurang bernasib baik seperti orang fakir dan orang miskin

Selain drp itu ketika nabi berniaga nabi sentiasa melempar senyuman kepada setiap pelanggan yg datang ke gerainya ditambah pula dengan wajah yg tampan dan muka yg berseri-seri . Walaupun hanya sepatah dua kata tetapi pelanggan mengemari peniaga yg bermuka manis . Seperti biasa Maisarah sentiasa mencatat segala gerak geri nabi ,nanti dia akan menceritakan kesemuanya sekali dari awal hingga akhir kepada majikannya iaitu Siti Khadijah bt Khuwailid.

Setelah barang-barang habis terjual ,nabi dibantu oleh Maisarah membeli pula barang-barang di Negeri Syam untuk dibawa pulang ke Kota Mekkah dan akan di jual di sana pula. Setelah selesai barulah nabi berangkat pulang ke Mekkah . Setelah sebulan diperjalanan tibalah nabi dan Maisarah di pinggir Kota Mekkah .Apabila jarak sebelum masuk ke Kota Mekkah lebih kurang 30 km , Maisarah memberi tunjuk ajar kepada nabi , Maisarah memberitahu nabi , apabila sampai sahaja di Kota Mekkah nanti , perkara yg pertama yg perlu di buat ialah terus berjumpa majikannya dan menceritakan segala pengalaman semasa diperjalanan pergi dan pengalaman berniaga di Syam dan pengalaman balik ke Mekkah .

Siti Khadijah menunggu dengan perasaan berdebar ,melihat langkah seorang pemuda yg sangat tenang , berdahi lebar ,wajah yg tampan serta putih berseri-seri masuk menemuinya dan duduk di hadapannya , sesungguhnya Siti Khadijah sudah jatuh cinta kepada nabi ,cintanya itu bukan di buat-buat dan tidak pula mudah dilupa-lupakan begitu sahaja . Nabi menceritakan segala pengalaman perniagaannya ,keuntungan yg di dapati drp hasil perniagannya dan nabi membawa Siti Khadijah melihat keuntungan dan barang-barang yg di beli oleh Nabi ketika di Negeri Syam .

Semua laporan itu membuatkan Siti Khadijah terlalu gembira dan bertambah-tambah cinta kepada nabi . Dengan kata lain Siti Khadijah berhasrat menyunting Muhammad dan timbul persoalan adakah nabi ingin menerima lamarannya nanti. Siti Khadijah sebelum ini telah berkahwin sebanyak 2 kali dan sekiranya lamarannya di terima inilah lelaki yg ke 3 yg dapat menambat hatinya .Tambatan kali ini amat hebat berbanding 2 orang suaminya yg terdahulu .Kalau boleh hari ini juga beliau akan melamar nabi .

Sejak nabi membawa barang dagangan ke Negeri Syam dan mendapat keuntungan berlipat kali ganda dan pemberitahuan Maisarah ,orang kepercayaannya yg nabi adalah seorang pemuda yg sangat jujur lagi boleh dipercayai di tambah pula peristiwa-peristiwa pelik yg berlaku ke atas nabi menambahkan lagi rasa cinta di dlm hati Siti Khadijah kepada nabi , Siti Khadijah nekad untuk melamar nabi ,biarlah apa orang kata ,perigi mencari timba /bunga mencari kumbang ,tetapi kumbang ini kumbang yg luar biasa ,siapa yg tidak mahu .

Bagaimanakah caranya untuk melamar nabi .Siti Khadijah puas berfikir cara dan bagaimana . Tiba -tiba Allah menemukan jln keluar ,Siti Khadijah teringat rakan baiknya ,yg berbudi bahasa dan boleh dipercayainya itu .Rakan baik yg dimaksudkan itu ialah Nafisah Bt Munabbih .

Dengan perasaan penuh tanda tanya dan kehairanan Nafisah bertemu Siti Khadijah ,tanpa segan silu ,Siti Khadijah meluahkan hasrat hatinya itu kepada Nafisah dan meminta beliau pergi menemui Nabi dan bertanyakan kepadanya .Nafisah dengan perasaan gembira terus pergi menemui nabi . Lalu terjadilah dialog seperti di bawah ini .


Nafisah : Wahai muhammad aku yakin umurmu sudah cukup untuk berumah tangga ,tetapi apakah sebabnya engkau belum menentukan pilihan hatimu ?
Nabi: Bagaimana aku boleh memikirkan perkara itu ,sedangkan aku tidak mempunyai apa-apapun untuk berkahwin
Nafisah : Seandainya ada seseorang yg ingin menutup kekurangan itu ,bagaimana pendapatmu?
Nabi : Bagaimana perkara ini boleh terjadi?
Nafisah : Tentu boleh terjadi .
Nabi : Siapakah gerangan orang tersebut?
Nafisah : Beliau ialah Siti Khadijah bt Khuwailid
Nabi : Apakah pula yg dapat aku lakukan untuk itu
Nafisah : Hal itu tidak perlu engkau risau ,hal itu aku akan uruskan .
Kemudian nabi menyatakan beliau tidak merasa keberatan untuk menerima keinginan Siti Khadijah itu pada riwayat lain nabi meminta tangguh kerana baginda akan berbincang terlebih dahulu dengan bapa saudaranya , Abi Talib . Nabi seorang yg tidak mahu melakukan sesuatu perkara yg besar secara bersendirian ,baginda tidak mahu membelakangkan bapa saudaranya yg banyak berjasa itu . Baginda mahu mendengar pandangan bapa saudaranya itu terlebih dahulu ,manalah tahu bapa saudaranya itu mempunyai rancangan lain untuk nya.
Nafisah pun pulang menemui Siti Khadijah utuk menyampaikan berita gembira , pada dasarnya nabi telah membuat keputusan menerima Siti Khadijah cuma nabi hendak nenangguhkan sehingga nabi berbincang dengan bapa saudaranya itu . Nafisah memeberitahu Siti Khadijah keputusan perbincangannya bersama dengan nabi bahawa pada dasarnya nabi menerima tetapi baginda perlu berbincang dengan bapa saudaranya .Mendengar berita itu Siti Khadijah terus meminta rakan baiknya itu pergi menemui Abi Talib

Setelah nabi memberi persetujuan , Abi Talib bergegas menemui bapa saudara Siti Khadijah yg akan menjadi wali pernikahan nanti .Ini terjadi kerana ayah Siti Khadijah telah meninggal dunia .

Menurut satu riwayat Ibnu Hisyam , Abu Talib pergi bersama saudaranya Hamzah menemui Khuwailid bin Asad iaitu bapa Siti Khadijah .Tetapi menurut Ibnu Ishak guru kepada Ibnu Hisyam Abu Talib bersama Hamzah pergi menemui Amru bin Asad . Riwayat yg ke dua adalah yg paling benar .

Amru bin Asad ,bapa saudara Siti Khadijahlah yg akan menjadi wali perkahwinan Nabi dengan Siti Khadijah . Sebenarnya Amru bin Asad tidak bersetuju dengan perkahwinan ini kerana Amru adalah seorang yg memandang harta benda , nabi adalah seorang yg tidak berharta ,beliau khuatir nanti nabi akan menghabiskan harta anak saudaranya itu setelah berkahwin nanti . Sesungguhnya pandangan Amru itu tidak berasas ,sesungguhnya nabi adalah seorang manusia yg tidak terpengaruh dengan harta dunia .

Nabi adalah seorang yg rajin bekerja tetapi hasil pendapatan drp kerjanya itu bukan untuk dirinya semata-mata .Harta yg diperolehi adalah untuk membantu orang lain . Nabi bukan seoarang pemalas ,buktinya ,pada usia 8 tahun nabi bekerja sebagai gembala kambing , pada usia 25 tahun nabi bekerja sebagai peniaga iaitu membawa harta dagangan Siti Kahdijah ke Syam . Dan pada ketika berlaku kejadian banjir yg merobohkan sebahagian Kaabah ,nabi bersama-sama penduduk Mekkah memikul batu-batu dari bukit berdekatan dan di bawa ke Mekkah .

Setelah selesai perbincangan diantara kedua-dua belah pihak ,maka nabi telah dinikahkan oleh Abi Talib dengan maskahwinnya 400 dinar atau 20 ekor unta muda . Maka selepas itu jadilah Nabi dan Siti Khadijah sepasang pengantin baru . Berikut adalah proses pernikahan nabi bermula dengan bacaan Khotbah nikah oleh Abi Talib .


Abu Talib : Segala puji bagi Allah yg menjadikan kami sebagai anak cucu Ibrahim mengembangkan keturunan Nabi Ismail dari Maad hingga Mudhar Dia telah berkenan menjadikan kita penjaga rumahNya dan pemelihara kesucianNya ,Kerana rumah- Nya menjadikan kita dikunjungi orang yg melakukan haji dan menyebabkan negeri kita makmur dan aman sentosa ,dan manusia menganggap kita adalah pemimpin mereka .
Adapun selepas ini ,sesungguhnya anak saudaraku ini Muhammad bin Abdullah yg kita akan kahwinkan dengan siti Khadijah bt Khuwailid ,tidak boleh disamakan dengan kebanyakkan lelaki yg lain kerana beliau mempunyai akhlak yg sangat terpuji ,akal yg sangat cerdas dan tajam , Sesungguhnya dia tidak kaya dari sudut harta ,kerana harta tidak kekal abadi ,ia lebih sebagai pinjaman dan akan dikembalikan pada yg empunya nya apabila tiba masanya
Saudara-saudara sudah tentu mengenalnya seperti aku mengenalinya ,anak saudaraku ini bercita-cita ingin menjadikan Siti Khadijah sebagai isterinya dan maharnya adalah atas tanggunganku.
Begitulah khutbah yg dibacakan oleh Abu Talib .pihak Siti Khadijah mesti menjawabnya untuk menjadikan perkahwinan itu sah ,maka dipihak Siti Khadijah ,Khutbah di baca oleh sepupunya iaitu Waraqoh bin Naufal ,seorang yg terkenal alimnya . Beliau alim dlm kitab Taurat dan Injil .
Waroqoh bin Naufal : Segala puji bagi Allah telah menjadikan kita sebagaimana yg tuan katakan tadi ,kita adalah pemimpin orang -orang Arab ,dan bangsa Arab pun menganggap kita begitu , Kita tidak mahu mengurangkan kemuliaan tuan -tuan ,dan kami di sini cuma hendak menyambung silatur rahim di antara kaum Quraisy , dan sudah tentu perkara itu tidak mengurangi kemulian tuan-tuan .
Maka selepas sahaja Waraqoh bin Naufal berkhotbah ,Beliau pun melafadzkan ucapan nikah .Tuan-tuan orang Quraisy Bahawa sesungguhnya saya nikahkan Khadijah binti Khuwailid dengan Muhammad bin Abdullah dengan maskahwinnya sebanyak 400 dinar
Kemudian Waraqoh pun diam . Apabila Abi Talib melihat Waroqoh diam ,Abi Talib pun berkata ,
Abu Talib : Saya ingin benar mendengar bapa saudara Siti Khadijah iaitu Amru bin Asad berkata sepatah dua di dlm majlis ini .
Amru bin Asab pun menjawab : Persaksikanlah tuan-tuan saya menikahkan Muhammad bin Abdullah dengan Siti Khadijah bt Khuwailid .
kemudian nabi menjawab bagi pihak dirinya sendiri . Tetapi mengikut riwayat yg lain ,buka Waraqoh bin Naufal yg menikahkan Siti Khadijah tetapi Amru bin Asad ,kerana Amru adalah bapa saudara Siti Khadijah dan sudah tentu dia lebih layak menjadi wali .
Untuk memeriahkan suasana majlis tersebut Amru menjemput para pembesar ,pahlawan dan penduduk tempatan untuk menghadiri majlis pernikahan tersebut . Inilah pernikahan diantara 2 manusia yg mempunyai darjat yg tinggi . Siti Khadijah pun meminta pekerja-pekerjanya menyembelih beberapa ekor unta untuk dijamu kepada tetamu yg hadir pada majlis perkahwinannya .
Kenduri perkahwinan itu berjalan dengan penuh meriah tetapi dlm kesederhanaan. Selepas itu nabi dan isterinya masuk ke bilik dan berkata sesuatu diantara mereka . Abu Talib mengusap muka dan matanya tanda terlalu gembira atas majlis perkahwinan anak saudaranya itu .


Ketika nabi berkahwin dengan Siti Khadijah pada ketika itu nabi berusia 25 tahun dan usia Siti Khadijah ialah 40 tahun. Akan tetapi pada riwayat yg lain umur Siti Khadijah berumur 28 tahun ,ini adalah pendapat Ibnu Abbas ,beliau berpendapat demikian kerana beberapa faktor
1. Siti Khadijah masih mampu melahirkan 6 orang anak ,kalaulah umur Siti Khadijah berumur 40 tahun masakan dia dapat melahirkan anak yg sebegitu ramai ,paling banyak pun hanya seorang atau dua sahaja.
2. Suami Siti Khadijah yg pertama bernama Abu Halah bin Zurarah at Tamimi dan hasil perkahwinan dengan Siti Khadijah lahirlah seorang anak lelaki dan diberi nama Hindun . Suami kedua Siti Khadijah pula bernama Atiq bin Aiz Al-Makhzumi dan hasil perkahwinan mereka lahirlah seorang anak perempuan yg diberi nama Hindun juga. Nama Hindun di dlm masyarakat arab boleh digunakan untuk lelaki dan perempuan.
3. Jika diteliti jarak perkahwinan Halah dengan Atiq sudah tentu tidak lama kerana selepas Halah meninggal dan Siti Khadijah tamat eddah , Siti Khadijah pun dilamar oleh Atiq .
Begitulah pendapat Ibnu Abbas ,manakala hujjah yg Siti Khadijah berkahwin dengan nabi ketika usianya 40 tahun ,adalah berdasarkan kewafatan Siti Khadijah .Siti Khadijah wafat ketika berusia 65 tahun iaitu pada tahun 10 kenabian . Sudah tentulah Siti Khadijah berkahwin dengan Nabi ketika umurnya 40 tahun . Lihat di bawah perinciannya .
Siti Khadijah wafat umurnya 65 tahun ,ketika 10 tahun kenabian , Muhammad di lantik menjadi nabi dan rasul ketika umurnya 40 tahun .ini bermakna umur nabi ketika itu 50 tahun .
Nabi berkahwin ketika umurnya 25 tahun , oleh itu 50 tahun di tolak 25 tahun bakinya ialah 25 tahun.
Jadi umur kewafatan Siti Khadijah ketika umurnya 65 tahun di tolak dengan 25 tahun maka jumlahnya ialah 40 tahun .
Jadi kesimpulannya Siti Khadijah berkahwin dengan nabi ketika usianya 40 tahun .
Setelah nabi berkahwin ,nabi membina rumah baginda sendiri .Rumah nabi didirikan diantara rumah Abdul Uzza bin Abdul Mutalib ( bapa saudara nabi ,namanya berubah menjadi Abu Lahab setelah ia menentang seruan nabi) dengan Uqbah bin Abu Abu Muaith seorang hartawan yg banyak membela kambing .Kambingnya dipelihara oleh seorang pemuda yg bernama Saad bi Abi Waqos .
Bagaimana rumah nabi? Rumah nabi dibina dlm keadaan sederhana sahaja .Tidak dipastikan samada nabi membinanya sendiri atau rumah itu dibina dengan pertolongan penduduk di sekelilingnya .Ahli sejarah tidak membincangkan perkara itu kerana ia adalah perkara yg tidak penting . Rumah nabi itu tidaklah kecil dan tidaklah besar ,ia mempunyai 6 bilik kesemuanya sekali .
Bahagian anjungnya /soyoknya di bina seluas 4x6 meter . Ruang bilik di dalam rumah nabi sebanyak 5 bilik dan satu bilik dibina di luar rumah . berikut adalah perinciannya
1. Satu bilik adalah bilik Nabi dan Isterinya
2. Satu bilik adalah bilik nabi dengan tuhannya ,ukurannnya 3x3meter
3. Satu bilik untuk isteri nabi apabila bersalin /melahirkan anak
4. Satu bilik untuk anak-anak nabi yg bakal akan lahir
5. Satu bilik yg dibina terpisah adalah bilik untuk tetamu yg datang berjumpa nabi
6. Satu bilik lagi ialah bilik untuk berwuduk dan membersihkan diri yg di bina lebih rendah drp permukaan tanah
Jadi 6 bilik kesemuanya sekali . Begitu lah gambaran serba sedikit rupa bentuk rumah nabi yg sangat sederhana itu.


2 orang anak angkat nabi s.a.w

Anak angkat nabi yg pertama .

Sebelum berkahwin dengan nabi , Siti Khadijah nemiliki hamba yg masih kecil yg bernama Zaid bin Harithah . Ceritanya bermula apabila Zaid dijual dipasar Ukaz ,lalu di beli oleh sepupu Siti Khadijah ialah Hakim bin Hizam bin Asad bin Abdul Uzza bin Qusai bin Kilab . Beliau adalah salah seorang pembesar Quraisy . Selepas Hakim membeli Zaid ,dia menghadiahkan kepada Siti Khadijah .

Setelah berkahwin dengan Nabi ,Nabi meminta drp isterinya supaya diberi Zaid kepada baginda . Baginda telah melihat kecerdasan yg luar biasa pada diri Zaid .Persoalannya mengapa nabi meminta Zaid diberi kepadanya?,Bukankah Zaid duduk bersama dengan Nabi dan Siti Khadijah ?

Sebenarnya walaupun Zaid telah dihadiahkan oleh Hakim kepada Siti Khadijah ,ada kemungkinan nanti Hakim akan meminta kembali hambanya itu . Sekiranya Zaid telah di beri kepada suaminya ,bermakna nanti ,sekiranya Hakim ingin mengambil Zaid ,adalah alasan untuk Siti Khadijah menolak permintaan sepupunya itu . Sudah tentu Hakim akan naik segan untuk meminta terus kepada nabi . Oleh kerana itulah Nabi meminta kepada isterinya supaya memberikan Zaid kepadanya .

Anak angkat nabi yg ke 2



Abu Talib adalah seorang pembesar Quraisy ,akan tetapi beliau tidak memiliki banyak harta tetapi Abu Talib kaya dari aspek kehormatan dan akhlaknya . Tambahan pula tanggungannya ramai .Jadi untuk meringankan bebanan Abu Talib itu ,Nabi mengambil Ali bin Abu Talib sebagai anak angkatnya . Nabi sedar bapa saudaranya itu amat memerlukan pertolongan itu setelah Nabi berkahwin dengan Siti Khadijah lagipun inilah masanya Nabi ingin membalas jasa Abu Talib selama ini yg berkorban untuknya .



Buka setakat Ali diambil oleh nabi untuk dipeliharanya ,tetapi atas daya usaha nabi anak Abu Talib yg lain yg bernama Ja'afar di ambil oleh Al Abbas untuk dipelihara . Anak perempuan Abi Talib iaitu Hamamah dan Ummu Hani tidak pasti dipelihara oleh siapa .Manakala Aqil dipelihara sendiri oleh Abi Talib.



Bilakah nabi mengambil Ali untuk dipelihara . Sudah tentu lah bukan ketika nabi berusia 33 tahun kerana ketika itu Ali baru dilahirkan . Ali dipelihara oleh nabi setelah Ali putus susu iaitu ketika umur Ali 3 ke 4 tahun . Jadi Nabi mengambil Ali sebagai anak angkat ketika umur nabi 36 tahun . Bermula dari masa itulah Ali tinggal bersama-sama Nabi , Siti Khadijah serta seorang anak angkat nabi yg lain iaitu Zaid bin Harithah.


Anak-anak Nabi

Anak-anak nabi kesemuanya berjumlah 7 orang iaitu 3 lelaki 4 perempuan . Hasil perkahwinan dengan Siti Khadijah ,nabi dikurniakan 6 orang anak iaitu 2 lelaki 4 perempuan . Anak-anak nabi yg lelaki bernama Al Qosim , Abdullah ,manakala nama anak-anak nabi yg perempuan ialah Zainab ,Rugaiyah , Ummu Khalthum dan Fatimah . Anak nabi yg seorang lagi hasil drp perkahwinan nabi dengan Siti Mariah Al Qibtiah iaitu Ibrahim .


Ketika usia nabi berumur 40 tahun , kesemua anak nabi yg lelaki sudah wafat ( kecuali Ibrahim kerana Ibrahim adalah anak hasil dari perkahwinan nabi dengan Siti Mariah dan perkahwinan nabi dengan Mariah berlangsung selepas Siti Khadijah wafat ). Anak -anak nabi yg perempuan kecuali Siti Fatimah telah berkahwin . Siti Fatimah ketika usia nabi berumur 40 tahun ialah baru berusia 5 tahun . Siti Fatimah lahir ketika umur nabi 35 tahun.


Siti Zainab anak perempuan nabi yg sulung .


Siti Zainab adalah anak perempuan nabi yg sulung tetapi bukan anak nabi yg paling awal dilahirkan . Anak nabi yg pertama ialah Al Qosim @ At Taib . Al Qosim dilahirkan ketika usia nabi 26 tahun ,ketika nabi berusia 28 tahun barulah Abdullah @ At Tahir dilahirkan dan dipercayai Siti Zainab dilahirkan ketika nabi berusia 30 tahun .Ketika usia nabi berumur 43 tahun Siti Zainab berumur 13 tahun . Maksudnya di sini nabi mengkahwinkan anak-anaknya ketika usia mereka sangat muda . Ada pendapat mengatakan , pada ketika itu gejala perzinaan sangat berleluasa ,begitu juga jenayah rogol . Jadi nabi mengambil jalan selamat untuk anak-anaknya ,sekiranya ada yg ingin melamar anaknya ,nabi akan terima dan dinikahkan . kita boleh jadikan perkara ini sebagai salah satu jalan penyelesaian gejala sosial yg berlaku di negara kita ini iaitu mengkahwinkan anak-anak perempuan kita pada usia yg muda.


Siti Zainab dinikahkan dengan Abu Al Ass bin Ar Rabi' seorang pedagang Quraisy yg kaya lagi segak . Sebenarnya perkahwinan Siti Zainab adalah di atas persetujuan Nabi ,isterinya Siti Khadijah dan anaknya Siti Zainab . Abu Al Ass adalah anak saudara Siti Khadijah .Beliau adalah anak kepada saudara perempuan Siti Khadijah .


Siti Zainab kekal menjadi isteri Abu Al Ass sehingga pada tahun pertama hijrah ,beliau meninggal pada usianya 26 tahun .Hasil perkongsian ,mereka dikurniakan zuriat .


Siti Ruqaiyyah puteri yg ke-2


Siti Ruqaiyyah adalah puteri nabi yg kedua ,beliau memiliki paras rupa yg sangat jelita . ( sebenarnya anak-anak perempuan nabi kesemuanya jelita-jelita belaka ) Oleh kerana rumah nabi bersebelahan dengan rumah bapa saudarnya Abu Lahab ,jadi anak-anak Abu Lahab sering melihat kejelitaan anak -anak perempuan nabi ini. Utbah bin Abu Lahab sangat tertarik dengan kejelitaan Siti Ruqaiyyah ini . Beliau jatuh cinta dan melamar anak perempuan nabi ini ,maka nabi menerima dan menikahkan mereka berdua.


Usia Siti Ruqaiyyah ketika berkahwin dengan Utbah ialah 9 tahun . Perkahwinan mereka tidak sampai melahirkan zuriat kerana tidak lama selepas mereka berkahwin ,Muhammad dilantik menjadi nabi dan rasul . Oleh kerana Abu Lahab sangat menentang kerasulan Muhammad ,maka beliau memerintahkan anaknya supaya menceraikan isterinya . Sebenarnya Utbah sangat mencintai Siti Ruqayyah dan dia sangat berat hati untuk menceraikan isterinya itu . Walaubagaimanapun Utbah tetap menceraikan isterinya demi takutkan bapanya , Utbah menghantar isterinya dengan hormat ke rumah ayahandanya .


Tidak lama kemudian Siti Ruqaiyyah mendapat jodoh yg lebih baik ,lebih tampan dan kaya raya , dan paling penting drp itu ialah jodohnya itu telah beriman dengan Nabi Muhammad . Beliau ialah Uthman bin Affan . Walaubagaimana pun ketika usianya 23 tahun iaitu ketika perang Badar berlaku Siti Ruqaiyah mengikut jejak langkah ibunya ( wafat).


Hasil perkahwinan mereka berdua lahirlah seorang zuriat dan diberi nama Abdullah . Walaubagaimanapun Abdullah wafat ketika usia kanak-kanak .


SEMPURNA

Nabi adalah manusia biasa ,baginda dilahirkan oleh manusia yg biasa ,mempunyai sifat-sifat peribadi seperti manusia biasa juga , sebelum saya meneruskan tentang sifat -sifat nabi kita ini ,saya mengalu-alaukan Ibnu Hussin yg menjadi pengikut blog ini yg ke 115 ,anda dipelawa untuk melihat juga catatan-catatan lama yg ada di dlm blog ini ,mudah-mudahan ianya bermanfaat .

SIFAT JASMANI NABI .

Saya mulakan dengan wajah nabi ,nabi adalah manusia yg dikurniakan oleh Allah yg mempunyai wajah yg hebat . Dikisahkan kehebatan wajah nabi ini sehingga boleh mengentarkan sesiapa yg baru pertama kali melihat wajah baginda yg mulia itu . Keadaan ini berlaku kepada seorang Arab Badawi yg baru pertama kali melihat wajah nabi . Saidina Ali menceritakan bahawa nabi mempunyai wajah yg sangat hebat ,orang yg baru berkenalan dengan baginda akan merasa gerun apabila melihat wajah nya itu ,akan tetapi apabila seseorang itu sudah lama mengenali baginda , mereka akan menyayanginya .

Selain baginda mempunyai wajah yg hebat ,baginda juga mempunyai keindahan wajah yg tiada tolok bandingnya . Wajah baginda mirip dan indah seperti Nabi Ibrahim a.s dan juga Nabi Adam a.s Ini diakui sendiri oleh baginda di dlm sabdanya

" Aku sangat serupa dengan nabi Adam dan Nabi Ibrahim .tetapi antara kedua-duanya agak jauh sedikit perbezaannya "


Maksud sabda nabi di atas ialah Nabi Muhammad s.a.w amat mirip rupa dan bentuk wajah dengan Nabi Adam a.s dan juga Nabi Ibrahim a.s . Akan tetapi mereka berdua ( Nabi Adam dan Nabi Ibrahim)tidak lah mirip diantara satu sama lain .

Selain mereka berdua ada para nabi yg lain yg mempunyai kemiripan wajah mereka dengan Rasul Allah ( Nabi Muhammad ) . Mereka itu ialah Nabi Ideris a.s , Nabi Ismail a.s ,Nabi Yaakob a.s ,Nabi Yusuf a.s ,Nabi Harun a.s dan Nabi Musa a.s .

Selain para nabi yg berenam itu ada manusia bukan nabi yg mirip dengan Nabi Muhammad ,mereka itu ialah Al Mughairah bin Haristh bin Abdul Mutalib , Quitsam bin Abbas bin Abdul Mutalib , Jaafar At Tayyar bin Abi Talib bin Abdul Mutalib , Hassan bin Ali bin Abi Talib dan Asaib bin Abu Yazid ( datuk Imam As Shafie ) .Mereka berlimalah yg mempunyai wajah yg mirip dengan Nabi Muhammad .

Untuk pengetahuan pembaca salsilah Imam Shafie ialah , Muhammad bin Ideris bin Abbas bin Uthman bin Syafi' bin SAIB BIN ABU YAZID bin Al Mutalib bin Abdul Manaf bin Qusai.

Bentuk muka nabi ialah mendekati bulat drp bujur ( bujur sirih ) inilah bentuk wajah yg paling indah dan cantik yg menjadi idaman kebanyakkan manusia . Wajah baginda putih berseri-seri dan bercahaya yg tiada terdapat diwajahnya itu bintik-bintik . ( bak umpama bulan purnama tanggal 14 hb ,yg tiada puas mata memandang ).

sekarang saya akan menjelaskan pula berkenaan bentuk kepala nabi , diriwayatkan bahawa bentuk kepala nabi adalah cukup menarik , bentuknya besar dan sangat sesuai dengan wajahnya , belum ada lagi bentuk kepala yg sangat sesuai dengan wajahnya ,bentuk kepala nabi ini adalah bentuk kepala yg dimiliki oleh ahli fikir yg agong lagi hebat dan mempunyai akal fikiran yg kuat dan cerdas . Dan ini terbukti benar dan dapat dibenarkan sekiranya kita menyelusuri lembaran sirah keperibadiannya selengkap-lengkapnya .

Berkenaan rambut nabi pula ,rambut nabi tidaklah lurus seperti nabi Isa a.s dan tidak juga krinting seperti rambut orang negro . Rambut nabi adalah ikal ,berombak-ombak ,sangat hitam dan sangat lebat serta mengkilat . Rambut nabi di sebelah belakangnya panjang sehingga mencecah bahu dan disebelah tepi pula mencecah telinganya sahaja.

Nabi tidak boleh memotong rambutnya sekiranya Allah tidak izinkan .Apabila rambutnya panjang baginda perlu terlebih dahulu meminta izin drp Allah untuk memotong rambutnya. Baginda sering meminyakkan rambutnya dan selalu membawa sisir rambutnya ke mana-mana . Tetapi baginda tidaklah menyisir rambut pada tiap-tiap hari ,baginda akan menyisir rambut apabila perlu ,

Baginda akan menyisir rambutnya dari depan ke belakang ,kemudian barulah nabi akan membelah ditengah-tengah . Antara rambut ditepi dan janggutnya tidak ditumbuhi sebarang bulu ,bermaksud nabi tidak mempunyai jambang.

Dahi baginda pula luas dan lebar ,Ini menunjukkan seseorang yg memiliki dahi seperti itu pandai berpidato dan berhujjah dan memiliki kecerdasan fikiran dlm hal yg lain juga.

Kening baginda pula melengkung seperti bulan ,diantara keduanya hampir bercantum .bulu matanya yang lentik dan lebat itu seakan-akan memancar dicelah-celah bulu matanya itu .

Bulu mata baginda pula pula tebal dan lentik . Sungguh menawan apabila dilihat ,manakala telinga baginda pula tidaklah terlalu besar dan tidaklah terlalu kecil . Sangat sesuai dengan saiz wajah baginda itu . Pendek kata semua nya SEMPURNA sekali . Tidak ada manusia yg sesempurna baginda .

Bentuk mata nabi besar dan agak panjang .mata hitamnya besar dan sangat hitam dan mata putihnya sangat putih , di mata putih nya itu terdapat urat-urat merah yg menunjukkan keberanian dan ketabahan . Hidung baginda pula mancung dan berlubang kecil . Bentuk hidung nabi tidaklah terlalu besar dan tidaklah terlalu kecil . dan di batang hidung nabi yg mancung itu keluar cahaya . Orang yg baru bersua dengan baginda akan menyangka batang hidung nabi itu bengkok lantaran cahaya yg keluar drpnya .

Mulut baginda luas dan lebar ,maksud mulut nabi luas dan lebar ialah saiz mulut nabi sesuai dengan wajah nabi yg kemas itu . Manakala bibir mulutnya pula tipis seperti ulas limau dan apabila baginda tersenyum ,kelihatan lagi menarik lah lagi wajah nabi yg sudah menarik itu .
Pipi baginda pula lurus sahaja iaitu tidak bonjol dan tidak cengkung ke dalam .

Gigi baginda putih berseri-seri ,baginda sentiasa mengosok gigi dengan kayu sugi dan baginda sentiasa membawa kayu sugi ke mana-mana baginda pergi . Baginda meyimpan kayu suginya itu di dlm kantong dan dimasukkan kedlm baju baginda ketika membawanya . Gigi baginda jarang-jarang sedikit . gigi nabi itu agak pelik sedikit dan kebaikannya nabi mudah mengeluarkan sisa-sisa yg melekat ketika makan sesuatu makanan .

Saya akan selesaikan tulisan saya berkenaan KESEMPURNAAN fizikal nabi ,tetapi sebelum itu saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada CITERMENARIK kerana sudi menjadi pengikut yg ke 117 ,begitu juga kepada FIKIR KUSUT juga saya ucapkan tahniah kerana sudi menjadi pengikut yg ke 118 . Mudah-mudahan kehadiran anda bedua dapat mencerikan blog kami ini . S esungguhnya apabila rasulallah senyum atau tersenyum ( rasulallah tidak pernah ketawa terbahak-bahak ) ternampaklah deretan gigi baginda yg putih bersih itu ,disamping ituterkeluarlah cahaya drp mulut baginda .

Baginda tidak menyukaimisai yg tidak terurus , rasulallah tidak akan membiarkan misainya panjang sehingga memasuki mulutnya ,baginda sentiasa merapikannya . Misai yg dibiarkan tanpa dipotong seperti kaum Majusi .

Janggut baginda semasa mudanya tipis dan tidak tebal ,akan tetapi apabila baginda telah dewasa janggut baginda tebal dan hitam berkilat . Janggut baginda tumbuh meliputi sehingga ke tengkok . Rasulallah tidak membiarkan janggutnya tidak terurus ,janggut yg tidak terurus adalah amalan orang kafir Quraisy Mekkah . Manakala baginda tidak pula memotong pendek janggutnya .baginda tidak memotong pendek janggutnya kerana ia adalah amalan kaum Majusi . Adakah semua janggut para nabi begitu rupa ,saya tidak tahu jawapannya .di khabarkan bahawa janggut Nabi Musa a.s ,panjang dan baginda berjambang .

Leher baginda pula lakasana umpama perak kerana putihnya ,keadaanya tegak dan lurus serta jinjang . sungguh menawan . Berkenaan dada baginda pula lebar /bidang ,ini melambangkan kesegakkan dan dan kekuatan akal . Sesetengah riwayat di antara bahu baginda terdapat mohor kenabian yg ditumbuhi bulu . Menurut Saidina Ali r.a ,mohor kenabian itu tidak ditumbuhi sebarang bulu . Walla a'lam .

Badan baginda pula berotot -otot ,pejal dan sasa laksana orang yg membina badannya ( diriwayatkan bahawa nabi memiliki kekuatan 40 orang lelaki dewasa yg sasa-sasa maka tidak hairanlah kita sekiranya nabi beristeri ramai ) . Pinggang nabi pula ramping dan pinggul nabi besar dan lebar . Manakala tumit baginda pula kecil dan halus yg menandakan seorang yg kuat berjalan dan berlari . Tapak kaki baginda pula melengkung .

Perut baginda lurus sahaja dan berotot , tidak buncit . baginda seorang yg berhenti makan sebelum kenyang ,sekiranya baginda makan dengan kenyang ,nascaya perut baginda tidak buncit juga . Dan yg terakhir ialah berkenaan jari tangan dan jari kaki baginda keadaannya panjang-panjang ,manakala kulit baginda secara keseluruhannya putih kemerah-merahan.

pada kali ini saya akan menulis pula berkenaan sifat kesempurnaan nabi pula . Sesungguhnya nabi amat menjaga kebersihan dan kerapian terutama pakaiannya walaupun di rumahnya sendiri . kecuali ketika bersama anak -anak ,isteri dan hamba-hamba . Baginda sangat suka memakai pakaian warna putih , walaubagaimanapun pada usia tuanya ,baginda memakai pakaian berwarna seperti hijau dan merah . Baginda juga suka menjaga kekemasan serbannya .

Nabi adalah seorang yg lemah lembut .sifat lemah lembut nabi ini menarik ramai manusia mendekati baginda ,lembut nabi bukan bermaksud lembek .

Apabila berjalan baginda sering dikerumuni kanak-kanak dan nabi melayan kanak-kanak tersebut dengan ramah sekali. Apabila baginda berjalan ,seolah-olah baginda ada tujuan yg penting . Apabila nabi gembira ,nabi akan tersenyum dengan perasaan sepenuh hatinya , ketawa baginda adalah senyuman ,baginda hanya ketawa 3 kali seumur hidupnya!.

Rahsia tarikan utama mengapa baginda sangat disukai oleh manusia disekelilingnya ialahkemanisan wajahnya dan keramahannya dan nabi adalah orang yg pertama memberi salam apabila berjumpa para sahabatnya , nabi buka setakat orang yg pertama memberi salam tetapi disertai dengan huluran jabatan tangan . baginda tidak melepaskan jabatan tangan itu sehingga orang yg dijabat menarik tangannya .

Baginda adalah manusia yg paling setia di dlm persahabatannya. Kasih sayang baginda bukan tertumpu kepada manusia tetapi juga kepada haiwan ,baginda tidak pernah memukul bintang ,baginda juga tidak pernah menyakiti binatang.


Pada suatu hari ,seekor kucing tidur diatas kain serbannya /selendangnya dan pada ketika itu juga nabi memerlukannya untuk di bawa bersolat . Cerita ini telah menjadi bualan umum . Walaubagaimanapun tiada manusia yg akan melakukan seperti baginda .

Baginda ,ketika ingin mengambil serban/selendangnya dengan cara mengunting disekeliling serban/selendangnya .demi tidak mahu mengganggu kucingnya itu terjaga atau tidak cukup tidur . Masyaallah !

Ketika nabi berjalan ,tumpuan mata baginda lebih banyak ke bumi daripada arah hadapan .

Siri 45 : Baqum arkitek Kaabah .

Ketika umur nabi berusia 35 tahun ,Kota Mekkah dilanda banjir yg menyebabkan Kaabah runtuh dan roboh sebahagiannya dan sangat perlu diperbaiki dengan kadar segera . Walaupun Kota Mekkah jarang-jarang hujan , tetapi apabila hujan , hujan akan turun dengan begitu lebatnya dan terjadilah banjir kilat ,ini kerana kedudukan Kota Mekkah terletak di tengah-tengah yg disekelilingnya dikelilingi oleh bukit bukau dan gunung -ganang . Bolehlah kita katakan bahawa Kaabah dan sekelilingnya adalah terletak di kawasan lembah .


Sebelum saya meneruskan tulisan saya ini ,saya mengalu-alukan kepada ARENAMEEkerana sudi menjadi pengikut blog ini yg ke 123 , sebagai panduan umum kepada saudari/puan ,blog kami ini menyajikan ;

- Sejarah Hidup Rasulallah ( kalau di izinkan oleh Allah insyallah saya akan menulis dengan selengkap-lengkapnya ..sekiranya berminat klik sahaja SIRAH DAN TAMADUN di ruangan APA YG USTAZ TULIS )

- Video The Arrivals lengkap yg sebahagiannya ada terjemahnnya ( ringkasnya siri ini cuba menerangkan bilakah kedatangan Al Masih Dajjal dan kuncu-kuncunya dan apa yg mereka telah , sedang dan akan mereka buat di muka bumi ini ) Sekiranya saudari/puan berminat silalah klik edisi bongkar .

- Saudari/puan juga boleh menonton video-video perdebatan di antara Cendiakawan Muslim dengan Cendiakawan Kristian berkenaan banyak perkara seperti perkara -perkara pokok iaitu benarkah Nabi Isa a.s itu disalib ? , Bilakah sebenarnya Nabi Isa a.s itu lahir ?...dan banyak lagi ..klik sahaja pada Akidah suci anda akan dapat melihat keseluruhan video tersebut .

- Dan banyak lagi ..sekiranya anda rajin menyelongkor apa yg terdapat di dlm blog ini ...

Sebenarnya pada awalnya binaan Kaabah pada zaman sebelum Muhammad dilantik menjadi rasul ,Kaabah adalah satu bangunan yg tidak mempunyai sebarang atap ,melopong kosong di atasnya , Apabila hujan turun ,air akan masuk ke dlm Kaabah ,bermaksud air akan ada di dlm dan diluar Kaabah . ditambah pula binaan yg kurang kukuh ,maka bangunan Kaabah itu mudah sahaja roboh .

Ketika Kaabah ingin diperbaiki para pembesar Quraisy telah bermesyuarat dan memikirkan ,supaya bangunan Kaabah ini di bina atap di atasnya supaya nanti kalau hujan ,air hujan tidak masuk ke dalam Kaabah dan juga tidak terkena panahan terik cahaya matahari . Ketika terjadinya banjir diriwayatkan bangunan Kaabah tenggelam separuh drpnya . Kaabah pada ketika itu tingginya hanya 9 hasta sahaja .

Apabila air bah telah surut ,bangunan Kaabah telah terjatuh sekeping demi sekeping ,ini kerana usia Kaabah yg terlalu tua dan lama . Oleh sebab itu Kaabah wajib di robohkan kesemuanya ,sekiranya hendak dibina semula ,ia sudah tidak dapat diperbaiki . Akan tetapi yg menjadi masalahnya Kaum Quraisy serba salah akan perkara itu . Kalau dirobohkan ,mereka khuatir burung Allah akan datang ( Ababil) dan melontarkan batu api ke atas mereka . Sekiranya cuma di perbaikinya sahaja ,perkara itu sudah menjadi hampir mustahil kerana Kaabah terlalu rapuh dan tua . Dan di mana pula mereka hendak mencari kayu untuk dibuat atap/bumbung Kaabah

Ketika kaum Quraisy sibuk nemikirkan bagaimana hendak menyelesaikan masalah itu ,tiba-tiba sebuah kapal terdampar dan pecah di tepi pantai Jeddah . Kapal itu adalah kepunyaan Baqum .Baqum adalah seorang arkitek Mesir. Hobi Baqum ialah mengembara di pelusuk ceruk negeri arab . Tujuan Baqum ialah ingin belajar dan menimba ilmu tentang perniagaan ,kadang-kadang setahun sekali baru dia pulang ke kampung halamannya untuk bersama dengan isterinya . Isterinya adalah seorang yg amat memahami kerjaya dan hobi suaminya ,jadi Baqum tidak ada masalah akan perkara itu.

Menurut Riwayat , kapal Baqum pecah ketika dia di dlm perjalanan ke Negeri Yaman. Tujuannya ialah menziarahi kaum Nasrani di Narjan . Khabarnya kaum Nasrani adalah orang-orang yg saleh-saleh dan beriman baik kepada Allah taala .

Nasib Baqum telah diketahui oleh Kaum Quraisy ,maka dengan segera Walid bin Mughairah ( beliau adalah bapa kepada Khalid bin Walid panglima Islam yg hebat )Walid memujuk Baqum untuk menjual kayu /papan kapalnya dan Baqum bersetuju . Walid juga mempelawa Baqum bekerja sama dengan mereka untuk membina Kaabah semula ,tambahan pula kepakaran Baqum amat diperlukan ketika itu.

Kaum Quraisy berjanji

akan menghantar Baqum dan anak kapalnya pulang sekiranya Baqum bersetuju membantu mereka ,sekiranya Baqum ingin ke Yaman maka Kaum Quraisy pun sanggup menghantarnya . Baqum bersetuju ,Baqum beserta anak-anak kapalnya ( kaum Qibti) mula membina Kaabah dan di bantu oleh kaum Quraisy . Setelah Kaabah siap di bina kaum Quraisy memasukkan berhala yg terbesar ke dlm Kaabah ,Berhala yg di maksudkan itu ialah BERHALA HUBAL

Hajaratul Aswad bermaksud Batu Hitam ,ia berasal dari surga ,pada asalnya batu itu berwarna putih tetapi lama-kelamaan warnanya bertukar menjadi hitam . Pada siri yg ke 46 yg lalu saya ada menulis mengenai pembinaan Kaabah oleh Kaum Quraisy yg dipandu oleh seorang arkitak dari Mesir yg bernama BAQUM . kepada pelawat yg baru menemui blog kami ini sekiranya ingin mengetahui kisah yg sebelum ini KLIK sahaja tajuk sirah dan tamadum d i ruangan apa yg ustaz tulis di sebelah kiri blog ini.

Hajar Aswad yg terletak dipenjuru Kaabah turut runtuh akibat bah yg melanda Kaabah dan kawasan sekitarnya . Runtuhan itu dibiarkan sahaja dan tidak sesiapapun yg berani mengusiknya ,sehinggalah Kaabah selesai di bina .

Kaum Quraisy berbalah lagi ketika hendak meletakkan Hajaratul Aswad di tempatnya . Mereka mencari siapakah yg paling layak meletakkan Hajaratul Aswad kembali ke tempatnya . Maklumlah batu itu bersaiz kecil ,sekiranya besar maka bolehlah di angkat bersama -sama . Perbincangan itu memakan masa sehingga 5 hari .

Di antara mereka seperti suku /bani Abdul Dar ,Bani Adi mula menunjukkan kebimbangan yg amat sangat ,mereka khuatir diketepikan dr diberi penghormatan untuk mengangkat dan meletakkan kembali Hajaratul Aswad di tempatnya

Mereka bukan sahaja tidak puas hati ,tetapi mereka melukakan tangan-tangan mereka dan mengumpulkan darah mereka di dlm tengkorak manusia . Kemudian mereka mencelup tangan-tangan mereka sebagai bukti kesanggupan mereka bermandi darah sekiranya tidak di beri penghormatan itu.

Keadaan menjadi gawat ,tiba-tiba berdirilah seorang tokoh Kaum Qurasiy iaitu Ummayah bin Mughairah ( nama sebenarnya ialah Huzaifah , beliau juga menantu Abdul Mutalib kerana isterinya bernama Atikah bt Abdul Mutalib dan anaknya yg bernama Ummu Salamah ialah isteri rasulallah ) dan berkata

" Wahai Kaum Quraisy sesungguhnya kamu telah mengeluarkan harta dan masa serta tenaga yg banyak untuk membina semula Kaabah ,sekarang Kaabah telah siap di bina hanya tinggal meletakkan Hajaratul Aswad sahaja . pekerjaan itu ringan sahaja ,akan tetapi mengapa kamu sekalian berkelahi dengan hebat akan perkara itu ? Pada pendapat saya serahkan sahaja urusan ini kepada hakim yg adil untuk menyelesaikannya ,ataupun begini barangsiapa yg masuk masjid dahulu pada pagi esok melalui pintu Syaibah , kecuali kita maka kita wajib sepakat dan bersetuju melantik dia menjadi hakim untuk menyelesaikan masalah kita ini . Mendengar kata-kata Ummayah itu , para pembesar Quraisy pun bersetuju .

Pada esok pagi ,para pembesar Quraisy mengintai siapakah yg akan masuk dahulu ke masjid melalui pintu Syaibah ,tiba-tiba mereka ternampak seorang pemuda yg terkenal dengan kejujuran nya yg mereka gelar sebagai Al Amin ( orang yg dipercayai ) masuk melalui pintu syaibah terus ke dlm masjid . Maka bergembiralah kaum Quraisy itu kerana hakim yg akan mengadili masalah mereka itu adalah orang yg mereka sukai dan dipercayai.

Kaum Quraisy begitu gembira dan lega apabila mengetahui orang yg mula-mula masuk ke dlm
Masjid Al Haram ialah Muhammad Al -Amin . Mereka redha Muhammad Al Amin itu menjadi
hakim yg akan menyelesaikan pertikaian dan masalah yg membelenggu mereka sejak 5 hari yg lepas .

Apabila Nabi s.a.w sampai ke tempat mereka berkumpul ,dengan segera Umayyah menceritakan dari mula hingga lah akhir dan apa yg ketua-ketua pembesar Mekkah telah putuskan dan persetujukan bersama itu .

Nabi s.a.w dengan rendah diri menerima lantikan itu demi untuk menyelesaikan perkara ( meletakkan hajaratul Aswad di tempatnya ) yg membelenggu mereka .

Nabi dengan kebijaksanaan dan keadilannya itu dapat berfikir pantas dan meminta kepada salah seorang pembesar Quraisy memberinya sehelai kain yg kuat dan tidak mudah koyak , Pembesar-pembesar Quraisy masih terpingga-pingga dan belum dapat memahami apa yg nabi ingin lakukan ,mereka berbisik sesama sendiri .

Nabi tidak mempedulikan gelagat -gelagat mereka itu , baginda mengambil sahaja kain yg dihulurkan itu ,lalu baginda membentangkan berdekatan batu Hajaratul aswad itu , Kemudian dengan tidak berkata-apa-apa ,baginda mengangkat batu itu lalu diletakkan di tengah-tengah kain yg dibentangkan itu .

Setelah itu nabi memanggil ketua setiap Kaum Quraisy datang kepada baginda dan meminta mereka memegang setiap bucu kain itu dan membawa beramai-ramai menuju tempatnya yg asal .Apabila telah sampai ke tempatnya ,baginda sekali lagi mengangkat batu hajaratul aswad ,lalu diletakkan di tempatnya . Kaum Quraisy amat berpuas hati apabila masalah itu dapat diselesaikan dengan seadil-adilnya .

Pada riwayat yg lain kain yg dibentangkan oleh nabi di atas pasir itu ialah serbannya/selendangnya sendiri yg sentiasa ada bersama baginda .

Kalau kita amati ,kita dapati nabi adalah seorang yg bijaksana . Nabi tidak berkata -kata walaupun sepatah kata ketika nabi mengangkat hajaratul aswad kerana sekiranya baginda berkata cth , Bagaimana kalau aku mengangkat batu ini wahai kaum ku ? sudah tentulah nanti akan ada salah seorang pembesar Quraisy yg menyoalnya dan selepas itu terjadinya perdebatan dan perselisihan di antara mereka dan yg paling buruk ialah masalah yg kecil itu tidak selesai-selesai.

Nabi terus mengangkatnya sendiri ,sekiranya ada pembesar Quraisy yg tidak bersetuju pun ,mereka terpaksa berdiam diri kerana mereka telah bersetuju akan mengikut hakim yg dilantik oleh mereka sendiri . Orang yg paling awal masuk ke masjid di sebelah pintu Bani Syaibah .

Maka selesailah perselisihan di antara mereka ,padahal ada di antara mereka yg sudah nekad untuk bermandi darah demi seketul batu itu

Setelah selesai Kaabah dibina ,penduduk Mekkah amat gembira dengan kemajuan yg dicapai itu . Kalau dulu Kaabah amat usang dan menanti untuk roboh ,tetapi sekarang ia gagah berdiri dan beratap pula .

Turut bergembira akan perkara ini termasuklah Nabi ,walaubagaimanapun kegembiraan nabi terencat apabila peduduk Mekkah kembali ke rutin asal iaitu hidup berfoya-foya , berzina ,minum arak ,bergaduh dan menyembah berhala di samping pada siang harinya mencari nafkah utk kehidupan .

Pada ketika itu usia nabi mencapai umur 36 tahun ,pada ketika ini kebencian di dlm hati nabi meluap-meluap , Kebencian itu menyebabkan nabi bertindak mengasingkan diri drp kaumnya . Pengasingan itu semata-mata ingin mencari kebenaran yg hakiki .

Sebelum saya meneruskan kisah nabi mengasingkan diri dari kaumnya ,marilah kita lihat beberapa manusia yg amat benci dengan aktiviti penyembahan berhala.
Warakah bin Naufal
Warakah bin Naufal amat dikenali oleh ummat Islam masa kini kerana peranannya yg besar ketika peristiwa penurunan wahyu yg pertama . Beliau adalah seorang Arab Quraisy yg amat cerdas . Beliau amat benci dengan cara kehidupan masyarakatnya itu dan juga aktiviti penyembahan berhala . Warakah menganut agama Nasrani kerana pada ketika itu Agama Nasrani menyembah Allah yg Esa dan mengajar manusia berakhlak mulia .
Warakah membuat perhubungan dengan Syam dan Yaman ,beliau belajar berkenaan Kitab Taurat an Injil drp orang-orang alim di kedua-dua negeri itu . Warakah akan bersama-sama pedagang Quraisy pergi ke Yaman dan Syam tetapi dengan tujuan yg berbeza ,Beliau pergi ke sana untuk mempelajari ajaran Taurat dan Injil.
Warakah bin Naufal dengan kecedasannya itu dapat menguasai ajaran kedua-dua kitab itu bahkan beliau menterjemahkan nya dlm bahasa Arab . Beliau adalah sepupu Saidatina Khadijah bt Khuwaiid. Pada peristiwa penurunan wahyu yg pertama ,Warakah bercita-cita ingin membela nabi drp ancaman orang Kafir Quraisy ,akan tetapi hajatnya tidak kesampaian kerana Allah menjemputnya sebelum beliau merealisasikan cita-citanya .
Zaid bin Amru
Nama sebenar beliau ialah Zaid bin Amru bin Naufal bin Abdul Uzza bin Qirt bin Riyad bin Rizah bin Adi bin Kaab bin Lu'i .Beliau adalah sepupu Saidina Umar Al Khatab .Ini kerana ayah Umar adalah saudara dengan Amru bin Naufal ayah Zaid .
Zaid tidak seperti Warakah iaitu memeluk agama Nasrani ,tetapi beliau memeluk agama Hanif iaitu agama Nabi Ibrahim a.s . Zaid meninggal dunia kerana di bunuh oleh orang-orang Bani Lakham bersama-sama temannya iaitu seorang filosof Rum .
Ceritanya begini , Ketika Zaid berjalan-jalan bersama temannya di perkampungan Bani Kilab untuk ke Mekkah , apabila sampai ke selatan sedikit ,ketika memasuki perkampungan Lakham ,mereka telah dibunuh oleh penduduk kampung itu kerana menganggap mereka adalah orang yg membawa banyak duit.
Setelah nabi diangkat menjadi rasul , suatu ketika salah seorang sahabat nabi bertanya kepada baginda .
Sahabat nabi : Adakah tuan ingin mengampun dosa Zaid ,wahai rasulallah ?
Rasulallah : Ya ,kerana pada hari Qiamat Zaid akan dibangkitkan sebagai satu ummat dan keadaannya berseorangan diri.
Bagi membuktikan pegangan Zaid ,kita boleh meneliti drp syair Zaid di bawah .
Saya tinggalkan Latta dan Uzza
Demikian laku seorang pahlawan yg sabar
Saya tidak beragama dengan agama Uzza dan kedua anaknya
Juga saya tidak mempercayainya
Kedua berhala dari bani Amru
Hubal pun saya tidak suka
Walaupun ia agama semasa saya kecil
Saya menyembah Tuhan Yg Maha Pemurah
Supaya ia mengampunkan dosa saya yg banyak
Takutlah kamu kepada Allah
Peliharalah Dia
Bila kamu pelihara ini
Kamu akan selamat drp binasa
Orang yg berbakti negerinya Surga
Orang yg derhaka negerinya Sair
Demikian lah kisah sepupu Umar itu yg beriman kepada Allah sebelum nabi dibangkitkan menjadi rasul ,Di akhirat kelak beliau akan bersama orang yg beriman yg lain.

tidak ada kerja lain selain drp mencari harta kekayaan ,manakala waktu malamnya pula mereka hidup berfoya -foya seperti main perempuan ,berjudi ,minum arak ,bergaduh ,bertenun nasib .


Pada waktu-waktu mereka susah ,mereka akan menyembah berhala untuk meminta pertolongan. Nabi amat berduka cita sekali akan perkara ini ,pada masa inilah Allah ingin mengasingkan kekasihnya drp semua perkara ini .


Sejak umur nabi 35 tahun ,kelakuan nabi benar-benar berubah ,baginda tidak kelihatan berjalan-jalan di bandar Mekah , Tidak kelihatan lagi baginda ke sana -ke sini menguruskan kehidupan harian . Hidup baginda benar-benar sudah berubah . Baginda sudah menjadi insan yg asing di negerinya sendiri .


Orang yang paling nampak perubahan nabi tidak lain tidak bukan ialah isterinya , Siti Khadijah benar-benar merasai perubahan suaminya itu , Siti Khadijah nampak ketika usia suaminya 35 tahun ,segala kebiasaannya seperi bercampur dengan orang ramai, menjadi hakim untuk menyelesaikan masalah , berperang dsb. seolah-olah terbuang lenyap begitu sahaja . Siti Khadijah melihat perubahan hidup suaminya itu suatu perubahan yg ketara .


Kelmarin suaminya bangun waktu pagi masih riang ria ,mengurus diri ,keluarga dan kehidupan . Tetapi hari ini suaminya sudah tidak gembira ,muram seolah-olah sedang memikirkan sesuatu yg amat serius . Kemurungan itu bukanlah seperti orang yg suka bermurung dan ditimpa masalah akan tetapi Siti khadijah melihat suaminya itu seolah-olah sudah tidak mahu hidup lagi di dunia .


Setelah berfikir-fikir di manakah tempat yg sesuai untuk menyepi diri ,nabi teringat pada suatu tempat iaitu gua Hira yg terletak di utara Mekkah dan jaraknya cuma 6 kilometer itu. Tempat itu terletak di Jabal Nur . Ya tempat di mana nabi ketika kecilnya ,disitulah baginda mengembala kambing .


Ketika nabi meminta disiapkan bekalan untuk beberapa hari untuk menyepikan diri ,ketika itu usia Siti Khadijah 53 tahun dan masih menawan . Siti Khadijah tidak membantah , dia terus menyiapkan keperluan suaminya itu . Setelah itu nabi terus pergi ke sana , Bgainda mendaki penuh dengan semangat dan tidak merasa susah baginya untuk melakukan perkara tersebut ,Padahal pendakiannya itu memakan masa 35 hingga 45 minit .


Gua Hira adalah sebuah gua yg sempit dan hanya muat-muat seorang sahaja , Memang agak payah kerana ketika hendak masuk ke gua itu terpaksa melalui ruangan yg sempit . Bagi sesiapa yg sudah mengerjakan haji sudah tentu maklum keadaan ini . Baginda menetapkan di Gua Hira inilah ,baginda akan beribadat seperti bersolat , berzikir dsb.


Baginda berulang alik dari rumah ke Gua Hira selama 5 tahun , Penduduk Mekkah tidak merasai kehilangannya kerana mereka mabuk dengan dunia mereka . Siti Khadijah pun tidak merasa khuatir akan kelakuan aneh suaminya itu kerana dia tahu Muhammad Al Amin itu akan melakukan perkara yg baik sahaja . Dia amat mengenali suaminya itu .


Walaupun tempohnya khalwat nabi itu 5 tahun akan tetapi sebenarnya nabi berkhalwat hanya sebulan dlm setahun ,ini bermaksud nabi berkhalwat selama 5 bulan . Gua Hira adalah satu tempat yg amat penting di sisi Islam , dari situlah terpancarnya sinar Islam yg kita anuti ini. Nabi akan pulang sekiranya bekalannya sudah habis.



Pernah satu ketika nabi lewat pada kebiasannya ,pada kebiasannya nabi akan berkhalwat selama 10 hari kemudian pulang mengambil bekalan dan pergi lagi . Akan tetapi pada kali ini nabi telah terlewat 5 hari iaitu 15 hari . Siti Khadijah menyuruh orang suruhannya pergi melihat suminya itu adakah nabi berkeadaan sihat atau ada sesuatu perkara buruk yg menimpa suaminya itu . Orang suruhan itu pergi ke Gua Hira dan melihat nabi sihat dan sedang sibuk berzikir dan berdoa . perkara itu di khabarkan kepada khadijah ,maka legalah hatinya itu .

Setelah 5 tahun nabi bertahanus iaitu sejak berumur 35 tahun sehingga 40 tahun 6 bulan ,Tiba - tiba pada suatu malam ketika nabi duduk bertahanus menurut ibadat Nabi Ibrahim a.s munculah seorang lelaki yg sangat kacak memakai pakaian yg sangat putih , mempunyai rambut yg sangat hitam di Gua Hira,

Peristiwa itu terjadi pada 17 haribulan Ramadhan . Lelaki yg tiba-tiba muncul itu adalah Malaikat Jibrael a.s . Sesungguhnya Jibrael adalah ketua para malaikat ,tugas utamanya adalah menyampaikan wahyu drp Allah kepada Para Anbia' dan Para Rasul . Jibrael tidak pernah tersilap kerana ia diciptakan untuk tidak melakukan kesilapan ,dia bukan manusia dan tidak mempunyai nafsu ,berbanding manusia yg mempunyai akal dan nafsu yg tidak terlepas drp melakukan kesilapan . Sungguh kufur lah seseorang yg mengatakan Malaikat Jibrael a.s tersilap menyerahkan wahyu kepada seseorang yg akan dilantik menjadi Nabi.






Penduduk Mekkah amat maklum bahawa Muhammad adalah seorang yg UMMI . Ummi bermaksud tidak pandai membaca dan tidak pandai menulis . Kemiskinan keluarga Muhammad s.a.w lah yg menyebabkan keadaannya begitu . Walaubagaimanapun ia tidak menjadi aib kepada Nabi Muhammad kerana ia merupakan suatu hujjah sekiranya ada pihak-pihak tertentu yg mengatakan Al Quran adalah ciptaan Muhammad seperti para Orentalis barat dan salah seorangnya ialah Dr.William Campbell . Para pelawat blog ini sekiranya ingin mengetahui siapakah Dr. tersebut sila klik sahaja pada Dr.Zakir Naik vs Dr William Campbell.

Malaikat Jibrael a.s meminta Muhamad membaca ,mendengar sahaja arahan lelaki aneh kepadanya ,Muhammad terus memandang bulat muka lelaki tersebut ,apakah yg perlu baginda baca ,adakah lelaki aneh itu tidak tahu yg baginda tidak tahu membaca . sudah tentulah lelaki aneh itu berasal dari luar Mekkah yg belum mengenalinya. Muhammad s.a.w menjawab " Aku tidak pandai membaca ! "

Malaikat Jibrael a.s pun terus memeluk Muhammad s.a.w , Pelukkan Jibrail amat kuat sehingga sesak nafas nabi di buatnya ,seolah-olah jiwa nabi akan melayang pada saat itu ,padahal kita sudah maklum bahawa nabi memiliki kekuatan 40 orang lelaki dewasa yg sasa-sasa . kemudian Jibrael a.s melepaskan dan berkata ... " Bacalah ...."

Nabi terpingga-pingga akan kelakuan lelaki aneh itu ...bukankah baginda telah menjelaskan bahawa baginda tidak pandai membaca ... seperti jawapanya pertama Muhammad s.a.w pun menjawab ..." Aku tak pandai membaca "

Mendengar jawapan Nabi itu ,malaikat Jibrael pun memeluk sekali lagi dengan pelukkan yg kuat seperti pelukkan yg pertama , letih dari pelukan yg pertama belum lagi sirna ditambah lagi dengan keletihan dari pelukan yg ke dua , nabi sangat derita diperlakukan begitu . kemudian lelaki aneh itu pun melepaskan baginda dan berkata .."Bacalah ..."

Apakah yg harus baginda jawab dengan pertanyaan itu ... baginda tidak berbohong dengan kata-katanya , baginda boleh saja berbohong yg baginda pandai membaca ,sekurang-kurangnya untuk melepaskan pelukkan lelaki aneh tersebut ,tetapi baginda tidak mampu berbohong walaupun nyawanya terancam . Muhammad s.a.w menjawab .." Aku tidak pandai membaca "..

Buat kali ke 3 ,lelaki aneh itu memeluk nabi setelah permintaannya ditolak oleh baginda , suatu penolakkan yg jujur lagi telus . Nabi merasa amat ,amat letih dengan kelakuan lelaki aneh tersebut . Muhammad s.a.w menegaskan buat kali yg ke 3 dengan berkata " aku tidak pandai membaca " ...

Setelah itu lelaki aneh tersebut membacakan 5 ayat yg pertama dr surah Al Alaq . Maka secara rasmilah Muhammad s.a.w dilantik oleh Allah menjadi nabi dan rasul pada usia baginda 40 tahun 6 bulan . Maksud 5 ayat yg pertama dr surah Al Alaq itu adalah seperti berikut ;

" Bacalah dengan nama tuhanmu yg menciptakan .Yang mencipta manusia dari segumpal darah yg beku . Bacalah dengan nama tuhanmu yg Maha Mulia . Yang mengajar manusia menulis dengan qolam . Yang mengajar manusia apa-apa yg mereka belum ketahui ."

Kemudian barulah Jibrael a.s memperkenalkan dirinya " Aku adalah Jibrael a.s. aku datang kepada engkau untuk menyampaikan risalah tuhan-Mu "





Sedikit kisah sebelum nabi dilantik menjadi nabi dan rasul . ketika perjalanan Muhammad s.a.w mendaki ke Gua Hira ,Nabi terdengar suara-suara memberi salam kepadanya ,apabila nabi berpaling kearah suara tersebut ,nabi tidak melihat sesiapapun di situ kecuali batu-batu yg mati dan tidak bergerak

Setelah Malaikat Jibrael a.s menyampaikan wahyu kepada Muhammad s.a.w . dia terus hilang dari pandangan Nabi Muhammad s.a.w . Dalam hati Nabi s.a.w seakan-akan sudah terukir ayat-ayat yg baru dibacakan oleh Malaikat Jibrael a.s itu , ia tidak akan hilang selama-lamanya , bahkan nabi s.a.w seolah-olah mengetahui makna yg tersirat disebalik ayat-ayat itu. Walaubagaimanapun perasaan nabi s.a.w terlalu takut , peristiwa itu adalah satu kejutan bagi baginda ,nabi terlalu letih , nabi terpaksa menamatkan uzalahnya .

Baginda dengan keadaan tergesa-gesa keluar dari gua Hira dan turun menuju ke rumah baginda , walaupun pada ketika itu keadaan terlalu gelap gelita dan ini adalah diluar kebiasaannya yg selalu dibuat baginda sebelum ini.

Ketika baginda di dlm perjalanan pulang ke rumah ,ketika itu baru sahaja sampai ke kaki Jabal Nur ,Nabi s.a.w terdengar suara memanggilnya . Nabi s.a.a melihat ke arah kiri tetapi baginda tidak melihat apa-apa , nabi s.a.w melihat ke arah kanan ,tetapi naginda tidak melihat apa-apa . Nabi melihat ke arah sebelah belakang ,baginda juga tidak melihat apa-apa .

Setelah itu baginda mendongak ke atas ,ketika itulah baginda terlihat Malikat Jibrael a.s yg duduk di atas kerusi , Jasadnya memenuhi langit pada malam itu ,Jibrael a.s menzahirkan rupa yg sebenar kepada baginda , nabi s.a.w mengalihkan pandangannya dan melihat di ufuk sebelah barat ,maka baginda melihat juga Jibrael a.s , nabi mengalihkan pandanganmya ke ufuk sebelah timur pula ,maka baginda melihat juga Jibrail a.s . Ketakutan yg baru di alami baru sebentar tadi belum reda lagi di tambah pula satu kejutan lagi .Peristiwa itu menambah lagi ketakutan kepada baginda .

Jibrael a.s menyeru , Wahai Muhammad ,engkau rasulallah !!! dan aku Jibrael !!!. Wahai Muhammad ,engkau rasulallah !!! dan aku Jibrael !!! Wahai Muhammad ,engkau rasulallah!!! dan aku Jibrael!!!...

Sampai sahaja di rumah , baginda mengetuk pintu dan memanggil isterinya Siti Khadijah secara tergesa-gesa , Siti Khadijah merasa hairan dengan kelainan rutin suaminya , pada kebiasannya suaminya itu tidak akan pulang pada waktu suluknya ,sekarang suaminya pulang pada waktu malam . Siti Khadijah melihat muka suaminya itu pucat lesi dan tergambar diwajahnya kebimbangan dan ketakutan , Siti Khadijah tidak pernah melihat suaminya itu berkeadaan begitu selama ini ,sudah tentu ada sesuatu yg baru menimpa suaminya itu . Nabi s.a.w yg baru masuk ke rumah itu terus berkata " selimutilah aku ! selimutilah aku ! selimutilah aku ! .

Siti Khadijah tanpa banyak soal terus mengambil selimut dan menyelimutkan suaminya yg dlm ketakutan ,Siti Khadijah duduk si sisi suaminya itu sambil memerhatikan wajah suaminya yg kacak ,peluh merecik didahinya ,nafasnya termengah-mengah ,suaranya bertukar parau .Siti khadijah membiarkan sahaja suaminya itu memejamkan matanya sambil tertanya -tanya di dlm hati apakah sebenarnya yg berlaku ke atas suaminya itu .

Tidak lama kemudian Siti Khadijah melihat perubahan yg positif , suaminya itu sudah kelihatan tenang , inilah saat yg baik untuk bertanya


" Siti Khadijah berkata ...aduhai tuhan! aduhai tuhan! Apakah yg menimpa engkau wahai kekasihku ! Apakah yg menimpa engkau ? berikan kasih sayangmu kepada ku ,wahai kekasihku ! katakanlah kepada ku ! katakanlah kepada ku ! .

Nabi berkata " selimutilah aku! selimutilah aku! selimutilah aku ...ternyata nabi belum pulih lagi dari ketakutan yg menyelubungi baginda ,ketika itu selimut nabi sudah agak tergelincir , Siti Khadijah membetulkan selimut suaminya itu .

Siti Khadijah sudah tidak sabar lagi untuk mengetahui perkara yg menimpa suaminya itu ..lalu berkata "sekarang aku tidak sabar lagi untuk mengetahui soal ini ,sekarang ceritakan kepadaku segera..."

Nabi berkata " Sesungguhnya aku risau tentang diriku ini " Nabi berkata demikian kerana kebimbangan sesuatu akan berlaku ke atas dirinya selepas peristiwa itu ,akan berulang .

Siti Khadijah yg pandai melayan suami itu lalu memujuk baginda " Oh ! tidak begitu wahai kekasihku ...Demi Allah ! Allah tidak akan menghina engkau selama-lamanya ... kerana engkau seorang insan yg sentiasa menyambung tali kekeluargaan ...selalu menanggung orang yg dalam kesusahan ,engkau juga mencari pekerjaan kepada orang yg memerlukan pekerjaan ... engkau juga seorang yg memuliakan tetamu... engku juga seorang yg suka membantu orang yg miskin ..

Mendengar pujukan isterinya itu ..ketakutan nabi mulai sirna ..nabi menceritakan segala peristiwa yg baru dialami itu ..ya peristiwa yg terjadi pada malam 17 hb. Ramadhan ..peristiwa nuzul Al Quran ,,buat pertama kalinya di alam ini .

Siti Khadijah menyoal suminya itu .."adakah engkau tidak bertanyakan kepadanya " siapakah engkau ,siapakah yg datang bersama engkau ,apakah tujuan engkau datang kepada ku ?

Nabi menjawab ... Aku telah mendengar dia berkata " aku adalah Jibrail ..aku datang membawa risalah tuhan Mu !..





Apabila Siti Khadijah mendengar penjelasan demikian ..berat keinginannya untuk membawa suaminya itu berjumpa dengan sepupunya ..sepupunya yg dimaksudkan ialah Waraqoh bin Naufal seorang pendita yg alim lagi warak di Kota Mekkah .

Selepas itu Siti Khadijah membawa suaminya itu berjumpa sepupunya yg warak serta alim tentang 2 kitab Allah iaitu Taurat dan injil .

Sampai sahaja di rumah Waraqoh ,mereka berdua dijemput masuk dan seterusnya Siti Khadijah membuka bicara .

Siti Khadijah berkata kepada Waraqoh " Wahai anak lelaki dari saudara ku ,dengarlah apa yg akan diberitahu oleh anak dari saudaramu ini ".

Lalu Nabi s.a.w pun menceritakan pengalamannya dari awal sehingga akhir .
Waraqoh mengulas apa yg diceritakan oleh nabi s.a.w " Wahai anak dari saudaraku Qudus ! Qudus ! iatulah NAMUS ( Jibrael a.s ) yg membawa rahsia yg paling besar ,Namus itulah juga yg datang berjumpa Nabi Musa a.s untuk menyampaikan wahyu !. Mudah-mudahan aku masih bernyawa ketika kaummu itu mengusir engkau dari negeri ini.
Nabi yg mendengar penjelasan Waraqoh menjadi hairan lalu bertanya " mengapa kaumku itu mengusir aku keluar dari negeri ini ?
Waraqoh menjawab" Tidak ada seorang pun yg mendapat seperti engkau ini kecuali akan di benci oleh kaumnya , mereka akan membenci dan mengusir engkau seperti para nabi sebelum engkau , alangkah baiknya sekiranya Allah memberi kepada aku kembali muda dan kuat ,nascaya aku akan mempertahankan engkau ketika kaummu itu mengusir engkau !
Selepas itu Siti Khadijah dan suaminya itu kembali ke rumah mereka , Mereka merasa tenang dan bimbang . Sampai sahaja di rumah nabi segera baring dan meminta isteri nya menyelemutinya ...selimutilah aku ...,seemutilah aku . Sebagai seorang isteri yg setia dan solehah ,Siti Khadijah segera menyelimuti suaminya yg tercinta itu . Nabi ketika itu masih lagi belum pulih sepenuhnya ,,umpama seseorang yg baru sembuh drp demam yg panas .
Ketika nabi berehat ,Siti Khadijah tidak meninggalkan nabi dan bersedia mendengar apa yg perlu di sediakannya sekiranya suaminya inginkan keperluan-keperluan yg tertentu . Siti Khadijah duduk di sisi nabi dan memandang nabi dengan penuh kasih sayang ,di dlm hati Siti Khadijah sudah tersimpul dengan kemas dan kukuh dan bersedia menyahut apa-pa seruan atau ajakan suaminya itu sekiranya suaminya itu mengajak untuk beriman kepada Agama baru itu .
Siti Khadijah akan menjadi orang yg pertama sekiranya perkara itu berlaku . Penerangan Waraqoh bin Naufal itu menjadi azimat yg kukuh di dlm hatinya ,di tambah pula cerita lampau , hambanya Maisarah ,bagaimana Maisarah menceritakan pengalamannya bersama sumainya itu dan mendengar penjelasan anak murid Pendita Buhaira iaitu Pendita Nastura yg mana Muhammad s.a.w itu adalah bakal nabi .
Di samping itu Siti Khadijah ingin melihat dengan mata kepalanya sendiri ramalan sepupunya itu yg mana kaumnya akan mengusir suaminya itu ..tetapi pada ketika itu Siti Khadijah sudah kembali kepangkuan Allah .
Ketika nabi memejamkan mata dan berehat itu sebenarnya telah turun kepada baginda wahyu yg kedua . Wahyu yg diturunkan itu hanya nabi sahaja yg mendengar ,Siti Khadijah yg duduk di samping nabi tidak dapat mendengar turunnya wahyu itu , Walaupun bertumpang peha seperti kisah seorang penulis wahyu yg bernama Sayyidina Zaid bin Thabit .
Nanti akan saya ceritakan jenis-jenis wahyu pada tulisan akan datang ...
Siti Khadijah melihat peluh keluar merecik-recik dari dahi suaminya itu ,seperti sesuatu sedang berlaku ke atas suaminya itu . Wahyu yg ke dua yg diturunkan pada nabi itu adalah seperti berikut ( maksud nya )
" Wahai orang yg berselimut ! bangunlah ,berilah peringatan dan tuhan-Mu agongkanlah dan pakaianmu itu bersihkanlah ,dan perbuatan dosa ,tinggalkanlah , dan janganlah kamu memberi untuk memperolehi yg banyak dan untuk ( memenuhi perintah) tuhanmu ,bersabarlah
-Surah Mudassir ( 1-7 )

Nabi s.a.w sudah menerima hakikat bahawa baginda adalah seorang nabi s.a.w dan rasulallah ,tiba-tiba Allah s.w.t mengalami satu zaman terputusnya wahyu .

Ada 6 pendapat ulama' berkenaan tempoh terputusnya wahyu .


Pendapat ahli sejarah seperti Ibnu Ishak dan Ibnu Hisyam ,masa terputus wahyu adalah selama 3 tahun.
5 pendapat lain ada yg mengatakan seperti 2 tahun 1/2 , 6 bulan ,40 hari, 15 hari dan 3 hari .
BILAKAH TERPUTUSNYA WAHYU ITU?
1. Menurut ulama'" sejarah Islam masa terputusnya wahyu adalah selepas turunnya wahyu yg pertama iaitu sebahagian surah Al Alaq .Pendapat ini dipegang oleh Sheikh Munawar Khalil dan Ust.Zainal Arifin Abas ,mereka mengatakan Allah s.w.t membeli peluang kerehatan kepada kekasihnya selepas peristiwa penurunan wahyu yg pertama ,tetapi mereka berbeza pendapat tentang tempoh terputusnya wahyu itu .
Sheikh Munawar Khalil masa terputusnya wahyu ialah selama 3 tahun .
Ust.Zainal Arifin Abas berpendapat masa terputusnya wahyu selama 40 hari sahaja .
Pendapat yg mengatakan wahyu terhenti selama 3 tahun sangat aneh kerana Nabi s.a.w selepas turunnya wahyu itu nabi s.a.w berdakwah kepada kaumnya , wahyu pertama adalah wahyu perlantikan MUHAMMAD s.a.w sebagai nabi ,manakala wahyu yg ke dua memerintahkan Nabi s.a.w berdakwah kepada kaumnya .Jika wahyu yg ke dua turun selepas 3 tahun ,adakah nabi s.a.w berdakwah tanpa berdasarkan perintah Allah ? . Inilah hujjah Ust. Zainal Ariffin untuk mengenepikan pendapat masa wahyu terputus selama 3 tahun.

Ust. Zainal Ariffin Abas menyusun urutan wahyu yg diturunkan kepada Nabi s.a.w . Bermula surah Alaq ,kemudian terputus selama 40 hari ,kemudian barulah turun surah yg ke 2 iaitu surah Ad Duha , diikuti Surah Al Qolam dan ke empat surah Muzammil /Mudathir .

Ust. Tahia Ismail ahli sejarah Islam berpendapat wahyu yg pertama ialah Surah Al Alaq , yg kedua ialah surah Al Mudathir ,selepas itu barulah terputusnya wahyu . Saya lebih bersetuju dengan pendapat beliau ini .

Ust.Tahia Ismail berpendapat surah itu turun selang beberapa hari selepas turunnya wahyu yg pertama iaitu selepas Nabi s.a.w bersama isterinya kembali menemui Waraqoh bin Naufal . Ketika itu Nabi s.a.w masih lagi tertekan dengan peristiwa penurunan wahyu yg pertama .Nabi sentiasa berselimut untuk mengurangkan perasaan takutnya itu . Maka pada ketika itu maka turunlah wahyu yg ke 2 itu . Persoalannya adakah nabi selama 3 tahun keluar berdakwah kepada kaumnya , kemudian balik dan seterusnya meminta isterinya melimutinya . Nabi s.a.w bukan orang seperti itu!.

BAGAIMANAKAH KEADAAN NABI KETIKA TERPUTUSNYA WAHYU .

Apabila perkara ini terjadi selama 40 hari atau 6 bulan ke atas nabi .Perasaan nabi amat gelisah seperti sepasang kekasih yg sedang bercinta kemudian ditinggalkan oleh kekasihnya . Baginda amat takut sekiranya Allah s.w.t meninggalkan baginda . Baginda takut sekiranya baginda ada melakukan sesuatu perbuatan yg salah tanpa disedari yg menyebabkan Allah s.w.t murka . Di dlm hati sudah tertanam perasaan cinta kepada Allah s.w.t semenjak baginda menerima wahyu buat pertama kalinya .

Kerisauan ini juga di zahirkan oleh isteri baginda yg tercinta " Saya bimbang sekiranya Tuhan marah kepada kanda"

Setelah merasa beban jiwa seolah-olah ditinggalkan oleh Allah s.w.t . Maka pada suatu hari Allah s.w.t menurunkan wahyu yg ke 3 iaitu surah Ad Duha .



Maksudnya

Demi waktu duha !. demi malam apabila sunyi . Tuhanmu tidak meninggalkanmu dan tak pula marah. Sesungguhnya akhirat itu lebih baik drp engkau daripada dunia . Dan kelak tuhammu akan memberi kurnia-Nya kepadamu dan hatimu akan menjadi puas . Bukankah Dia mendapati engkau yatim lalu Dia memeliharamu. Dan dia mendapati engkau sesat lalu dia memberi petunjuk .Dan Dia mendapati engkau miskin lalu Dia memberi kamu kekayaan .

MUHAMMAD s.a.w , siri ke 56 : 7 jenis wahyu

Berikut adalah bentuk-bentuk /jenis-jenis wahyu yg diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w .
1. Wahyu dlm bentuk mimpi yg baik seperti bermimpi melihat perkara-perkara yg baik ,cthnya mimpi nabi s.a.w sebelum menerima wahyu yg pertama.
2. Wahyu dlm bentuk ilmu yg tiba-tiba wujud dlm hati rasulallah s.a.w . Wahyu itu seperti dicampakkan oleh Allah s.w.t terus ke hati baginda lalu baginda pun membaca wahyu tersebut.
3. Wahyu dlm bentuk nabi s.a.w di datangi oleh seseorang lelaki yg kacak .Malaikat Jibrael a.s meminjam muka salah seorang sahabat nabi s.a.w dlm hal ini .cth pada suatu hari Jibrael a.s datang dan meminjam muka sahabat nabi yg bernama Dihyah Al Kalbi dan membacakan wahyu kepada baginda s.a.w. Para sahabat pada ketika itu merasa hairan bagaimanakah Dihyah seperti berlagak seperti guru dan mengajar rasulallah s.a.w akan sesuatu perkara yg baru .Tidakkah Dihyah ini seorang jahiliyah yg baru saja memeluk Islam?. Setelah nabi menjelaskan ,barulah para sahabat mengetahui bahawa yg datang ialah malaikat Jibrael a.s ,bukan Dihyah seperti yg disangkakan.
4. Bentuk wahyu yg seterusnya adalah seperti bunyi loceng . Bagaimana bunyi loceng yg dimaksudkan itu ,kita hanya menyerahkan perkara ini kepada Rasul dan Allah ,kerana Rasul dan Allah sahaja yg mengetahui hakikat bunyi loceng itu . Mengikut nabi s.a.w wahyu jenis ini adalah jenis wahyu yg paling berat sekali . Muka nabi s.a.w akan kemerah-merahan dan berpeluh walaupun dlm musim dingin. Pada suatu hari ketika nabi s.a.w mengenderai unta ,lalu turunlah wahyu jenis ini sehingga unta yg di tunggangi oleh baginda jatuh terduduk. Sayyidina Zaid bin Thabit pernah merasai pengalaman turunya wahyu jenis ini .Ketika itu rasulallah dikelilingi oleh para sahabatnya di sebuah rumah ,mereka terlalu ramai sehingga bersesak-sesak sehingga rasulallah sendiri terpaksa duduk di atas peha Zaid . Lalu turunlah wahyu ,Zaid pada ketika itu merasai beratnya wahyu tersebut sehingga merasakan bahawa kakinya itu hancur dan patah . Beliau melihat Rasulallah berpeluh-peluh seperti seseorang yg diserang demam yg kuat. Apabila wajah rasulallah s.a.w tenang kembali ,nabi memerintahkan Zaid menulis wahyu tersebut. Zaid adalah setiausaha wahyu rasulallah.
5. Wahyu dalam bentuk bunyi lebah ,wahyu jenis ini tidaklah seberat wahyu jenis bunyi loceng ,wahyu jenis ini berdengung apabila diturunkan kepada nabi . walaubagaimanapun hanya nabi sahaja yg mendengar bunyi wahyu tersebut .
6. Wahyu yg seterusnya ini Malaikat Jibrael a.s datang menemui nabi s.a.w dalam bentuk asli .Diceritakan di dlm sebuah hadis rupa Jibrael a.s ialah bercahaya-cahaya dan mempunyai 600 sayap . Jibrael a.s terbang dari sisi Allah s.w.t kepada nabi s.a.w untuk menyampaikan wahyu dlm satu hari sahaja dengan menggunakan 2 pasang sayap . Kelajuannya mengatasi kelajuan cahaya berganda-ganda . Baki sayap sebanyak 598 lagi hanya dibuka ketika tibanya lailatul Qodr .
7. Bentuk wahyu yg terakhir pula ialah Rasulallah dapat berkata secara langsung dengan Allah s.w.t seperti kelebihan Nabi Musa a.s dapat berkata-kata dengan Allah s.w.t.


MUHAMMAD s.a.w siri 57 " Wanita pertama "

Setelah menerima wahyu yg ke dua ,rasulallah mula mengorak langkah dakwah ,menyeru kaumnya menyembah Allah s.w.t . Pada perkara ini rasulallah mesti mengatur strategi . Baginda tidak boleh terus berdakwah secara terang-terangan kepada kaumya .Baginda mesti membina kekuatan dalaman terlebih dahulu . Apa yg saya maksudkan di sini ialah rasulallah akan memulakan dakwahnya kepada ahli keluarganya terlebih dahulu .

Mengapa rasulallah s.a.w mesti memulakan dakwahnya kepada keluargannya terlebih dahulu ,antara sebabnya ialah ,sekiranya nanti terjadi penolakkan dakwah oleh sebahagian kaumnya dan rasulallah merasa tertekan maka baginda bolehlah meluahkan masalah itu pada ahli keluarganya yg sudah berpihak kepadanya .

Sekiranya baginda mengutamakan kaumnya dan meninggalkan ahli keluarganya dan apabila terjadi penolakkan dakwah oleh sebahagian kaumnya ,rasulaallah tidak ada tempat untuk meluahkan perasannya yg tertekan itu.

Langkah pertama dakwah rasulallah ialah mengajak ahli rumah baginda beriman kepada Allah dan mengakui bahawa Muhammad itu rasulallah . Orang yg pertama di seru/ajak ialah isterinya yg tercinta iaitu Siti Khadijah bt Khuwailid. Mendengar sahaja ajakan suaminya yg dicintai itu Siti Khadijah terus menerima ajakan baginda itu tanpa sebarang penolakkan dan penangguhan . Sesungguhnya Siti Khadijah sudah lama mengetahui nanti satu masa , saat ini akan terjadi ,dan pada hari ini apa yg dinantikan itu telah ada di hadapan matanya . Maka jadilah Siti Khadijah wanita yg pertama memeluk Islam .

Pada ketika itu tiada amalan yg khusus seperti kita cthnya apabila seseorang memeluk Islam ,maka wajiblah ke atasnya bersolat fardu dsb . Pada awal-awal Islam manusia yg memeluk Islam perkara yg pertama wajb dilaksanakan ialah ,mereka hanya perlu mengucap 2 kalimah sahadah ,yg ke 2 mendirikan solat 2 rakaat sehari semalam seperti ibadah Nabi Ibrahim . Dan seterusnya menyokong dakwah rasulallah dengan tenaga dan harta semampunya.

Bagaimana pula tentang anak-anak baginda ,adakah mereka beriman kepada baginda .Dalam hal ini apabila seorang bapa memeluk sesuatu agama ,maka anak-anak yg di bawah unur itu secara automatik memeluk agama yg sama dengan bapanya . Pada ketika itu umur anak-anak nabi seperi Siti Zainab baru berusia 11 tahun ,manakala Ruqayyah pula 9 tahun , Ummu Khalthum 7 tahun , dan Siti Fatimah 5 tahun .

Oleh kerana Siti Khadijah adalah orang yg pertama memeluk Islam dan selepas itu harta kekayaannya itu habis digunakan untuk membangunkan Islam ,maka pengorbanan nya itu di iktiraf oleh Allah s.w.t seperti maksud hadis nabi s.a.w.
" Wanita terbaik di dunia ada 4 iaitu Maryam bt Imran , Asiah bt Muzahim ( isteri firaun) Khadijah bt Khuwalid dan Siti Fatimah bt Muhammad s.a.w."
Nabi sering menyebut -nyebut keutamaan isterinya itu ( Siti Khadijah ) di hadapan isteri-isteri baginda . Sehingga suatu hari Sayyidatina Aishah berkata bahawa Siti Khadijah itu seorang yg sudah tua dan sudah meninggal dunia dan Allah telah mengantikannya dengan yg lebih baik iaitu dirinya . Apabila di dengar oleh Rasulallah ,dengan tegas baginda bersabda
" Demi Allah ,Allah belum mengganti isteri yg lebih baik drpnya kepadaku , dia beriman kepadaku ketika semua orang mengingkariku , Dia percaya kepadaku ketika semua orang ,mendustakanku , Dengan perantaraannya Allah memberikan aku anak-anak "
Begitulah keutamaan Siti Khadijah berbanding dengan isteri-isteri baginda yg lain ,untuk akhirnya dengarlah dua buah nasyid drp kumpulan INTEAM dan Hadad Alwi ...semoga terhibur

MUHAMMAD S.A.W siri ke 58 : "8 tahun telah beriman kepada Allah s.w.t"

Sayyidina Ali Bin Abi Talib adalah sepupu nabi s.a.w . Sayyidina Ali telah dipelihara oleh baginda semenjak umurnya 2 tahun iaitu selepas Sayyidina Ali sudah tamat tempoh menyusu badan ibunya . Beliau juga salah seorang anak angkat nabi s.a.w selain Sayyidina Zaid bin Thabit.

Umur Nabi s.a.w ketika itu diantara 35 hingga 38 tahun . Nabi s.a.w mengambil Sayyidina Ali sebagai meringankan beban pak ciknya iaitu Abi Talib .

Abi Talib walaupun salah seorang pembesar Quraisy yg sangat dihormati tetapi beliau tidak memiliki harta yg banyak . Anak-anak Abi Talib ramai jadi untuk meringankan bebanan pak ciknya ,Nabi s.a.w mengambil Sayyidina Ali sebagai anak angkatnya di samping mengenang jasa pak ciknya yg memelihara Baginda sejak dari kecil lagi.

Tidaklah hairan sekiranya Sayyidina Ali adalah orang yg pertama dikalangan kanak-kanak yg beriman kepada Allah . Yang menjadi hairan sekiranya Sayyidina Ali menolak ajakan Nabi s.a.w untuk beriman kepada Allah .

Diantara bukti Sayyidina Ali adalah orang yg pertama dikalangan kanak-kanak yg beriman kepada Allah . Ada orang yg melihat mereka bertiga iaitu Nabi , Saydatina Siti Khadijah dan Sayyidina Ali bersolat di suatu tempat . Marilah kita selidiki bagaimana kisah bagaimana Sayyidina Ali beriman kepada Allah s.w.t

" Pada suatu hari ketika Sayyidina Ali pulang ke rumah dari suatu tempat ,tiba-tiba dia melihat bapa dan ibu angkatnya sedang bersolat mengikut syariat Nabi Ibrahim . Apabila mereka berdua selesai bersolat , Sayyidina Ali bertanya " Kepada siapakah anda berdua sujud tadi ? "
Kami bersujud kepada Allah s.w.t yg membangkitkan aku sebagai nabi dan memerintahkan aku untuk menyeru kepada manusia untuk beriman kepada Nya . Kemudian nabi s.a.w mempelawa Sayyidina Ali untuk beriman kepada Allah s.w.t. Nabi juga membaca beberapa ayat Al Quran kepada Sayyidina Ali dengan tertil sekali . Sayyidina Ali mendengar dengan begitu teliti .

Kemudian Sayyidina Ali meminta tangguh atas perkara itu . Beliau hendak berbincang dengan ayahnya terlebih dahulu . Dan pada waktu malam Sayyidina Ali berjumpa dengan nabi s.a.w
.Sebenarnya Sayyidina Ali ketika keluar dari rumah nabi s.a.w untuk bertemu bapanya ,Allah s.w.t melemparkan ilham ke dlm hati Sayyidina Ali . " Dulu ketika Allah hendak mencipta Ali adakah Allah meminta izin drp Abi Talib ? Sekarang ini Ali ingin beriman kepada Allah ,adakah perlu Ali meminta izin drp Abi Talib ? "

Apabila persoalan itu timbul maka Sayyidina Ali tidak jadi bertemu bapanya untuk meminta izin untuk beriman kepada Allah. hatinya sudah nekad untuk beriman kepada Allah ,beriman kepada Rasulnya dan mengikuti ajarannya .

Ketika berada di hadapan Nabi s.a.w ,Sayyidina Ali berkata " Allah tidak perlu berunding dengan bapaku untuk menciptaku ..mengapa pula aku perlu berunding dengan bapaku untuk aku beriman kepada Nya".

Siapakah orang yg pertama beriman kepada Allah s.w.t . Sayyidina Abu Bakar atau Sayyidina Ali ? Menurut Imam Ahmad Sayyidina Abu bakar lah orang yg pertama orang beriman . Alasan Imam Ahmad ,Sayyidina Abu Bakar ketika beliau beriman kepada Allah ketika umurnya 38 tahun ,beliau telah dewasa , manakala Sayyidina Ali ketika memeluk Islam ketika umurnya 8 tahun . manakala Sayyidina Zaid bin Thabit seorang hamba dan Siti Khadijah seorang perempuan .

Walaubagaimanapun pendapat umum yg diterima oleh semua oarang ialah Saydatina Siti Khadijah adalah orang yg pertama beriman dikalangan wanita . Sayyidina Ali adalah orang yg pertama beriman dikalangan kana-kanak , Sayyidina Zaid bin Thabit adalah orang yg pertama beriman dikalangan hamba lelaki . Manakala Sayyidina Abu Bakar adalah orang yg beriman dikalangan orang dewasa lelaki .

MUHAMMAD S.A.W siri 59 : Sepasang suami isteri yg dicintai Nabi

ZAID BIN HARITHAH

Zaid bin Harithah orang yg ke-3 memeluk Islam .Beliau adalah anak angkat Nabi s.a.w yg pertama , kemudian barulah Nabi s.a.w mengambil Ali sebagai anak angkat yg ke 2 . Zaid adalah orang luar tidak seperti Ali .Ali adalah sepupu dan kerabat Nabi s.a.w yg terdekat .

Zaid anak kepada Harithah bin Syarahil ,berasal dr penduduk Yathrib . manakala ibunya bernama Sa'da binti Tha'labah .

Berikut adalah bagaimana Zaid menjadi anak angkat nabi . Zaid adalah seorang yg merdeka ,kemudian dia telah dicolek oleh perompak kemudian dia dijual dipasar Ukaz di Mekkah . Hakim bin Nizam yg kebetulan membeli belah di pasar Ukaz tertarik dengan kecerdikan dan ketangkasan Zaid lalu membeli Zaid .

Kemudian Hakim menghadiahkan Zaid kepada sepupunya iaitu Khadijah bt Khuwailid yg pada ketika itu belum berkahwin dengan Nabi s.a.w

Nabi s.a.w menganggap Zaid sebagai anaknya sehingga Nabi s.a.w mengistiharkan bahawa Zaid bin Muhammad , akan tetapi Allah melarang perbuatan tersebut . Nabi s.a.w sangat menyayangi Zaid ,buktinya Nabi s.a.w menikahkan Zaid dengan sepupunya yg sangat jelita iaitu Zainab bin Jahasyi. Ibu Zainab adalah Birrah bin Abdul Mutalib .

Walaubagaimanapun atas sebeb -sebab tertentu Zaid bercerai dengan Zainab . Kemudian Zaid bernikah dengan ibu angkat Nabi s.a.w yg sudah tua bernama Ummu Aiman . Drp perkahwinannya itu lahirnya cucu angkat yg dikasihi nabi s.a.w iaitu Usamah bin Zaid . Inilah cucu angkat yg paling dikasihi selepas Hassan dan Hussin .

Kemudian nabi s.a.w mendirikan kerajaan Islam di Madinah . Tiba-tiba Zaid muncul sebagai panglima perang yg banyak memimpin tentera Islam . Ternyata firasat Nabi dan Hakim itu benar-benar terjadi dan menjadi kenyataan.

Dia akhirnya terkorban di dlm peperangan Mutah pada tahun ke 8 Hijrah ketika itu dia memimpin tentera Islam melawan tentera Romawi yg bergabung dengan tentera Arab Ghassan . Klip video di bawah dipercayai makam Sayyidina Zaid bin Harithah .





UMMU AIMAN

Orang yg ke 4 memeluk Islam .Beliau berbangsa Habsyah ,pengasuh Nabi s.a.w yg setia sejak bonda nabi s.a.w masih hidup lagi ,usianya hampir sama dengan usia Bonda nabi s.a.w sekiranya bonda nabi masih hidup .Beliau juga digelar Habsyiah .

Beliau seperti ahli rumah nabi yg lain sangat percaya dengan baginda ,masakan dia tidak beriman kepada baginda ,beliau lah yg mengetahui rahsia-rahsia nabi s.a.w sejak baginda lahir lagi . Beliau juga yg membawa nabi s.a.w dr Yathrib ke Mekkah ketika Bonda nabi s.a.w meninggal dunia di sana .

Tetapi sejak Nabi di pelihara oleh datuknya Abdul Mutalib ,nama beliau seolah-olah lenyap drp sejarah . Di antara sebabnya Ummu Aiman adalah seorang yg tidak suka hidupnya dipenuhi dengan kontraversi ,beliau lebih suka memilih hidup yg aman dan damai . Dia lebih suka menumpukan hidupnya beribadah dengan Tuhan Yang Maha Esa.

Setelah bernikah dan kematian suami ,beliau dinikahkan dengan anak angkat baginda iaitu Zaid bin Harithah . Hasil pernikahah itu lahirlah seorang tokoh sahabat yg berkulit hitam bernama Usamah bin Zaid yg dilantik oleh Rasul sebagai panglima perang yg akan menghapuskan tentera Rom ketika Nabi s.a.w sakit yg membawa kepada kewafatannya .

Ummu Aiman mempunyai umur yg panjang ,beliau hidup sehingga ke zaman Khalifah Uthman bin Affan ,Beliau wafat ketika itu umurnya mencapai 110 tahun .



MUHAMMAD S.A.W siri ke 60 : Sahabat yg setia

Sayyidina Abu Bakar r.a adalah seorang sahabat nabi s.a.w yg paling rapat ,sahabat nabi s.a.w yg paling setia ,sahabat nabi s.a.w yg paling kental imannya sehinggakan Rasulallah s.a.w bersabda " sekiranya ditimbang iman penduduk dunia maka berat lagi iman Abu Bakar " Walaubagaimanapun ada sekelompok yg mengaku Islam sanggup melaknat Sayyidina Abu Bakar ketika solat .Mengkafirkan Sayyidina Abu Bakar . Kalaulah sahabat nabi yg setia dan paling berat imannya ini dilaknat dan dikafirkan maka siapa kah yg layak digelarkan orang yg beriman di dunia ini sejak dahulu hingga sekarang ini . Sayyidina Abu bakar juga di antara 10 orang sahabat nabi yg dijamin oleh Rasulallah akan masuk ke surga , maka sudah tentulah beliau sentiasa di dlm keredaan Allah s.w.t . Sesungguhnya sangat biadap dan amat keterlaluan sesiapa yg berani melaknat beliau itu .

Di bawah ini adalah klip video segolongan manusia yg sanggup melakukan perbuatan itu ,



Persahabatan nabi s.a.w dengan Sayyidina Abu Bakar hanya berlaku beberapa tahun sebelum Muhammad s.a.w dilantik menjadi rasulallah .Tidak dapat dipastikan adakah nabi s.a.w semasa remajanya pun bersahabat dengan Sayyidina Abu Bakar .

Sayyidina Abu Bakar adalah seorang ahli perniagaan yg berjaya lagi berbakat .Dikatakan pada satu-satu ketika modal pusingan untuk perniagaannya mencapai 40,000 dinar emas. Ia adalah satu jumlah yg besar .Saya tidak tahu berapa nilainya sekiranya dinar itu ditukarkan kepada nilai ringgit .

Semasa zanan jahiliah Sayyidina Abu Bakar dipelihara oleh Allah s.w.t ,beliau tidak pernah berzina semasa kaumnya biasa melakukannya , beliau tidak pernah berjudi semasa kaumnya menjadikan aktiviti itu sebagai suatu rutin harian yg wajib ,beliau juga tidak pernah meminum arak semasa kaumnya mejadikan arak itu seperti air zam-zam .

Bagaimanakah Sayyidina Abu Bakar memeluk Islam ? Kisahnya bermula ketika tersebarnya berita bahawa nabi s.a.w memanggil ahli keluargannya untuk berhimpun di rumahnya .tujuan perhimpuanan itu adalah untuk mengajak ahli keluargannya beriman kepada Allah s.w.t dan rasulnya . Objektif majlis itu tidak menjadi ,maka selepas itu tersebarlah di seluruh Kota Mekkah bahawa Muhammad s.a.w , membawa ajaran baru dan berita itu sampai ke pengetahuan Sayyidina Abu Bakar .

Sayyidina Abu Bakar yg baru sahaja mendengar cerita itu , lalu bergegas mencari sahabatnya itu .Pada masa yg sama juga setelah objektif majlis keluarga itu gagal di capai .Nabi s.a.w pun keluar mencari sahabatnya iaitu Sayyidina Abu Bakar sehinggalah mereka berdua dipertemukan oleh Allah di suatu tempat . Sebelum sempat nabi s.a.w berkata ,Sayyidina Abu Bakar memulakan bicara ,


Sayyidina Abu Bakar : Wahai Abi Qosim , Aku tidak melihat engkau dalam majlis kaummu ,mereka menuduh engkau telah mengejek-ejek ibu bapa mereka .
Nabi s.a.w : Wahai Abu Bakar ! sesungguhnya Allah telah mengutuskan aku dan aku ajak engkau masuk ke dlm Islam . Kemudian Nabi s.a.w pun membacakan beberapa potong ayat Al Quran . Sayyidina Abu bakar mendengar dengan teliti ayat-ayat Al Quran yg di baca oleh nabi s.a.w ,Ayat -ayat itu sangat berkesan sehingga masuk ke dlm jiwa Abu Bakar . Sesungguhnya ia sangat berlainan dengan syair-syair ciptaan manusia
Setelah itu Sayyidina Abu bakar pun memeluk Islam tanpa ada penangguhan dan perasan ragu -ragu .

Bagaimana Sayyidina Abu Bakar sangat yakin dengan seruan Nabi Muhammad itu ? Padahal sesiapa pun yg di seru oleh nabi s.a.w memeluk Islam akan memaklum kan penangguhan ,tetapi tidak bagi Sayyidina Abu Bakar ,beliau terus sahaja memeluk Islam .

Sayyidina Abu Bakar adalah sahabat nabi yg sangat kental dan sangat mengetahui peribadi nabi s.a.w . Sepanjang Sayyidina Abu Bakar berkawan dengan Nabi s.a.w ,beliau tidak pernah mendengar nabi s.a.w berdusta . Nabi sangat amanah dan janjinya amat ditepati .Maka tentang Muhammad s.a.w mendakwa dirinya Rasulallah juga adalah benar dan tidak dusta .

Rasulallah s.a.w pernah memuji Sayyidina Abu Bakar seperti sabdanya ,

" Sesiapa sahaja yg aku ajak memeluk Islam pasti baginya pada mulanya menolak ( meminta penangguhan masa ) kerana ragu-ragu ,kecuali Abu Bakar .Abu Bakar tidak pernah menolak apa saja yg aku sampaikan kepadanya ,dan tidak pernah ragu-ragu ,terus sahaja menerimanya . "

Sabda nabi s.a.w pada maksud hadis yg lain ,

" Ketika aku mengajak ke dalam Islam semua orang ragu-ragu kecuali Abu Bakar "


Begitulah serba sedikit kisah bagaimana Sayyidina Abu Bakar memeluk Islam ...

Setelah Sayyidina Abu Bakar memeluk Islam , beliau tidak duduk diam seperti hari-hari biasanya . Menurut riwayat setelah beliau menerima Islam maka Sayyidina Abu bakar bertanya kepada Rasulallah s.a.w " Apakah kerjaku ? " Maka jawab Baginda " Kerjaku kerja engkau jua .. .

Sayyidina Abu Bakar berusaha berdakwah kepada kenalannya yg kebanyakkan mereka ialah ahli perniagaan. Di antaranya ialah Sayyidina Uthman bin Affan seorang pemuda yg kacak dari suku Bani Ummayyah .Sayyidina Zubair bin Awwam , yg merupakan anak saudara Saydatina Khadijah sendiri ,Sayyidina Abdul Rahman bin Auf ipar kepada Sayyidina Uthman bin Affan dan Sayyidina Saad bin Abi Waqos merupakan saudara nabi dari sebelah bondanya.

Ke 5-5 tokoh Quraisy ini adalah kenalan yg amat rapat dengan Sayyidina Abu Bakar dan tokoh yg paling terkemuka di kalangan orang Quraisy

Selain drp itu terdapat pula beberapa tokoh Quraisy yg memeluk Islam .Mereka itu ialah Abu Ubaidillah bin Jarrah yg nama sebenarnya Amir . Said bin Zaid anak kepada Zaid bin Amru bin Naufal bin Abdul Uzza bin Rabbah bin Abdulah Bin Qirat bin Raiyah bin Murrah dan isterinya Fatimah bin Khattab ,adik kepada Sayyidina Umar bin Al Khattab .

Arqom bin Abi Arqom ,Uthman bin Makhzum ,dan kedua saudaranya Qudamah dan Abdullah bin Madzun. Ubaidillah bin Al Harith bin Abdul Mutalib , sepupu nabi , Abu Salamah bin Abu Abdul Asad bin Al Mughairah Al Makhzumi , saudara sepupu nabi , dan juga sepupu nabi , dari pihak ibu saudara baginda yg bernama Birrah binti Abdul Mutalib , Asma' dan Aishah kedua-duanya anak Abu Bakar ,Khabbab bin A'rat dan lain-lain .

Sesungguhnya terlalu ramai manusia yg masuk Islam ditangan Sayyidina Abu Bakar . Maka Abu Bakar diiktiraf sebagai orang yg mempunyai Iman yg paling berat di dunia seperti sabda Rasulallah s.a.w bermaksud

" sekiranya ditimbang iman Abu Bakar ,maka berat lagi iman Abu Bakar berbanding iman penduduk dunia "

Marilah kita singkap sedikit kisah tokoh-tokoh Quraisy yg masuk Islam atas tangan Sayyidina Abu Bakar


Sayyidina Uthman bin Affan

Beliau berumur 35 tahun ketika masuk Islam .Beliau berasal dari Bani Umayyah . Pada zaman jahiliah Bani Umayyah amat memusuhi Bani Hasyim . Walaubagaimanapun Sayyidina Uthman meninggalkan perbuatan bodoh ini .Satu perbuatan yg amat merugikan kedua-dua belah pihak . Beliau bersahabat baik dengan Sayyidina Abu Bakar dalam hal-hal perniagaan . Beliau terus sahaja memeluk Islam apabila dipelawa oleh Sayyidina Abu Bakar.
Sayyidina Zubair bin Al Awwam

Beliau adalah anak kepada saudara Saydatina Khadijah bt Kuwailid . iaitu Al Awwam bin Khuwailid . Ketika dipelawa memeluk Islam oleh Sayyidina Abu Bakar ,beliau berumur 8 tahun ! . Persoalannya bagaimana seorang kanak-kanak sering bergaul dengan orang dewasa seperti Sayyidina Abu Bakar . Sebenarnya tidak menjadi masalah , sekirannya jiwa keduanya sudah serasi maka boleh saja kanak-kanak bergaul dengan orang dewasa. Beliau juga adalah orang yg pertama menghunus pedang apabila mendengar khabar angin bahawa Rasulallah di bunuh oleh musyrikin .






Abdul Rahman bin Al Auf


Apabila Sayyidina Abu Bakar mempelawa beliau memeluk Islam ketika itu beliau telah berumur 30 tahun .Beliau sangat mahir berniaga . Ibunya sangat marah apabila mengetahui pengislamannya sehingga berkata
" Demi Allah ! Aku tidak akan bernaung di bawah bayangan atap di musim panas ataupun dingin ,maka haram semua jenis makanan terhadap diriku sehingga engkau kafir terhadap Muhammad "

Apabila Syifa ibu Sayyidina Abdul Rahman melihat keteguhan iman Sayyidina Abdul Rahman ,maka beliau menarik balik sumpahnya . Manusia biasa sudah tentu tidak dapat menahan panahan cahaya matahari yg terik dan dinginnya musim sejuk itu tambahan pula , sekiranya suasana itu dilalui dengan perut yg kosong.
Beliau terkenal di Kota Mekkah sebagai ahli perniagaan yg berjaya dan mempunyai aset yg banyak .
Beliau juga merupakan ipar kepada Sayyidina Uthman bin Affan , ini kerana beliau berkahwin dengan Ummu Khaltum binti Uqbah bin Abu Muaith ,saudara Sayyidina Uthman dari sebelah ibunya.
Semasa peperintahan Khalifah Sayyidina Umar Al Khattab .Abdul Rahman adalah termasuk ahli Majlis Syura . Ketika Sayyidina Umar hampir wafat kerana di tikam dengan seorang Majusi yg bernama Abu Lo' Lo' yg berbangsa Parsi @Iran ( Abu Lo' Lo' menjadi pujaan kaum Syiah ..sila lihat klip video di bawah ini ),Beliau dilantik menjadi pengerusi Majlis Syura yg bertanggung jawab mencari pengganti Khalifah Sayyidina Umar Al Khattab .
Sayyidina Abdul Rahman meninggal ketika pemerintahan Sayyidina Uthman bin Affan .




Saya akan menulis tokoh-tokoh Quraisy lain yg memeluk Islam atas tangan Sayyidina Abu bakar As Siddiq pada siri akan datang insya Allah ....

Sayyidina Saad bin Abi Waqqos ketika di ajak oleh Sayyidina Abu Bakar memeluk Islam ketika itu dia masih berumur 8 tahun , Umur Sayyidina Saad itu seperti usia Sayyidina Zubair Al Awwam .Sayyidina Saad seperti Sayyidina Zubair adalah golongan kanak-kanak yg matang dan suka bergaul dengan orang dewasa .

Ujian yg di hadapi oleh Sayyidina Saad hampir serupa dengan ujian yg dihadapi oleh Sayyidina Abdul Rahman iaitu ibunya yg bernama Umaimah bt. Abdul Mutalib telah menggugutnya bahawa dia tidak mahu makan dan minum dan tidak mahu berteduh di bawah rumah sehinggalah anaknya itu kafir dengan Muhammad s.a.w

Walaubagaimanapun ugutan ibunya itu ,ia tidak melemahkan semangat nya , imannya tetap utuh dihati dan jiwanya walaupun baru sahaja memeluk agama Islam . Sayyidina Saad bertanya kepada Rasulallah s.a.w , bagaimana sepatutnya dia berhubungan dengan ibunya .Pertanyaan Sayyidina Saad itu , menyebabkan wahyu turun , yg maksudnya seperti di bawah ini

" Dan kami ( Allah ) mewajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapa nya , Dan jika kedunya memaksa mu supaya mensyirikkan Allah s.w.t dengan sesuatu yg tidak ada pengetahuan mu tentang perkara itu ,maka jangan kamu mengikut keduanya ,Kepada - Ku lah semua akan kembali dan aku akan beritahu semua perbuatan yg telah kamu lakukan "

Surah Al Ankabut : ayat 8

Dengan turunnya wahyu itu Sayyidina Saad meneruskan lagi hubungan dia dengan ibunya dan berbuat baik serta menjaga ibunya , Tetapi pada hal-hal yg menyebabkan Allah s.w.t murka dan perkara-perkara yg menyebabkan syirik dia akan tetap dengan ajaran Rasulallah s.a.w.

Menurut ahli sejarah yg bernama Al Ustaz Munawar bin Khalil di dlm bukunya " Sejarah Lengkap Sirah Nabi Muhammad s.a.w " ada menjelaskan situasi Sayyidina Saad dengan ibunya ketika Sayyidina Saad baru memeluk Islam .

Menurut beliau ibu Sayyidina Saad yg sebenar ialah Hammad bt Abu Sufian bukan Umaimah bt Abdul Mutalib .

Ibu Sayyidina Saad berkata kepada anaknya

" Wahai Saad ,aku mendengar sekarang engkau menjadi manusia yg celaka ,Demi Allah ,Demi Latta ,Demi Uzza .Aku tidak akan berteduh di bawah atap rumahku ini , baik di hari hujan mahupun di musim panas , sebagai bantahanku kepada engkau yg menjadi pengikut Muhammad , dan sekarang kamu menjadi pengikut Muhammad ,maka haramlah engkau dari memasuki rumahku ini ,haramlah engkau dari memakan masakanku ini dan haramlah engkau minum air milikku "

---------------------

Hammah ketika melihat anaknya tidak berganjak dengan pengangannya itu lalu ia membatalkan sumpahannya itu .

Sayyidina Saad adalah orang yg pertama menumpahkan darah di dlm Islam kerana membela kemuliaan Islam , beliau juga seorang pahlawan yg membuka Negara Parsi dan mengalahkan pahlawan yg hebat dari negara itu yg bernama RUSTAM . Beliau hidup sehingga zaman Khalifah Ali bin Abi Talib dan melihat perpecahan ummat Islam ketika itu . Beliau wafat di dlm keadaan biasa iaitu di atas tempat tidurnya seperti Sayyidina Khalid bin Al Walid .

Menurut beberapa riwayat ada yg mengatakan bahawa Sayyidina Saad bin Abi Waqos telah pergi ke Negara China untuk mengembangkan syiar Islam di sana dan wafat juga di sana . Tetapi pendapat ini telah di tolak oleh sebahagian ahli sejarah ,Sesungguhnya Saad yg wafat di China itu bukannya sahabat nabi yg masyhur itu tetapi seorang pendakwah yg kebetulan namanya sama dengan nama beliau . Walla a'lam

SAYYIDINA TALHAH BIN UBAIDILLAH

Beliau juga memeluk Islam melalui Sayyidina Abu Bakar . Sayyidina Talha mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Sayyidina Abu Bakar . Marilah kita lihat salsilah Sayyidina Abu Bakar . Abu Bakar bin Abu Qohafah bin Amir bin Amru bin Kaab bin Saad bin Taim bin Murrah bin Kaab . Salsilah Sayyidina Talha pula ialah Talha bin Ubaidillah bin Amir bin Amru bin Kaab bin bin Saad bin Taim bin Murrah bin Kaab .

Dengan ini jelaslah salsilah Sayyidina Talhah bersambung dengan salsilah Sayyidina Abu Bakar melalui Amir bin Amru .

Apabila dipelawa memeluk Islam Sayyidina Talha berumur hampir sebaya dengan Az Zubair bin Al Awwam dan Abdul Rahman bin Al Auf iaitu sekitar 8 tahun . Mereka bertiga berkawan baik . Nama Sayyidina Talha sering disebut bersama dengan Sayyidina Zubair bin Al Awwam .

Sebagai contoh ketika terjadi fitnah ketika pemerintahan Khalifah Sayyidina Uthman ,Sayyidina Zubair dan Sayyidina Talha disebut-sebut oleh penduduk Kufah dan Basrah seperti berikut ,

" Penduduk Kuffah mahukan Az Zubair menjadi Khalifah ,penduduk Basrah mahukan Talha menjadi Khalifah "

Mereka juga menyebut nama kedua-dua tokoh ini ketika mereka berdua berjalan-jalan di kota Basrah . Mereka membayangkan gabungan tentera daripada kedua-dua tokoh tersebut. Ketika hampir masuk waktu solat Asar kedua-duanya di beri penghormatan untuk mengimami solat Asar . Dan mereka berdua adalah orang yg layak akan perkara itu .

Apa yg mengesankan tentang keakraban mereka berdua iaitu tentang kematiannya mereka berdua , Mereka berdua meninggal di tempat dan di tragedi yg sama . Mereka berdua meninggal semasa berlakunya peperangan JAMAL .

Sayyidina Uthman bin Affan , Abdul Rahman bin Auf ,Zubair bin Awwam, Saad bin Abi Waqqos dan Talhah bin Ubaidillah adalah lima orang daripada generasi yg ke 2 memeluk Islam .Sekiranya di campurkan dengan orang yg beriman dari generasi pertama maka jumlahnya 10 orang kesemua sekali .

Generasi yg ke 3 yg beriman dengan Rasulallah s.a.w ,ialah Abu Ubaidillah bin Jarrah , Abu Salamah bin Abdul Asad Al Makhzumi , Arqom bin Abu Arqom , Khalid bin Said Al As. Berikut adalah sedikit biodata mereka .

ABU UBAIDILLAH BIN JARRAH

Beliau adalah orang yg ke 11 yg memeluk Islam ,beliau seorang yg lembut hati ,seorang yg jujur lagi amanah tetapi seorang yg amat perkasa dan handal di medan pertempuran .

Ketika beliau memeluk Islam usia nya sudah dewasa iaitu berumur 30 tahun ,tidak seperti Abdul Rahman bin Auf , Saad bin Abi Waqos, Zubair bin Al Awwam dan Talhah bin Ubaidillah dan Ali bin Abi Talib . Mereka beriman ketika masih sangat remaja lagi.

Al Jarrah adalah salah seorang pembesar Quraisy yg musyrik .Beliau sangat benci kepada Rasulallah . Apabila diketahui anaknya memeluk Islam ,dia mengusir anaknya keluar daripada rumah . Maka Ubaidillah tinggallah bersama-sama rasulallah dan kaum muslimin yg lain .

Pada zaman pemerintahan Sayyidina Umar Al Khattab , Sayyidina Ubaidillah menjadi orang yg besar .Beliaulah yg membuka Negara Iraq dan Syam . Kepahlawanan Ubaidillah hampir menyamai kepahlawanan Sayyidina Khalid bin Walid .

Sayyidina Ubaidillah meninggal dunia akibat diserang wabak Taun di Negara Syam . Khalifah Umar amat berdukacita dengan kematian Ubaidillah ini . Walaupun dia adalah orang yg ke 11 memeluk Islam tetapi dia tergolong 10 para sahabat yg di jamin masuk surga oleh Rasulallah s.a.w.


MUHAMMAD S.A.W siri ke 64 : Markas Penyebaran Islam

ABU SALAMAH BIN ABDUL ASAD AL MAKHZUMI

Dia adalah orang yg ke 12 memeluk Islam .Datang dari kabilah atau Bani Makhzum yg terkemuka .Ayahnya Abdul Asad bin Al Mughirah bin Abdullah adalah saudara kepada Al Walid bin Al Mughirah .

Sedangkan ibunya ialah Birrah bt Abdul Mutalib .Ibu saudara nabi . Ini bermaksud dari sebelah bapanya dia daripada golongan yg kuat menentang Rasulallah s.a.w dan Beliau juga sepupu Nabi .

Setelah berhijrah ke Madinah , beliau terkenal sebagai pahlawan Islam yg gagah berani , Beliau mati syahid ketika berlakunya perang Uhud kesan drp luka yg berat .

ARQOM BIN ABU ARQOM

Diriwayatkan setelah nabi s.a.w berdakwah selama 3 tahun secara rahsia , Baginda telah mendapat sebuah rumah yg dijadikan pusat penyebaran Agama Islam .Rumah itu terletak di atas bukit , ia adalah satu kawasan yg strategik .Rumah yg saya maksudkan itu ialah rumah milik Arqom bin Abu Arqom .

Beliau adalah orang yg ke 13 memeluk Islam . Bermakna Al Arqom adalah tergolong orang yg awal memeluk Islam iaitu " orang yg memeluk Islam sebelum seruan Islam diserukan secara terang-terangan" .Golongan ini dikenali sebagai AS SABIQUNAL AWWALUN .

Arqom memiliki saham yg besar dalam penyebaran Islam . Beliau sanggup mewaqofkan rumahnya untuk dijadikan markas penyebaran Islam . Rumahnya yg terletak di atas bukit sofa ( Bukit sofa adalah salah satu bukit yg dijadikan sebagai salah satu mansik haji .Manasik yg dimaksudkan ialah ibadah saie )

Kedudukan bukit sofa adalah di kaki bukit Qobbes . Satu tempat yg berada di tempat tinggi dan sesuai untuk mengintip musuh yg datang . Apabila musuh datang , maka dengan cepat ia dapat diketahui oleh orang yg berada di rumah Arqom ini. Pengajaran dan bacaan ayat Al Quran yg diterangkan dan dibacakan oleh Rasulallah s.a.w tidak dapat didengari oleh Kaum Musyrikin kerana jauhnya rumah Arqom ini drp rumah -rumah penduduk Mekkah yg lain.

Selain daripada kisah rumahnya ,nama beliau tenggelam ditelan zaman , dan nama beliau muncul kembali apabila kaum Muslimin diseksa kaum musyrikin . Kemudian namanya kembali sunyi sehingga negara Islam di bawah pemerintahan Khalifah Sayyidina Uthman .

Sayyidina Uthman memerintahkan supaya penjaga Baitul Mal ketika itu diamanahkan kepada Abdullah bin Arqom bin Abu Arqom ,Ini semua dilakukan kerana Sayyidina Uthman ingin membalas jasa dan memberi penghargaan kerana pengorbanan bapanya yg mewaqofkan rumahnya sebagai mrkas penyebaran Islam pada era dakwah rasulallah dilakukan secara rahsia.

KHALID BIN SAID BIN AL ASS

Khalid bin Saad bin Al Ass adalah diantara sahabat nabi s.a.w yg awal memeluk Islam .beliau adalah tergolong ke dalam AS SABIQUNAL AWWALUN .

Tidak dapat dipastikan Saad bin Khalid ini adalah orang yg keberapa beriman kepada Allah dan rasul-nya .Ada yg berpendapat beliau adalah orang yg 3 atau yg ke 4 atau yg ke 5 dikalangan orang lelaki dewasa . Kedudukan ini tidak mengambil kira masuknya Islam di kalangan wanita ,kanak-kanak dan hamba.

Ayah Khalid iaitu Saad bin Ass bin Umayyah bin Abdul Syams adalah salah seorang pembesar yg amat terkemuka dikalangan Bani Umayyah . Walaupun Khalid hidup dikalangan orang yg terhormat ,disebabkan taufiq dan hidayah Allah s.w.t , beliau sanggup meninggalkan segala kemasyhuran itu .

Bagaimanakah perkara ini boleh terjadi ? .Mengapa Khalid sanggup meninggalkan keluarganya itu dan bergabung dengan rasulallah s.a.w dan hidup dalam kemiskinan dan kesusahan .

Kisahnya adalah seperti berikut ......

Pada suatu malam Khalid bermimpi bahawa dia sedang berdiri di tepi jurang yg amat dalam dan di dalam jurang yg dalam itu terdapat api yg besar dan menyala-nyala , ibu bapa nya datang dari arah sebelah belakang dan mahu menolak Khalid.

Tiba-tiba Rasulallah menghalang perbuatan tersebut dan pada ketika itu lah dia tersedar daripada tidur. Khalid amat ketakutan dan berjumpa Sayyidina Abu Bakar lalu menceritakan mimpinya . Sayyidina Abu Bakar berkata ,ini adalah petanda yg baik .

Sayyidina Abu Bakar membawa Khalid bertemu Rasulallah s.a.w . Maka terjadilah dialog di bawah ini .


Khalid- Kepada apakah tuan seru ?
Rasulallah s.a.w - Kepada menyembah Allah s.w.t yg tiada sekutu baginya , dan Muhammad adalah hamba dan rasul-Nya . Tinggalkan lah perbuatan menyembah berhala yg tidak memberi sebarang manfaat dan kemudaratan .
Mendengar penjelasan itu ,lalu Khalid pun memeluk Islam disitu juga . Apabila Saad mendengar bahawa anaknya sudah memeluk Islam , maka marahlah ia dengan semarah-marahnya . Saad bertanya kepada anaknya


Saad : Wahai Khalid ,Adakah engkau telah memeluk agama Muhammad , tidakkah engkau tahu ,bahawa Muhammad telah mengejek-ejek dan mencerca tuhan-tuhan kita yg disembah oleh nenek moyang kita dan mereka adalah terdiri dikalangan orang yg cerdik-cerdik .
Khalid : Demi Allah .aku sekarang adalah pengikut Muhammad s.a.w dan aku sungguh-sungguh percaya akan dia .
Saad : Dengan perasaan marah dia berkata , mulai sekarang pergilah engkau dari sini ,jangan engkau mengikutiku lagi ,aku tidak akan memberi engkau makan buat selama-lamanya .
Khalid : Sekiranya ayah tidak mahu memberikan aku makan nascaya Allah akan memberikan aku makan .
Begitu teguh dan tegas Khalid ini dan beliau adalah diantara sahabat yg termasuk golongan yg awal-awal memeluk Islam .

GOLONGAN HAMBA YG BERIMAN

Berikut adalah golongan dikalangan hamba yg beriman dengan Allah s.w.t dan Rasul-NYa


BILAL bin RABBAH : Beliau adalah hamba kepada Umayyah bin Khalaf yg sangat jahat . Beliau juga keturunan Habsyah .
ZUNAIRAH : Beliau adalah hamba kepada Abu Jahal ketua pemuda yg jahat .Seorang pemuda yg sangat menentang Muhammad s.a.w . Apabila Abu Jahal mengetahui bahawa hambanya telah beriman kepada Nabi Muhammad . Maka Abu Jahal telah memanggil rakan-rakanya ke rumah . Lalu terjadilah dialog di bawah ,
Abu Jahal : Wahai Zunairah ,adakah kamu telah memeluk agama Muhammad ?
Zunairah : Benar ,aku telah memeluk agamanya !
Abu Jahal bertanya kepada rakan-rakannya sambil memperli Zunairah : Wahai rakan-rakanku adakah kamu sekalian memeluk agama Muhammad yg jahat itu ?
Rakan-rakan Abu Jahal : Tidak ! wahai Abu Jahal !
Abu Jahal : Wahai Zunairah ,sekiranya apa yg di bawah oleh Muhammad itu adalah sesuatu yg baik sudah tentu kami yg terlebih dahulu memeluk agamanya.
Zunairah : Setelah mendengar kata-kata Abu Jahal ,Zunairah tetap teguh dengan pegangannya .


LABIBAH : adalah hamba yg ke 3 memeluk Islam . Labibah adalah hamba kepada Umar Al Khattab .
ABU FAKIHAH : Dia adalah hamba Safwan bin Umayyah . Anak kepada Umayyah bin Khalaf . Umayyah bin Khalaf adalah tuan kepada Bilal bin Rabbah .
NADIYAH DAN ANAK PEREMPUANNYA : Anak beranak ini adalah hamba kepada Al Walid bin Mughairah
UMMU UNAIS DAN ANAK PEREMPUANNYA : Mereka adalah hamba kepada Al Aswad bin Abdul Yaghuth. Al Aswad adalah tokoh Quraisy yg paling jahat .Dia adalah diantara tokoh pengajuk @ pengolok Nabi s.a.w . Dia juga dimusuhi oleh Jibrael a.s sehingga dia adalah manusia yg dikehendaki @ wanted oleh Malaikat Jibrael a.s . Dikatakan kematiannya sangat mengerikan .
AMMAR BIN YASIR DAN SEKELUARGA : Dia adalah orang yg awal memeluk Islam . Dia memeluk Islam besama-sama SHUHIEB BIN SINAN . Ketika itu Rasulallah s.a.w baru sahaja menjadikan rumah ARQOM BIN ABI ARQOM sebagai markas penyebaran Islam . Ammar masuk Islam bersama -sama ahli keluargannya .
Begitulah sebahagian kisah orang-orang pilihan dikalangan orang yg merdeka dan hamba .Mereka memeluk Islam ketika manusia secara majoritinya menentang dakwah Muhammad s.a.w . Merekalah golongan " GHURABA " . Amalan mereka asing dan pelik dan sangat bertentangan dengan amalan masyarakat di sekelilingnya , tetapi mereka lah golongan yg beruntung nanti dihari akhirat kelak .

Seruan dakwah rasulallah s.a.w bukan sahaja disebarkan di kalangan Orang Arab Quraisy , malah dakwah itu disebarkan juga di kalangan Arab bukan Quraisy , hamba-hamba , Orang-orang dari Negara Habsah , dan orang-orang Ajam yg berada di Mekkah . Tujuan mereka berada di sana ialah untuk mencari nafkah bagi meneruskan kehidupan . Apabila terdengar seruan itu ada di kalangan mereka yg berminat lalu memeluk Islam .

Berikut adalah nama-nama mereka yg memeluk Islam ,

Abdullah bin Mas'ud :
Abdullah bin Mas'ud adalah bukan terdiri di kalangan Arab Quraisy .Dia berasal dari suku arab dari Bani Huzail yg terletak di luar Kota Mekkah . Beliau ke Mekkah kerana mencari pekerjaan dan dia bekerja sebagai pengembala kambing .

Beliau mengembala kambing milik Uqbah bin Abu Muaith iaitu bapa tiri Sayyidiana Uthman bin Affan yg kebetulan berjiran dengan rasulallah s.a.w . Beliau berkenalan ketika Rasulallah berdakwah secara sembunyi selama 3 tahun .

Kisah nya begini ....

Pada suatu hari nabi s.a.w sedang berjalan-jalan dengan sahabatnya iaitu Sayyidina Abu Bakar untuk mencari orang yg boleh menerima dakwah Islamiah . Pada ketika Rasulallah berdakwah secara sembunyi itu , rasulallah berdakwah kepada orang yg terpilih . iaitu orang yg baik-baik sahaja ,orang yg terus boleh menerima dakwahnya . Abdullah bin Mas'ud adalah di antara orang yg baik dan boleh menerima dakwah rasulallah s.a.w.

Sebagaimana kita maklumi di antara sifat nabi s.a.w ialah FATONAH iaitu bijaksana ,untuk mendapat hasil yg baik ,nabi s.a.w perlu merencana dakwahnya dengan berhati-hati ,seperti menjaga tunas biji benih yg baru tumbuh . Walaubagaimanpun Nabi s.a.w di bawah perlindungan Allah yg Maha Perkasa.

Tiba -tiba nabi s.a.w bersama sahabatnya bertemu seorang pengembala kambing . Orang yg baru ditemui itu adalah Abdullah bin Mas'ud ataupun selepas ini dia lebih dikenali sebagai Ibnu Mas'ud . Maka terjadilah dialog di antara mereka

Nabi s.a.w : Apakah anak mempunyai susu ?
Abdullah bin Mas'ud : Ada ,tetapi saya hanya penjaga sahaja ,ujarnya dengan jujur
Nabi : Adakah di antara kambing-kambing betina peliharaanmu itu masih ada lagi yg belum disentuh oleh kambing jantan ?
Abdullah bin Mas'ud : Ada - Tanpa berlengah lagi Abdullah membawa kambing itu kepada Nabi s.a.w
Nabi s.a.w lalu mengusap-usap uncang susu kambing betina yg masih kempis itu ,tiba-tiba uncang kambing itu berisi ,gemuk dipenuhi susu . Nabi s.a.w meminta Abdullah membawakan satu bekas untuk diisi susu lalu di bawanya kepada nabi s.a.w .

Nabi s.a.w memerah susu kambing itu ke dalam bekas itu sehingga penuh dan memberikan kepada sahabat karibnya Sayyidina Abu Bakar . Sayyidina Abu Bakar meminumnya ,kemudian bekas itu diserahkan kepada Abdullah lalu ia meminumnya ,kemudian bekas itu dipulangkan kepada Nabi ,lalu baginda meminumnya .

Selepas itu nabi s.a.w bersabda ...kembalilah kepada asalmu ..lalu uncang susu kambing yg penuh itu kempis serta merta seperti sediakala . Abdullah sedang menyaksikan satu keajaiban yg berlaku di hadapannya . Dia sebelum ini belum pernah mendengar dakwah nabi s.a.w kepada kaumnya ,supaya meninggalkan sembahan berhala .


Lalu baginda memegang kepada Abdullah lalu bersabda " Engkau adalah anak yg akan dilimpahi ilmu"

Abdullah adalah salah seorang yg awal -awal memeluk Islam dan tergolong ke dalam AS SAABIQUNAL AWWALUN . Dia salah seorang yg telah berhijrah 2 kali ke Habsah dan salah seorang pejuang di Medan Badar yg berjaya memenggal kepala Abu Jahal .

Di kemudian hari terserlah lah keunggulan Abbdullah ini ...

1. Ilmu pengetahuan yg dianugerahkan oleh Allah kepadanya
2. Persahabatan yg akrab dan baik dengan nabi s.a.w
Berkenaan yg pertama itu ,beliau adalah termasuk ke dalam golongan sahabat yg 7 ,yg sering menggeluarkan fatwa ,kealimannya setanding dengan Zaid bin Thabit . Beliau sering berlainan pendapat dengan Zaid . Walaubagaimanapun ini adalah sebagai khilaf berdasarkan ilmu dan pemahaman masing-masing ,Mereka berdua tetap bersahabat baik.

Berkenaan yg ke 2 pula ,nabi memberi kepercayaan kepada beliau ,sehingga beliau dibenarkan keluar masuk ke rumah Baginda . Beliau juga dibenarkan mendengar rahsia keluarga nabi s.a.w

.seperti maksud sabda baginda " Engkau ku izinkan menyingkap tabir dan mendengar rahsiaku sehingga aku melarangmu"

Nabi s.a.w memberi Abdullah 3 tugas iaitu

1. Menjaga sandal nabi s.a.w
2. Menjaga air wudhuk nabi s.a.w
3. Menjaga bantal Nabi s.a.w
Kekerapan Abdullah keluar masuk rumah nabi s.a.w menyebabkan para sahabat nabi s.a.w yg baru mengenali nabi s.a.w menyangka bahawa Abdulah adalah salah seorang ahli keluarga rasulallah s.a.w . seperti yg diceritakan oleh Abu Musa Al As ari

" Aku datang ke Madinah bersama saudaraku dari Yaman dan menetap beberapa hari di Madinah .Ketika aku melihat Abdullah ,aku menyangka beliau adalah salah seorang keluarga rasulallah s.a.w . Begitu juga ibu Abdullah bernama Ummu Abidin bin Abdud juga sering keuar masuk rumah baginda s.a.w.

Abdullah seorang sahabat yg meggemari sunah-sunah rasulallah s.a.w .Beliau meninggal di Madinah semasa pemerintahan Sayyidina Uthman bin Affan .

Bersambung..

MUHAMMAD S.A.W siri ke 67 : Dakwah Secara Terang Terangan



Setelah baginda s.a.w menyebarkan dakwah secara sembunyi -sembunyi @ secara rahsia selama 3 tahun , maka sudah tibalah masanya Rasulallah s.a.w menyebarkan Islam secara terbuka iaitu secara terang -terangan .

semasa baginda berdakwah selama 3 tahun itu hanya seramai 39 orang sahaja yg memeluk Islam .Mereka itu di kalangan Arab Quraisy , Arab bukan Quraisy , Rom , Parsi dan Habsyi . Pada tahun itu adalah tahun ke 4 kenabian dan 9 tahun lagi sebelum baginda berhijrah ke Madinah atau nama lamanya Yathrib . Semua tempoh itu berdasarkan masa terputusnya wahyu selama 6 bulan ( mengikut pendapat yg terkuat )

Rasulallah s.a.w mengambil langkah ke 2 ini di dalam fasa dakwahnya kerana perintah dari Allah s.a.w di dlm ( Surah Al Hijir ayat 94 ) yg bermaksud.

" Maka siarkan apa yg diperintahkan kepada engkau ,dan janganlah engkau pedulikan orang musyrikin "

DAKWAH KEPADA KAUM KERABAT

Dalam fasa dakwah yg ke 2 ini , rasulallah s.a.w untuk memilih untuk menyebarkan dakwah kepada ahli keluarganya terlebih dahulu , lagi pun telah turun wahyu Allah s.w.t menyuruh kepada hal demikan seperti maksud firman Allah s.w.t yg bermaksud ,

" Dan berikan peringatan kepada kaum keluarga mu yg terdekat .Dan rendahkan lah sayapmu ( dirimu ) terhadap orang -orang yg mengikutimu dari orang -orang yg beriman .Dan jika mereka derhaka kepadamu ,maka katakanlah sesungguhnya aku berlepas diri drp apa yg kamu kerjakan " ( Surah As Syura -ayat 214 -216)

Apabila nabi s.a.w menerima wahyu ini , nabi s.a.w mengurung diri di dlm bilik di rumahnya selama 1 bulan . Amat terasa berat di bahu baginda untuk melakukan perintah dari mafhum wahyu Allah s.w.t itu . Kaum kerabat adalah orang yg terdekat atas sebab pertalian darah dan tidak semestinya orang yg mempunyai pertalian darah itu menyukai apa yg Nabi s.a.w dakwahkan .

Ia berbeza dengan berdakwah kepada sahabat , sudah tentu kegemaran manusia bersahabat berdasarkan ciri -ciri sahabatnya ,sesiapa yg bersahabat dengan Muhammad s.a.w sudah tentu mereka yg menggemari akhlak ,keperibadian baginda , dan apabila baginda berdakwah kepada para sahabatnya sudah tentu mereka mudah menerima dakwah tersebut .

Oleh kerana rasulallah s.a.w sudah lama mengurung diri ,maka para ahli keluarga baginda risau dan menyangka , adakah baginda itu ditimpa sesuatu musibah ,ataupun sakit ? . Mereka mengambil keputusan untuk menjenguk dengan menziarahi baginda untuk memastikan keadaan baginda .

Baginda terkenal sebagai seorang yg sentiasa menghubungkan tali persaudaraan dan mengambil berat ahli kerabatnya yg ditimpa musibah ,baginda juga sering membantu ahli kerabatnya apabila mereka memerlukan pertolongan . Maka apabila tidak kelihatan kelibat baginda , mereka seolah-olah merasa sesuatu yg hilang di dlm hidup mereka .

Apabila sampai sahaja ahli keluarga baginda terutamanya yg perempuan ke rumah baginda , mereka melihat baginda sihat seperti biasa ,walaubagaimanapun mereka bertanya , Mengapa baginda sudah lama tidak muncul di khalayak ramai ? Baginda pun menerangkan perihal wahyu Allah s.w.t itu .

Mendengar perkara itu ,barulah mereka faham kesusahan yg ditanggung oleh baginda itu , ahli keluarga baginda mencadangkan sekiranya baginda ingin mengumpulkan ahli keluarga baginda , usahlah di jemput pakciknya yg bernama Abdul Uzza @ Abi Lahab itu ,kerana pakciknya itu adalah di antara orang yg kuat menentang baginda .Sudah tentu nanti beliau akan mengacau sahaja mejlis baginda itu nanti ,Maklumlah Abdul Uzza terkenal dengan panas baran dan lekas marah , bengis dan sukakan kejahatan .

Walaupun baginda merasa ada benarnya cadangan ahli keluarganya itu , tetapi cadangan itu tidak boleh diterima , Sebenarnya dakwah mestilah disebarkan kepada semua manusia termasuklah kepada orang yg memusuhi dakwah tersebut . Sekiranya Baginda hanya memilih orang yg baik -baik sahaja untuk didakwah ,bagaimana pula orang -orang yg jahat ? ,Mereka berhak juga mendengar syiar dakwah itu , walaupun baginda sudah tahu akibat yg akan menimpa nanti .

Siapakah yg dikatakan ahli kerabat nabi s.a.w itu ? adakah mereka terdiri drp BANI QUSAIDAN KILAB atau BANI HASYIM sahaja atau BANI ABDUL MUTALIB ? Insyaallah pada siri yg akan datang saya akan tuliskan perkara itu .....

Bersambung ......

MUHAMMAD S.A.W siri ke 68 : REAKSI ABU LAHAB

Baginda mula bergerak untuk berdakwah secara terang- terangan dengan mengumpulkan ahli keluarganya . Adalah lebih baik sekiranya baginda mengumpulkan ahli keluarganya di rumah baginda sendiri .

Mulalah nabi s.a.w pergi kesetiap pintu rumah ahli keluarganya bertujuan menjemput ahli keluarganya hadir ke rumahnya pada keesokkan hari kerana baginda akan mengadakan sedikit majlis jamuan makan dan menyampaikan suatu perkara besar dan penting .

Rumah yg pertama dikunjungi ialah rumah Abdul Uzza ataupun yg lebih dikenali sebagai Abu Lahab . Rumah Abu Lahab bersebelahan dengan rumah Nabi s.a.w . Lagipun Abu Lahab ini adalah pak cik baginda .

Rumah yg ke 2 pula ialah rumah jirannya juga walaupun bukan ahli keluarganya ,beliau ialah Uqbah bin Abu Muaith . Selepas itu barulah Nabi s.a.w pergi rumah -rumah ahli keluarganya di sekitar Kota Makkah .

------------------------------------------------------

Diringkaskan cerita , pada keesokkan harinya ahli keluarga nabi datang berpusu-pusu ke rumah baginda s.a.w .Baginda s.a.w menjamu ahli keluarganya dengan makanan dan minuman . Di dalam hati ahli keluarga baginda tertanya -tanya apakah perkara yg besar yg akan di sampaikan oleh baginda ini .

Kabilah yg diundang ketika itu terdiri drp Bani Abdul Mutalib , Bani Hasyim dan juga Bani Mutalib ,ini menunjukkan mereka pada zaman jahiliah amat menghormati Nabi s.a.w . Jumlah mereka yg hadir pada majlis Nabi s.a.w itu dianggarkan seramai 40 hingga 65 orang .

Nabi s.a.w meminta Sayyidina Ali menyembelih kambing dan menyediakan susunya untuk di jamu kepada para tamu pada hari itu .

Setelah selesai sahaja mereka makan dan minum ,barulah Nabi s.a.w mula bercakap kepada hadirin .Sabda baginda s.a.w .

Baginda s.a.w :Bagaimana menurut kamu sekiranya aku memberitahu kamu ada seekor kuda di atas bukit sana yg akan meyerang kamu ,adakah kamu akan membenarkan kataku ini ?
Ahli keluarga nabi s.a.w : Ya benar ! ( dijawab hampir serentak ) kerana kami belum pernah mendengar kamu berdusta ..
Baginda s.a.w : Sesungguhnya aku ini memberi peringatan kepada kamu ,kerana dihadapan kamu ada siksaan Allah yg paling keras .
Rasulallah s.a.w memulakan dakwahnya kepada ahli keluarganya ..apakah reaksi ahli keluarganya itu ?

REAKSI ABU LAHAB

Abu Lahab adalah jiran nabi s.a.w ,beliau juga pak cik nabi s.a.w , beliau juga besan nabi s.a.w kerana kedua anak lelakinya yg bernama Utbah dan Utaibah dikahwinkan dengan dua putri nabi s.a.w iaitu Ruqayyah dan Ummu Kalthum . Utbah memperisterikan Ruqayyah dan Utaibah memperisterikan Ummu Kalthum .

Beliau berbadan besar dan gemuk, panas baran dan sangat lekas marah . Beliau berkata kepada Nabi s.a.w

" Sungguh celaka kamu disepanjang hari ini ,hanya untuk inikah kamu mengumpul kami di rumahmu ini ? "

Abu Lahab tunduk untuk mengambil batu tujuannya ialah digunakan untuk membaling Nabi s.a.w tetapi hasratnya di batalkan lalu beliau meletakkan kembali batu tersebut .

Nabi s.a.w yg ulul azmi itu hanya diam sahaja mendengar cercaan bapa saudarnya .Baginda amat sedih mendengar cercaan pak ciknya itu . padahal sebelum ini pak ciknya itu amat menyayangi baginda . beliau sanggup mengkahwinkan anak-anak lelakinya dengan putri -putri nabi s.a.w. tetapi kasih sayang itu sudah terlerai .Sesungguhnya kasih sayang yg hakiki adalah kasih sayang kerana Allah s.w.t.

Apabila ahli keluarga nabi yg lain melihat peristiwa itu ,hati mereka berbelah bagi terhadap Abu Lahab ., perasaan hormat kepadanya hampir lebur .

Abu Lahab tidak berhenti setakat itu sahaja ,beliau menyambung dengan cercaan yg lain .....

" Selama ini aku belum pernah melihat seorang yg datang dari keturunan orang tuanya ( Abdul Mutalib) dan kaumnya ( Bani Hasyim)lebih keji dengan apa yg engkau bawakan dan perlihatkan ini !"

Allah s.w.t pada ketika itu telah menurunkan wahyu yg berbunyi dan maksudnya ..

Celakalah dua tangan Abu Lahab ! , memang dia sangat celaka ! - ayat 1 , surah Al Lahab

Mendengar sahaja perkataan itu drp anak saudaranya ,Abu Lahab menjawab ..

Jika apa yg dikatakan Muhammad itu benar maka aku tebus diriku dengan harta dan anak-anakku !

Lalu turunlah wahyu Allah lagi

Tidaklah berguna daripadanya ( Abu Lahab ) harta bendanya dan segala usahanya "- ayat 2 , surah Al Lahab .

Mendengar sahaja wahyu Allah s.w.t mengutuk dan melaknat dirinya ,maka beliau mula membuat kacau di dalam majlis Rasulallah s.a.w itu , sehingga Nabi s.a.w terpaksa membubarkan majlis itu .Para ahli keluarga baginda yg lain merasa simpati di atas kesedihan yg ditanggung oleh nabi s.a.w dan pembubaran majlis tersebut .....

Bersambung >>>>

MUHAMMAD S.A.W siri ke 69 : Kejayaan Abu Lahab

Sebagai seorang nabi s.a.w , menerima cercaan , kutukan ,penghinaan daripada kaumnya yg belum beriman adalah perkara biasa , inilah asam garam yg dilalui oleh para penegak kebenaran ..para penegak kebenaran selalu menerima perkara yg sebegitu .

Walaupun begitu nabi s.a.w tidak putus asa dengan kegagalan MAJLIS YANG PERTAMA itu ... Baginda akan mengumpulkan kembali keluarganya kembali ..hanya masa sahaja yg baginda belum tetapkan . Keazaman Nabi s.a.w utk mengumpulkan keluarganya di dlm satu majlis ini berazimatkan ayat -ayat Al Quran yg maksudnya

" Dan tidak sesiapa yg putus asa dengan rahmat tuhannya melainkan kaum-kaum yg zalim' "

Maksud firman Allah yg lain ialah

" Dan jangalah kamu berputus asa dari rahmat Allah ,kerana tiada orang yg berputus asa dari rahmat Allah melainkan orang-orang yg kafir "

Akhlak para nabi diantaranya ialah mengharapkan rahmat Allah dan mengharapkan semua kaumnya beriman .... tidak terbatas dengan sekali sahaja dakwah kepada mereka , kalau perlu 2 kali maka dakwah akan disampaikan 2 kali ,sekiranya belum beriman lagi maka dakwah akan di sampaikan buat kali yg ke 3 kalinya dan seterusnya ... putus asa tiada di dlm kamus kehidupan para nabi ... memang ada perasaan kecewa ..tetapi kecewa nabi s.a.w bukan seperti kecewa manusia kebanyakkan ..kecewa nabi menyuntik semangat utk melakukan lagi perkara yg sama tanpa putus asa.

Apabila masa dan tarikh telah ditetapkan oleh baginda ...maka Nabi s.a.w pun memerintahkan sepupunya dan juga anak angkatnya menyediakan makanan dan susu utk para tetamu yg hadir nanti .

Seperti majlis yg pertama dahulu ...tetamu yg sama juga di undang ke majlis yg ke 2 kalinya termasuklah Abu Lahab . Baginda menolak saranan ahli keluarganya supaya tidak mengundang Abu Lahab . Kehadiran Abu Lahab sudah tentu akan mengecohkan majlis dan menyebabkan majlis yg di adakan itu terpaksa di batalkan .

Lagipun Abu Lahab terkenal sebagai salah seorang penentang syiar Islam . Beliau juga amat benci kepada Islam dan orang Islam . Walaubagaimanapun Nabi s.a.w tetap menjemputnya hadir ke Majlis ke 2 kalinya itu .Bukankah semua manusia berhak mendengar syiar Islam tanpa ada pengecualian .

Seramai 40 ke 45 orang tetamu yg hadir ..mereka dipersilakan makan dan minum ..setelah selesai maka tibalah masanya untuk nabi s.a.w menyampaikan Khotbahnya . Detik ini sebenarnya dinantikan oleh Abu Lahab ..beliau awal-awal lagi sudah memasang niat untuk membuat kacau apabila nabi s.a.w ingin memulakan khotbahnya.

Bagaimanakan Abu Lahab mengagalkan khotbah nabi s.a.w itu ..ada ulama berpendapat Abu Lahab bersama raka-rakannya akan bertepuk tangan dengan kuat bersama-sama dengan rakan-rakannya sambil bersiul-siul dan bersorak-sorak .

Rupa-rupanya asal usul tepuk tangan dan bersorak serta bersiul di sesebuah majlis diasaskan oleh Abu Lahab . Kita boleh lihat perkara ini di majlis-majlis keramaian pada hari ini .. wallah a'lam

Oleh kerana perbuatan Abu Lahab ini lah meyebabkan majils yg ke 2 nabi s.a.w terpaksa dibatalkan seperti majlis yg pertama dahulu ..nampaknya tindakan Abu Lahab berhasil dan berjaya ..adakah tindakan Abu Lahab ini akan berjaya sekiranya nabi mengadakan majlis yg ke 3 kalinya nanti ..

Sesungguhnya Allah s.w.t tidak akan membiarkan perkara ini ..ada sesuatu yg akan menimpa ke atas Abu Lahab sekiranya dia melakukan perkara yg sama pada majlis nabi s.a.w yg akan datang nanti ...

Bersambung .......


MUHAMMAD S.A.W siri 70 : Mulut Abu Lahab dibungkam oleh Allah s.w.t

Proses mengumpulkan ahli keluarga rasulallah s.a.w telah dimulai ,maka pada keesokkan harinya Ahli keluarga rasulallah s.a.w telah berkumpul di rumah baginda . Selepas sahaja mereka makan dan minum yg disediakan kepada mereka oleh baginda .Rasulallah s.a.w terus memulakan ucapannya .

Majlis yg ke tiga itu berlainan dengan 2 majlis sebelum ini . Abu lahab yg awal-awal memasang niat untuk mengacau majlis nabi s.a.w hanya mampu membisu seribu bahasa ,mulut dan lidahnya kelu dan terbukam ,entah kenapa boleh jadi begitu kepada Abu Lahab . Pada hari itu dia tidak dapat berkata-kata walaupun sepatah .Niatnya untuk mengacau majlis nabi terbantut . Ini semua kerana pertolongan dari Allah s.w.t yg membungkam mulut Abu lahab .

Oleh yg demikian Nabi s.a.w sangat selesa dengan keadaan majlis tersebut lalu baginda berucap kepada ahli keluarganya

" Sesungguhnya pemimpin sesuatu kaum tidak menipu kaumnya .Demi Allah ! Sekiranya saya berdusta kepada manusia tetapi pada yg sama saya tidak akan melakukan kepada itu kepada tuan-tuan , Walaubagaimanapun saya tidak berdusta kepada tuan-tuan dan juga manusia .

Saya bersumpah demi Allah yg tiada sekutu dengannya dan saya adalah pesuruh Allah . Saya diutuskan kepada tuan-tuan khususnya dan kepada manusia umumnya .Demi Allah sesungguhnya tuan-tuan akan mati seperti tuan-tuan tidur dan tuan-tuan akan dibangkitkan seperti tuan-tuan bangun daripada tidur . Maka selepas itu tuan-tuan akan dihitung segala amalan yg tuan-tuan lakukan , amalan kebaikan akan dibalas dengan kebaikan yg berupa surga yg kekal selama-lamanya .amalan kejahatan akan dibalas dengan balasan yg jahat iaitu dimasukkan neraka selama-lamanya .

Demi Allah wahai Bani Abdul Mutalib ,saya tidak mengetahui ada pemuda dari kalangan bangsa arab yg membawa kebaikan lebih baik daripada apa yg aku bawa kepada kamu sekalian .Kebaikan yg aku bawa ini merangkumi kebaikan dunia dan akhirat .Aku diperintahkan supaya aku menyeru tuan-tuan kepada-Nya.

Kemudian Rasulallah membuat satu tawaran .............

Apakah diantara tuan-tuan yg akan menjadi penyokong ,sehingga dia menjadi saudara saya ,khalifah saya .penerima wasiat saya ?

Tawaran nabi s.a.w tidak mendapat sebarang reaksi daripada ahli kerabat nya , padahal tawaran nabi itu sangat terhormat dan termulia .Mungkin mereka belum yakin dengan baginda dan juga ajaran rasulallah s.a.w.

Tiba-tiba seorang anak kecil yg berumur 8 tahun iaitu Ali bangun dan berkata " Wahai nabi Allah ,saya bersedia menjadi penyokong tuan ! "

Rasulallah s.a.w melihat sahaja anak angkatnya itu yg bersedia menjadi penyokongnya dan meminta anak angkatnya itu duduk "

Rasulallah s.a.w bukannya merendah-rendahkan sokongan anak angkatnya tetapi rasulallah inginkan sokongan dari ahli keluarganya yg tua-tua,kerana ia akan mempengaruhi ahli keluarganya yg lain .

Rasulallah s.a.w menawarkan sekali lagi dan keadaannya sama seperti tawaran nabi s.a.w yg pertama kali tadi ..keadaan majlis itu sunyi sepi tanpa sebarang maklum balas drp ahli keluarga nabi s.a.w

Tiba-tiba Ali bangun dan memberikan sokongan ,sekali lagi nabi s.a.w meminta anak angkatnya itu duduk .

Rasulallah s.a.w menawarkan sekali lagi buat yg ke 3 kalinya ,alangkah duka citanya "gayung" baginda tidak bersambut ,ahli keluarga rasulallah s.a.w diam membisu suasana senyap dan sunyi . Maka dengan tiba-tiba Ali bangun dan memberi sokongan buat ke 3 kalinya .

Rasulallah s.a.w membuat kesimpulan sekiranya baginda membuat tawaran seribu kali sekalipun , maka tawaran baginda itu akan dipandang sepi dan hanya seorang sahaja yg menyakininya denagan iman yg kental dan sesungguh hati nya iaitu seorang kanak-kanak yg masih berumur 8 tahun.

Rasulallah s.a.w bersabda " pemuda ini adalah saudara ,wahsyi ,khalifah saya diantara tuan-tuan , Oleh itu dengarlah kata-katanya .

bersambung .........


MUHAMMAD S.A.W siri 71 : Abu Talib mengenepikan kaumnya demi anak saudaranya



Setelah Rasulallah s.a.w berucap dan mengamanahkan dan melantik sebagai Saidina Ali sebagai wahsi atau wakil atau khalifah bagi Bani Abdul Mutalib maka selesailah majlis Rasulallah. Akhirnya berhasil juga setelah 3 kali rasulallah mengadakan majlis . 2 majlis rasulallah sebelumnya batal akibat gara-gara Abu Lahab .

Abu Lahab amat tidak senang hati melihat reaksi ahli kerabatnya di atas ucapan anak saudaranya itu . Reaksi berdiam diri oleh ahli kerabatnya dan perlantikan Saidina Ali menyebabkan Abu Lahab naik berang . Lalu Berkata

" Wahai Bani Abdul Mutalib ! Demi Allah ! Demi Latta ! Demi Uzza ! sesungguhnya Muhammad itu jahat .cubalah kamu menariknya ke sini ,tangkaplah Muhammad dan penjarakannya sebelum kaum lain menangkap dan memenjarakannya . Adakah kamu hendak dimusuhi oleh kaum lain dengan hanya perkataan Muhammad . Muhammad adalah seorang lelaki yg sudah hilang ingatannya ! .

Sekiranya kamu mengikutnya maka kamu akan hina dina ,sekiranya kamu mengikutnya kamu akan menjadi bangkai ,kamu akan diperangi oleh bangsa lain ! Eh hem kurang ajar betul! "

Tidak ada siapa yg berani menyanggah perkataan Abu Lahab kecuali saudara perempuannya iaitu Safiyah binti Abdul Mutalib maka beliau berkata bagi menjawab kata-kata Abu Lahab

" Wahai saudara lelakiku ..adakah sangkaanmu kepada anak lelaki saudara lelakimu itu ! sudah sepatutnya kah begitu ! Baikkah kamu berkata-kata seperti itu ? Demi Allah ! Tidakkah para kepala agama terdahulu mengatakan kepada kita bahawa akan muncul nabi dan rasulallah di kalangan keturunan Bani Abdul Mutalib ..nabi yg dimaksudkan itu sudah tentulah Muhammad !"

Abu Lahab menjawab " Demi Latta dan Uzza ! ini perkataan yg batal ! angan-angan sahaja ,perkataan kaum wanita ! Bagaimana sekiranya semua kabilah dan suku-suku arab melawan kamu , kekuatan kita hanyalah sebahagian dari anggota badan sahaja adakah ada pada Muhammad kekuatan bagi melawan mereka ? .

Abi Talib yg berdiam diri dari tadi mula panas hati dengan kata-kata Abu Lahab lalu berkata dengan semangat " Demi Allah wahaiBani Abdul Mutalib ! Sesungguhnya akulah yg akan membela nya selagi mana aku masih hidup !.

Apabila Abu Lahab mendengar jawapan Abu Talib maka beliaupun terus diam tetapi dia terus merunggut-runggut dan mencela -cela dan memperlekeh-lekehkan orang -orang yg sejiwa dengan Muhammad .Keadaan sudah menjadi kacau lalu Rasulallah pun menyuraikan majlisnya .

Ketika ahli keluarga rasulallah bersurai dari majlis itu .ahli keluarga rasulallah yg berpihak dengan Abu Lahab mengikut Abu Lahab dan ahli keluarga yg bersimpati dengan rasulallah mengikut jalan yg lain dan kembali ke rumah masing-masing .

Maka tinggallah di majlis itu Rasulallah , Saidina Ali dan bapanya Abu Talib . Abu Talib mendengar bisikan-bisikan saudara-saudaranya dengan nada perli seperti berikut

" Adakah tuan menjadikan anak saudara tuan sebagai pemimpin dan mengikut perintahnya ... "

Abu Talib yg mendengar sindiran itu merasa hatinya itu dihiris sembilu dan perasaannya bercampur baur iaitu diantara perasaan kasih sayangnya terhadap anak saudaranya dan perasaannya ingin menjaga hati kaumnya serta perpaduan di kalangan mereka .

Tetapi inilah yg mahu tidak mahu mesti dihadapinya ...fikir Abu Talib ..ini baru permulaan nanti perkara ini akan menjadi besar dan lebih besar .... wahai anak saudaraku ...wahai kaumku apakah yg aku patut aku lakukan .......rintih hatinya .

MENGAPA ABU LAHAB MENBENCI DAKWAH NABI MUHAMMAD


Sekiranya kita sorot sirah perkembangan awal Islam Abu Lahablah bapa saudara nabi yg sangat keras menentang dakwah nabi berbanding dengan bapa -bapa saudara nabi yg lain . Menurut ahli sejarah ada beberapa fakor mengapa Abu Lahab ini sangat menentang keras dakwah nabi .Diantaranya ialah.
1. Dia tidak diwasiatkan oleh bapanya Abdul Mutalib untuk memelihara nabi
2. Isterinya iaitu Ummu Jamil adalah saudara Abu sufian bin Al Harb seorang kabilah arab yg sangat memusuhi Islam . nama sebenarnya ialah Hindun binti Harb
3. Isterinya juga seorang dari kabilah Umayyah yg memusuhi Bani Hasyim sejak dahulu lagi
4. Turunnya surah Al Lahab yg melaknat Abu Lahab dan isterinya iaitu tidak berguna usahanya dan hartanya dan semua itu menjadi bahan bakar api neraka

Inilah 4 faktor kenapa Abu Lahab sangat memusuhi Islam . mari kita analisis sebab-sebab ini untuk melihat faktor yg sebenarnya mengapa Abu Lahb sangat memusuhi Islam

Faktor pertama

Kalaulah faktor ini yg menyebabkan Abu Lahab sangat memusuhi Islam mengapa Abu Lahab mengkahwinkan anak-anaknya dengan anak-anak rasulallah s.a.w

Faktor ke 2 dan ke 3

Iaitu berkenaan isteri nya adalah dari Bani Umayyah yg memusuhi Islam dan memusuhi Bani Hasyim maka faktor ini boleh diterima kerana ramai dikalangan suami yg termakan hasutan isterinya walaupun sebelum ini dia tidak begitu perangainya sebelum berkahwin

Faktor ke 4

Faktor ini tidak boleh diterima kerana Abu Lahab sudah sedia menentang Islam pada awal-awal kelahiran agama itu sebelum surah ini diturunkan lagi ,bukan setelah surah ini diturunkan barulah Abu Lahab memusuhi Islam .

Kesimpulan nya walaupun rupa paras Abu Lahab seorang yg kacak tetapi perangainya amat buruk dan hatinya busuk .Dia seoarang yg terlalu cepat marah walaupun orang sedikit sahaja kesalahan dilakukan terhadapnya . Selain daripada itu Abu Lahab terkenal sebagai seorang tahi judi di Kota Mekah . Seorang itu tidak menjadi tahi judi kecuali yg sudah rosak peribadinya .

bersambung .........



MUHAMMAD S.A.W siri 72 : Abu Talib ...apa nak buat hidayah milik mutlak Allah s.w.t
Abu Talib bukan orang asing bagi Nabi s.a.w . Nabi s.a.w telah menganggap Abu Talib sebagai bapanya . Jasa Abi Talib tidak akan dilupakan oleh nabi s.a.w buat selama-lamanya . Abu Talib lah yg mengambil Nabi s.a.w sejak umur baginda 8 tahun dan memeliharanya sehingga dewasa . Abu Talib bukanlah seorang yg kaya harta tetapi seorang yg kaya budi pekerti dan kaya ilmu pengetahuan bagaimana hendak berdiplomasi dengan kaumnya yg mempunyai 1001 ragam .

Abu Taliblah yg mencarikan kerja utk Nabi s.a.w iaitu berniaga bermajikan Siti Khadijah . Abu Talib juga lah yg berunding berkenaan jodoh Nabi s.a.w dengan Siti Khadijah . dan macam-macam lagi . Baru-baru ini Abu Taliblah yg mempertahankan Nabi s.a.w dari dicerca oleh Abu Lahab di majlis di rumah nabi s.a.w . Walaupun dia terpaksa menerima sindiran yg pedas dari kaumnya akibat perbuatannya itu .

Utk membalas jasanya Nabi s.a.w telah mengambil Ali r.a sebagai anak angkatnya diperlakukannya seperti diri baginda diperlakukan oleh Abi Talib semasa dipelihara olehnya . Selepas majlis yg ke 3 di rumah nabi s.a.w .Nabi s.a.w telah mengambil keputusan utk berdakwah secara individu akan agama Allah s.w.t kepada Abu Talib ,bapa saudaranya itu .

Ketika nabi s.a.w menerima wahyu ,nabi s.a.w merahsiakan agama itu daripada bapa saudaranya ,apabila nabi s.a.w mahu bersolat ( mengikut syariat Nabi Ibrahim) Nabi akan mengajak Ali bersolat dipinggir kota Mekkah .

Nabi s.a.w ketika itu hanya berdakwah kepada ahli keluarganya yg terdekat dan kawan-kawan karibnya sahaja .

SUDAH TIBA MASANYA UNTUK NABI S.A.W BERDAKWAH KEPADA BAPA SAUDARANYA

Nabi s.a.w pun pergi ke rumah Abi Talib lalu dipersilakanlah nabi s.a.w masuk ke rumah Abi Talib . Setelah itu baginda dipersilakan duduk . Lalu terjadilah dialog di bawah ini


Nabi s.a.w - Wahai bapa saudaraku apa yg aku hendak katakan ini ialah berkenaan agama Allah ,agama Malaikat-Nya ,agama para rasul-Nya dan agama bagi seluruh hamba-Nya . Allah s.w.t menetapkan bahawa aku adalah salah seorang rasul yg membawa agama ini . Wahai bapa saudaraku ,engkau adalah orang yg paling berhak aku seru akan agama ini kerana engkau adalah insan yg paling aku cintai . Dan engkau juga yg paling berhak utk melaksanakan dan menyeru agama ini kepada kaummu dan membantu aku dalam menyeru agama Allah s.w.t ini . (Ketika ini , nabi s.a.w memandang muka bapa saudaranya dengan penuh harapan supaya menerima seruan tadi)
Abu Talib - Wahai anak saudaraku ,Sesungguhnya aku tidak sanggup meninggalkan agama nenek moyangku dan tidak mahu berpisah dengan amalan yg dilakukan oleh nenek moyangku itu .Tetapi Wahai anak saudaraku tidak ada sesuatu pun yg akan mengenaimu semasa aku masih hidup . ( Kemudian dia berpaling kepada anak nya Ali lalu meneruskan kata-kata ..) Engkau tahu apakah agama yg engkau ikut ini wahai anakku ?
Ali r.a. - Wahai ayah ! sesungguhnya aku beriman dengan Allah dan rasul-Nya Aku membenarkan segala yg dibawanya , Aku mengerjakan solat kepada-Nya ,dan aku mengikut pimpinannnya ( nabi )
Abu Talib - Sememangnya benar apa yg diserukan kepadamu itu wahai anakku ..maka ikutilah suruhannya . ( sambil memuji anaknya )

Selepas itu Abu Talib pun bersyair

Demi Allah ! Mereka semua tidak akan sampai kepadamu
Sampai saya dipendamkan ke dalam tanah
Teruskan pekerjaanmu tanpa rasa takut
serta bergembiralah dengan rasa hati yg tenang

Engkau meminta aku memeluk agama ini serta menasihatiku
sebenarnya engkau ada;ah orang yg benar lagi dipercayai
Engkau membawa satu agama yg aku percaya itulah agama
yg sebaik-baik dari semua agama

Akan tetapi kalau tidak memikirkan kritik dan penghinaan
Nascaya engkau dapati aku telah memeluk agama ini
Demikianlah syair Abu Talib kepada Nabi s.a.w yg menjelaskan mengapa Abu Talib enggan memeluk Islam . Jelas kepada kita yg Abu Talib tertarik dengan agama yg di bawa oleh anak saudaranya tetapi dia tidak mahu menerima cercaan daripada adik beradiknya dan para pembesar suku Quraisy yg lain .

Dia khuatir nanti kaumnya akan berpecah akibat dari masuknya dia ke dalam Islam . Inilah dakwah Nabi s.a.w yg pertama kepada bapa saudaranya Abu Talib . Abu Talib masih lagi mahu berpegang dengan agama nenek moyangnya dan takutkan celaan dan timbulnya perpecahan dikalangan kaumnya . Walaubagaimanapun hatinya telah menerima Islam sebagai suatu agama yg terbaik berdasarkan syairnya itu . Semoga Allah mengampuni dosa-dosanya . Wallah a,lam


Bersambung ....

MUHAMMAD S.A.W siri 73 :Seruan di Bukit Sofa ...reaksi yg sejuk beku !
Setelah percubaan 3 kali berturut-turut mengumpulkan ahli keluarganya di rumah baginda dan mengalami kegagalan dan reaksi ahli keluarganya yg sepi kecuali Abi Talib yg berterus terang akan membelanya .

Selepas itu Nabi s.a.w berdakwah secara perseorangan kepada Abi Talib tetapi bapa saudara yg dianggap bapanya itu menolak dengan baik . Walupun begitu Abi Talib tidak menentang dakwah rasulallah bahkan akan membela nya .Beliau juga membenarkan dan menyokong anaknya Ali r.a beriman dengan agama baru itu .


Sudah tiba lah masanya Rasulallah s.a.w berdakwah kepada Kaum Quraisy secara umumnya ...Rasulallah s.a.w bukan hendak mencari pengaruh tetapi baginda menuruti perintah Allah s.w.t dan hendak menyelamatkan kaumnya daripada kufur ,syirik dan azab Allah s.w.t


Nabi s.a.w telah memilih hari dan tempat yg sesuai ..tempat yg sesuai adalah di atas bukit Sofa iaitu sebuah bukit yg kecil dan sebahagian bukit JABAL QOBIS yg tinggi itu .Pada hari yg telah ditentukan nabi s.a.w pergi ke atas bukit Sofa dan menyeru dengan suara yg lantang

Ya sabaakha !!!!! Ya sabaakha !!!!! Ya sabaakha !!!!!

Kalimah ini adalah kalimah keramat ,kalimah kecemasan ,password bagi sesuatu perkara yg amat penting .Penduduk Kota Mekah di larang melaungkan kalimah itu jika tidak ada perkara yg sangat penting hendak diberitahu .

Antara cth-cth perkara yg sangat penting ialah akan terjadinya peperangan ,pencerobohan musuh ..tibanya musuh di pinggir Kota Mekkah ,Ia umpama siren jika dinisbahkan kepada zaman kini .

Sebaik sahaja kaum Quraisy mendengar kalimah tersebut maka dengan cepat dan tergesa-gesa mereka pergi ke arah punca seruan itu kedengaran iaitu di kaki bukit Sofa .Ababila mereka lihat ,mereka dapati MUHAMMAD AL AMIN sedang berada di atas bukit Sofa .

Rasulallah s.a.w tanpa berlengah memulakan khotbahnya ...


Rasulallah s.aw : Wahai Bani Abdul Mutalib ! Wahai Bani Fikhir ! Wahai Bani Adi !, Wahai Bani Kaab !, Bagaimana jika aku katakan di belakang bukit sana ada pasukan tentera berkuda musuh hendak menyerang kamu ?
Kaum Quraisy : ( hampir menjawab dengan serentak ) Ya , kami percaya ! kami tidak pernah mendengar engkau berdusta!
Rasulallah s.a.w : Wahai Kaum Quraisy ! hendaklah kamu menyelamatkan diri kamu dari api neraka .Sesungguhnya aku dihadrat Allah s.w.t sedikit pun tidak mampu utk menyelamatkan diri kamu dari api neraka ! Sesungguhnya aku ini hanya pemberi peringatan yg nyata dan jelas kepada kamu yg dihadapan kamu ada azab Allah s.w.t yg keras !
Wahai sekalian Bani Kaab dan Luiy ,hendaklah kamu menyelamatkan diri kamu dari api neraka!
Wahai sekalian Bani Kaab dan Luiy ,hendaklah kamu menyelamatkan diri kamu dari api neraka!
Wahai sekalian Bani Murrah dan Kaab ,hendaklah kamu menyelamatkan diri kamu dari api neraka!
Wahai sekalian Bani Hasyim ,hendaklah kamu menyelamatkan diri kamu dari api neraka!
Wahai sekalian Bani Abdul Manaf ,hendaklah kamu menyelamatkan diri kamu dari api neraka!
Wahai sekalian Bani Abdul Syams ,hendaklah kamu menyelamatkan diri kamu dari api neraka!
Wahai sekalian Bani Bani Zuhrah ,hendaklah kamu menyelamatkan diri kamu dari api neraka!
Wahai Al Abbas bin Abdul Mutalib ,hendaklah kamu menyelamatkan diri kamu dari api neraka!
Wahai Syafiah emak saudara Muhammad ,hendaklah kamu menyelamatkan diri kamu dari api neraka!
Wahai Fatimah binti Muhammad ,hendaklah kamu menyelamatkan diri kamu dari api neraka!
Sesungguhnya ayahandamu ini mampu memberi harta kepadamu wahai anakku Fatimah ! mintalah .nescaya ayahanda mu akan berikan ,tetapi ayahandamu ini tidak mampu menyelamatkan kamu dari api neraka .Aku hanya seorang yg memberi peringatan yg nyata !

Reaksi Kaum Quraisy tidak mengembirakan Nabi s.a.w ,sejuk dan beku dan tidak menghiraukan lalu mereka pun sedikit demi sedikit bersurai .Maka hanya tinggallah beberapa orang sahaja yg masih berada di kaki bukit Sofa itu seperti Ali bin Abi Talib , Anak-anak nabi s.a.w , Zaid bin Harithah ,Bapa-bapa saudara nabi s.a.w kecuali Abu Lahab , Emaka-emak saudara nabi s.a.w dan beberapa orang lagi yg bilangannya sedikit yg simpati kepada nabi .....


Dakwah Secara Terang-terangan

Setelah turunya wahyu memerintahkan baginda untk berdakwah secara berterang-terangan, maka Rasulullah pun mula menyebarkan ajaran Islam secara meluas.

"Maka sampaikanlah olehmu secara terang-terangan segala apa yang diperintahkan (kepadamu) dan berpalinglag dari orang-orang yang musyrik." (Al-Hijr, 15:94)

Namun begitu, penduduk Quraisy menentang keras ajaran yang dibawa oleh baginda. Mereka memusuhi baginda dan para pengikut baginda termasuk Abu Lahab, bapa saudara baginda sendiri. Tidak pula bagi Abu Talib, dia selalu melindungi anak saudaranya itu namun dia sangat risau akan keselamatan Rasulullah memandangkan tentangan yang hebat dari kaum Quraisy itu. Lalu dia bertanya tentang rancangan Rasulullah. Lantas jawab Rasulullah yang bermaksud:

"Wahai bapa saudaraku, andai matahari diletakkan di tangan kiriku dan bulan di tangan kananku, agar aku menghentikan seruan ini, aku tidak akan menghentikannya sehingga agama Allah ini meluas ke segala atau aku binasa kerananya"

Baginda menghadapi pelbagai tekanan, dugaan, penderitaan, cemuhan dan ejekan daripada penduduk-penduduk Makkah yang jahil dan keras hati untuk beriman dengan Allah. Bukan Rasulullah sahaja yang menerima tentangan yang sedemikian, malah para sahabtnya juga turut merasai penderitaan tersebut seperti Amar dan Bilal bin Rabah yang menerima siksaan yang berat.


Wafatnya Khadijah dan Abu Talib

Rasulullah amat sedih melihat tingkahlaku manusia ketika itu terutama kaum Quraisy kerana baginda tahu akan akibat yang akan diterima oleh mereka nanti. Kesedihan itu makin bertambah apabila isteri kesayangannya wafat pada tahun sepuluh kenabiaannya. Isteri bagindalah yang tidak pernah jemu membantu menyebarkan Islam dan mengorbankan jiwa serta hartanya untuk Islam. Dia juga tidak jemu menghiburkan Rasulullah di saat baginda dirundung kesedihan.

Pada tahun itu juga bapa saudara baginda Abu Talib yang mengasuhnya sejak kecil juga meninggal dunia. Maka bertambahlah kesedihan yang dirasai oleh Rasulullah kerana kehilangan orang-orang yang amat disayangi oleh baginda.


Hijrah Ke Madinah

Tekanan orang-orang kafir terhadap perjuangan Rasulullah semakin hebat selepas kepergian isteri dan bapa saudara baginda. Maka Rasulullah mengambil keputusan untuk berhijrah ke Madinah berikutan ancaman daripada kafir Quraisy untuk membunuh baginda.

Rasulullah disambut dengan meriahnya oleh para penduduk Madinah. Mereka digelar kaum Muhajirin manakala penduduk-penduduk Madinah dipanggil golongan Ansar. Seruan baginda diterima baik oleh kebanyakan para penduduk Madinah dan sebuah negara Islam didirikan di bawah pimpinan Rasulullah SAW sendiri.


Negara Islam Madinah

Negara Islam yang baru dibina di Madinah mendapat tentangan daripada kaum Quraisy di Makkah dan gangguan dari penduduk Yahudi serta kaum bukan Islam yang lain. Namun begitu, Nabi Muhammad SAW berjaya juga menubuhkan sebuah negara Islam yang mengamalkan sepenuhnya pentadbiran dan perundangan yang berlandaskan syariat Islam. Baginda dilantik sebagai ketua agama, tentera dan negara. Semua rakyat mendapat hak yang saksama. Piagam Madinah yang merupakan sebuah kanun atau perjanjian bertulis telah dibentuk. Piagam ini mengandungi beberapa fasal yang melibatkan hubungan antara semua rakyat termasuk kaum bukan Islam dan merangkumi aspek politik, sosial, agama, ekonomi dan ketenteraan. Kandungan piagam adalah berdasarkan wahyu dan dijadikan dasar undang-undang Madinah.

Islam adalah agama yang mementingkan kedamaian. Namun begitu, aspek pertahanan amat penting bagi melindungi agama, masyarakat dan negara. Rasulullah telah menyertai 27kali eskpedisi tentera untuk mempertahan dan menegakkan keadilan Islam. Peperangan yang ditempuhi baginda ialah Perang Badar(623 M/2 H), Perang Uhud (624 M/3 H), Perang Khandak (626 M/5 H) dan Perang Tabuk (630 M/9 H). Namun tidak semua peperangan diakhiri dengan kemenangan.

Pada tahun 625 m/ 4 Hijrah, Perjanjian Hudaibiyah telah dimenterai antara penduduk Islam Madinah dan kaum Musyrikin Makkah. Maka dengan itu, negara Islam Madinah telah diiktiraf. Nabi Muhammad SAW juga telah berjaya membuka semula kota Makkah pada 630 M/9 H bersama dengan 10 000 orang para pengikutnya.

Perang terakhir yang disertai oleh Rasulullah ialah Perang Tabuk dan baginda dan pengikutnya berjaya mendapat kemenangan. Pada tahun berikuntya, baginda telah menunaikan haji bersama-sama dengan 100 000 orang pengikutnya. Baginda juga telah menyampaikan amanat baginda yang terakhir pada tahun itu juga. Sabda baginda yang bermaksdun:

"Wahai sekalian manusia, ketahuilah bahawa Tuhan kamu Maha Esa dan kamu semua adalah daripada satu keturunan iaitu keturunan Nabi Adam A.S. Semulia-mulia manusia diantara kamu di sisi Allah SWT ialah orang yang paling bertakwa. Aku telah tinggalkan kepada kamu dua perkara dan kamu tidak akan sesat selama-lamanya selagi kamu berpegang teguh dengan dua perkara itu, iaitu kita Al-Qurab dan Sunnag Rasulullah."


Wafatnya Nabi Muhammad SAW

Baginda telah wafat pada bulan Juna 623M/12 Rabiul Awal tahun 11Hijrah. Baginda wafat setelah selesai melaksanakan tugasnya sebagai rasul dan pemimpin negara. Baginda berjaya membawa manusia ke jalan benar dan menjadi seorang pemimpin yang bertanggungjawab, berilmu dna berkebolehan. Rasulullah adalah contoh terbaik bagi manusia sepanjang zaman.

Saudaraku seiman, saya ingin menceritakan kisah ini kepada anda sekalian, yang didalamnya terkandung nasehat dan pelajaran. Maka janganlah ragu, dan jangan segan-segan untuk mengirimkannya kepada orang-orang yang anda cintai, dan mendo’akan orang yg telah menulis, membaca dan mengutipnya.
Ya sebuah kisah yang menceritakan detik-detik terakhir wafatnya Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wassalam. Wafatnya Nabi kita tercinta Muhammad Shalallahu ‘Alaihi Wassalam. Sebuah kisah yang sangat mengagumkan dan menggetarkan dada orang-orang yg beriman. Maka simaklah detik-detik yg mengharukan berikut ini.
Sebelum beliau wafat, beliau melakukan haji terakhir yang disebut sebagai haji wada’ (haji perpisahan). Saat beliau melakukan ibadah tersebut turunlah firman Allah SWT yg artinya:”Pada hari ini telah Ku-sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan nitmat-Ku dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agama bagimu.” (QS.al-Maidah:3)
Maka menanggislah Abu Bakar as shiddiq ra. Bersabdalah Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wassalam kepadanya: “Apa yg membuatmu menangis dalam ayat tersebut?” Abu Bakar ra menjawab:” Ini adalah berita kematian Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wassalam.”

Kembalilah Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wassalam dari haji wada’ dan kurang dari tujuh hari wafat beliau Shalallahu ‘Alaihi Wassalam, turunlah ayat al-Qur’an paling akhir yg artinya: “Dan peliharalah dirimu dari (azab yg terjadi pada) hari yg pada waktu itu kamu semua dikembalikan kepada Allah. Kemudian masing-masing diri diberi balasan yg sempurna terhadap apa yang telah dikerjakannya, sedang mereka sedikitpun tidak dianiaya (dirugikan).” (QS.al-Baqarah:281).

Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wassalam mulai menampakkan sakit beliau. Beliau Shalallahu ‘Alaihi Wassalam berkata:”Aku ingin mengunjungi syuhada ‘Uhud”, maka beliaupun berangkat pagi menuju syuhada ‘Uhud di awal-awal bulan Shafar tahun 11 H. Lalu berdiri diatas makam para syuhada dan berkata:” Assalamu’alaikum wahai syhada ‘Uhud, kalian adalah orang-orang yang mendahului kami dan kami insya Allah akan menyusul kalian, dan sesungguhnya aku, insya Allah akan menyusul kalian.”

Kemudian Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wassalam pulang sambil menangis. Maka para sahabat bertanya kepada Rasululah Shalallahu ‘Alaihi Wassalam: “Apa yang membuat anda menangis wahai Rasulullah ?” Beliau bersabda:” Aku merindukan saudara-saudaraku seiman.” Mereka berkata:” Bukahkah kami adalah saudaramu seiman wahai Rasulullah?” Beliau bersabda:” Bukan, kalian adalah sahabat-sahabatku, adapun saudara-saudaraku seiman adalah suatu kaum yg datang setelahku, mere ka beriman kepadaku sedang mereka belum pernah melihatku.”
Saya berdoa kepada Allah SWT mudah-nudahan kita semua termasuk mereka yg dirindukan oleh Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wassalam.

Pada hari senin 29 Shafar beliau menghadiri jenazah di Baqi’. Ketika pulang beliau merasakan pusing di kepala dan panas badannya meninggi. Maka beliaupun mulai sakit dan terus bertambah sakit. Selama sakitnya itu beliau tetap memimpin shalat selama 11 hari dari 13 atau 14 hari masa sakit beliau. Sejak kamis malam, 4 hari sebelum wafat beliau, pada waktu shalat Isya’, beliau meminta agar Abu Bakar ra menggantikannya dalam memimpin shalat.

Tiga hari sebelum beliau Shalallahu ‘Alaihi Wassalam wafat, sakit beliau mulai mengeras. Beliau saat itu berada dirumah Sayyidah Maimunah ra. Beliau Shalallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda:” Kumpulkanlah istri-istriku.” Maka berkumpullah istri-istri beliau Shalallahu ‘Alaihi Wassalam, beliau bersabda kepada mereka:” Apakah kalian mengizinkan aku untuk tinggal di rumah ‘Aisyah?” Maka mereka menjawab:” Kami mengizinkan anda wahai Rasulullah.”

Kemudian beliau berkeinginan untuk berdiri, akan tetapi beliau tidak mampu. Datanglah ‘Ali ibn Abi Thalib, dan al-Fadl ibn al-‘Abbas ra. Maka merekapun membopong Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wassalam, lalu mereka memindahkan beliau Shalallahu ‘Alaihi Wassalam dari kamar Maimunah ra menuju kamar ‘Aisyah ra. Adapun para sahabat ra, baru pertama kali ini mereka melihat Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wassalam dibopong di atas dua tangan. maka berkumpullah para sahabat ra dan mereka berkata:” Apa yang terjadi pada Rasulullah, apa yang terjadi pada Rasulullah?”

Mulailah manusia berkumpul di dalam masjid. Masjidpun mulai penuh dengan para sahabat ra. Nabi Shalallahu ‘Alaihi Wassalam dibawa menuju rumah ‘Aisyah ra. Mulailah Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wassalam mencucurkan keringat, berkeringat dan berkeringat. Berkatalah ‘Aisyah ra:”Sungguh belum pernah aku melihat ada seorang manusia yg berkeringat deras seperti ini.” Maka dia mengambil tangan Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wassalam dan dengannya dia mengusap keringat beliau. (Maka mengapakah dia mengusap keringat dg tangan beliau dan tidak mengusapnya dengan tangannya sendiri?) ‘Aisyah ra berkata:” Sesungguhnya tangan Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wassalam lebih lembut dan lebih mulia daripada tanganku, oleh karena itulah aku mengusap keringat beliau dengan tangan beliau dan tidak dengan tanganku.” (ini adalah sebuah penghormatan terhadap Nabi Shalallahu ‘Alaihi Wassalam) ‘Aisyah ra berkata:”Aku mendengar beliau berkata:”Laa Ilaha illallah, sesungguhnya kematian itu memiliki sekarat, Laa Ilaha illallah, sesungguhnya kematian itu memiliki sekarat.”

Mulailah suara-suara didalam masjid meninggi. Bersabdalah Nabi Shalallahu ‘Alaihi Wassalam:”Apa ini?” Berkatalah ‘Aisyah ra: “Sesungguhnya manusia mengkhawatirkan anda wahai Rasulullah.” Beliaupun bersabda: ”Bawalah aku kepada mereka.” Maka beliau berkehendak untuk bangun, akan tetapi tidak mampu. maka para sahabat menyirankan tujuh qirbah (timba) air kepada beliau hingga beliau bangkit, dan membawa neliau naik ke atas mimbar. Jadilah khutbah tersebut adalah khutbah terakhir beliau Shalallahu ‘Alaihi Wassalam, menjadi kalimat terakhir Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wassalam dan doa terakhir Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wassalam. Beliau bersabda:” Wahai manusia, kalian mengkhawatirkan aku?” Mereka menjawab:” Ya, wahai Rasulullah.” Bersabdalah Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wassalam:”Sesungguhnya tempat perjanjian kalian dengan aku bukanlah di dunia, tempat perjanjian kalian denganku adalah di haudh (telaga). Demi Allah, sungguh seakan-akan aku sekarang sedang melihat kepadanya di depanku ini. Wahai manusia, demi Allah, tidaklah kefakiran yang aku khawatirkan atas kalian, akan tetapi yang aku khawatirkan adalah dibukanya dunia atas kalian, sehingga kalian akan berlomba-lomba mendapatkannya, sebagaimana orang-orang sebelum kalian telah berlomba-lomba untuk mendapatkannya. Maka dunia itu akan membinasakan kalian sebagaimana dia telah membinasakan orang-orang sebelum kalian.”

Kemudian beliau Shalallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda:”Allah Allah, shalat, Allah Allah, shalat.” (maksudnya; Aku bersumpah demi Allah terhadap kalian agar kalian menjaga shalat) beliau terus mengulang-ulangnya, lantas bersabda:” Wahai manusia, bertakwalah kalian terhadap kaum wanita, aku wasiatkan kepada kalian untuk berbuat baik terhadap kaum wanita.”

Kemudian beliau bersabda:” Wahai manusia, sesungguhnya ada seorang hamba, yang Allah SWT telah memberikan pilihan kepadanya antara dunia dan antara apa yang ada di sisi-Nya, maka dia memilih apa yang ada di sisi-Nya.”

Tidak ada yang memahami siapakah yang dimaksud dengan seorang hamba oleh Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wassalam tadi, padahal yang dimaksud oleh Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wassalam adalah diri beliau sendiri. Allah SWT telah memberikan pilihan kepada beliau dan tidak ada seorangpun yang paham selain Abu Bakar ra. dan kebiasaan para sahabat ra saat beliau Shalallahu ‘Alaihi Wassalam sedang berbicara adalah mereka diam, seakan-akan ada seekor burung yang bertengger di atas kepala mereka. maka saat Abu Bakar ra mendengar perkataan Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wassalam, dia tidak mampu menguasai dirinya, dengan serta merta dia menangis dengan sesengukan, dan ditengah masjid dia memotong pembicaraan Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wassalam, dia berkata:”Kami tebus anda dengan bapak-bapak kami wahai Rasulullah, kami tebus anda dengan ibu-ibu kami wahai Rasulullah, kami tebus anda dengan harta-harta kami wahai Rasulullah.” dia mengulang-ulangnya, sementara para sahabat ra melihat kepadanya dg pandangan heran, bagaimana dia berani memotong khutbah Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wassalam?”

Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda :”Wahai manusia, tidak ada seorangpun diantara kalian yg memiliki keutamaan di sisi kami melainkan kami telah membalasnya, kecuali Abu Bakar, aku tidak mampu membalasnya, maka aku tinggalkan balasannya kepada Allah SWT. Setiap pintu masjid ditutup kecuali pintu Abu Bakar ra tidak akan di tutup selamanya.”

Kemudian mulailah beliau Shalallahu ‘Alaihi Wassalam berdo’a untuk mereka dan berkata pada akhir do’a beliau Shalallahu ‘Alaihi Wassalam sebelum wafat:” Mudah-mudahan Allah menetapkan kalian, mudah-mudahan Allah menjaga kalian, mudah-mudahan Allah menolong kalian, mudah-mudahan Allah meneguhkan kalian, mudah-mudahan Allah menguatkan kalian, mudah-mudahan Allah menjaga kalian.”

Dan kalimat terkahir yang beliau sampaikan sebelum beliau turun dari atas mimbar sambil menghadapkan wajah beliau kepada ummat dari atas mimbar adalah:” Wahai manusia sampaikanlah salamku kpd orang yg mengikutiku diantara ummatku hingga hari kiamat.” Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu per satu.Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca,Umar adanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukan kepalanya dalam-dalam.Isyarat itu telah datang,saatnya sudah tiba.”Rasullulah akan meninggalkan kita semua,” keluh hati semua sahabat kala itu.Manusia tercinta itu,hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia.Tanda-tanda itu semakin kuat,tatkala Ali dan fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar.Di saat itu,kalau mampu,seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik detik berlalu.

Setelah itu beliaupun dibawa kembali ke rumah beliau Shalallahu ‘Alaihi Wassalam. Masuklah Abdurrahman ibn Abu Bakar, dan ditangannya ada sebatang siwak. Beliau Shalallahu ‘Alaihi Wassalam terus melihat kearah siwak tersebut, tetapi tidak mampu berkata aku menginginkan siwak. ‘Aisyah ra berkata:”Aku paham dari pandangan kedua mata beliau, bahwa beliau menginginkan siwak tersebut. Maka aku ambil siwak itu darinya (yakni Abdurrahman ibn Abu Bakar), kemudian aku letakkan dimulutku, agar aku melunakkannya untuk Nabi Shalallahu ‘Alaihi Wassalam, kemudian aku berikan siwak tersebut kepada beliau. Maka sesuatu yang paling akhir masuk ke dalam perut Nabi Shalallahu ‘Alaihi Wassalam adalah air ludahku.” ‘Aisyah ra berkata: ”Termasuk sebuah keutamaan dari Rabb-ku atasku adalah Dia telah mengumpulkan antara air ludahku dg air ludah Nabi Shalallahu ‘Alaihi Wassalam sebelum beliau wafat.”

Kemudian masuklah puteri beliau Fathimah ra pada waktu dhuha di hari Senin 12 Rabi’ul awal 11 H, lalu dia menangis saat masuk kamar Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wassalam. Dia menangis karena biasanya setiap kali dia masuk menemui Rasullullah Shalallahu ‘Alaihi Wassalam, beliau berdiri dan menciumnya di antara kedua matanya, akan tetapi sekarang beliau tidak mampu berdiri untuknya. Maka Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda kepadanya:” Mendekatlah kemari wahai Fathimah.” Beliaupun membisikkan sesuatu di telinganya, maka dia pun menangis. Kemudian beliau bersabda lagi untuk kedua kalinya:” Mendekatlah kemari wahai Fathimah.” Beliaupun membisikkan sesuatu sekali lagi, maka diapun tertawa. Maka setelah kematian Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wassalam, mereka bertanya kepada Fathimah ra: “Apa yg telah dibisikkan oleh Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wassalam kepadamu sehingga engkau menangis, dan apa pula yang beliau bisikkan hingga engkau tertawa?” Fathimah ra berkata:” Pertama kalinya beliau berkata kepadaku:” Wahai Fathimah, aku akan meninggal malam ini.” Maka akupun menangis. Maka saat beliau mendapati tangisanku beliau kembali berkata kepadaku:” Engkau wahai Fathimah, adalah keluargaku yg pertama kali akan bertemu denganku.” Maka akupun tertawa. Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wassalam memanggil Hasan dan Husain, beliau mencium keduanya dan berwasiat kebaikan kepada keduanya. Lalu Nabi Shalallahu ‘Alaihi Wassalam memanggil semua istrinya, menasehati dan mengingatkan mereka. Beliau berwasiat kpd seluruh manusia yg hadir agar menjaga shalat. Beliau mengulang-ulang wasiat itu.

Matahari kian tinggi,tapi pintu Rasulullah masih tertutup.Sedang didalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelapah kurma yang menjadi alas tidurnya.Tiba-tiba diluar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam.”Bolehkah saya masuk?”tanyanya.Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk.
“Maafkanlah,ayahku sedang demam,” kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah,’Siapakah itu wahai anakku?”
“Tak tahulah ayahku,orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,” tutur Fatimah lembut.Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandagan yang mengetar kan.Seolah-olah bahagian wajah anaknya itu hendak di kenang.”Ketahuilah,dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia.Dialah malaikat maut,”kata Rasulullah,Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.Kemudian di panggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut roh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

“Jibril,jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?”tanya Rasulullah dengan suara yang amat lemah.”Pintu-pintu langit telah terbuka,para melaikat telah menanti rohmu.Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu”,kata Jibril.Tapi itu ternyata tidak membuat Rasulullah lega,matanya masih penuh kecemasan.”Engkau tidak senang mendengar kabar ini?”tanya Jibril lagi.”Khabarkan kepada ku bagaimana nasib umatku kelak?”
“Jangan khuatir,wahai Rasul Allah,Aku pernah mendengar Allah berfirman kepada ku:”Ku haramkan syurga bagi siapa saja,keculi umat Muhammad telah berada didalamnya,”kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat,saatnya Izrail melakukan tugas.Perlahan roh Rasulullah ditarik.Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbh peluh,urat-urat lehernya menegang..
“Jibril, betapa sakitnya sakaratul maut ini.”perlahan Rasulullah mengaduh.Fatimah terpejam,Ali yang disampingnya menunduk semakin dalan dan Jibril memalingkan muka.”Jijik kah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?”tanya Rasulullah pada malaikat penghantar wahyu.”Siapakah yang sanggup,melihat kekasih Allah direnggut ajal,” kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik,kerana sakit yang tidak tertahankan lagi.”Ya Allah,dahsyatnya maut ini,timpakan saja semua seksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.” BadanRasulullah mulai dingin,kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi..Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu,Ali segera mendekatkan telinganya”Uuushiikum bis shalati,wa maa malakat aimanuku”,peliharalah solat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.”Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan,sahabat saling berpelukan.Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan “Ummatii,ummatii, ummatii”-”Umatku,umatku,umatku”Dan berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.

Kini,mampukah kita mencintai sepertinya?Allahumma sholli a’ala Muhammad wa baarik wa salim ‘alaihi. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

Sayyidah ‘Aisyah ra berkata:”Maka jatuhlah tangan Nabi Shalallahu ‘Alaihi Wassalam, dan kepala beliau menjadi berat di atas dadaku, dan sungguh aku telah tahu bahwa beliau telah wafat.” Dia ra berkata:”Aku tidak tahu apa yg harus aku lakukan, tidak ada yg kuperbuat selain keluar dari kamarku menuju masjid, yg disana ada para sahabat, dan kukatakan:” Rasulullah telah wafat, Rasulullah telah wafat, Rasulullah telah wafat.” Maka mengalirlah tangisan di dalam masjid. Ali bin Abi Thalib ra terduduk karena beratnya kabar tersebut, ‘Ustman bin Affan ra seperti anak kecil menggerakkan tangannya ke kanan dan kekiri. Adapun Umar bin al-Khaththab ra berkata:” Jika ada seseorang yang mengatakan bahwa Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wassalam telah meninggal, akan kupotong kepalanya dg pedangku, beliau hanya pergi untuk menemui Rabb-Nya sebagaimana Musa as pergi untuk menemui Rabb-Nya.” Adapun orang yg paling tegar adalah Abu Bakar ra, dia masuk kpd Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wassalam, memeluk beliau dan berkata:”Wahai sahabatku, wahai kekasihku, wahai bapakku.” Kemudian dia mencium Nabi Shalallahu ‘Alaihi Wassalam dan berkata : ”Anda mulia dalam hidup dan dalam keadaan mati.” Keluarlah Abu Bakar ra menemui manusia dan berkata:” Barangsiapa menyembah Muhammad, maka Muhammad sekarang telah wafat, dan barangsiapa yang menyembah Allah, maka sesungguhnya Allah kekal, hidup, dan tidak akan mati.” Maka akupun keluar dan menangis, aku mencari tempat untuk menyendiri dan aku menangis sendiri.”

Inna lillahi wainna ilaihi raji’un, telah berpulang ke rahmat Allah orang yg paling mulia, orang yg paling kita cintai pada waktu dhuha ketika memanas di hari Senin 12 Rabiul Awal 11 H tepat pada usia 63 tahun lebih 4 hari. semoga shalawat dan salam selalu tercurah untuk Nabi kiat tercinta Muhammad Shalallahu ‘Alaihi Wassalam.
Ya Allah, berikanlah rizqi kepada kami, syafaat kekasih kami Shalallahu ‘Alaihi Wassalam dan satu teguk air yg menyegarkan dari haudh (telaga) beliau dgn tangan beliau yg mulia.
Kirimkan kepada sahabat -sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita.Kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.